Hai semua pembaca, Aku dikenali dengan nama Cik B. Dan Aku gelarkan suami ku sebagai A. Sedikit intro, aku sudah berkhawin 4 Tahun dan kini Sedang Hamil 8 Bulan anak sulung kami.
Dan aku ingin menceritakan kenangan lalu yang ingin aku kongsikan buat semua.mungkin ada yang pernah melalui hari2 sepertiku, mungkin ada yang tidak pernah.
Ceritanya dimulai sebelum perkhawinan kami, iaitu 4 tahun lepas. Kami sebenarnya berkhawin bukan atas dasar cinta. Aku adalah wanita yang berusia 25 tahun ketika itu, sudah bekerja selama 2 tahun dan memiliki kerja yang stabil.
Aku juga seorang wanita yang banyak boyfriend dan kawan lelaki ketika masih belajar sehingga aku bekerjaya. Aku wanita yang aktif bermain game dan aku akan spend sekurang-kurangnya RM300 untuk game yang aku main sejak dari universiti lagi.
Aku kurang bershoping atau menonton wayang seperti remaja kebanyakkan. Aku lebih suka bermain game dan membaca.
Walaupun aku banyak boyfriend or scandle, mereka semua hanya peneman aku bila aku rasa lapar dan tak tahu nak ajak siapa lepak makan di luar bila terasa ingin ambil udara segar.
Aku seorang yang pandai bermain kata-kata dan bermain emosi. Cerdik dalam memujuk dan mempergunakan mereka untuk kepentingan diri. Sampai lah suatu hari ketika ini aku berusia 24 tahun dan baru sahaja memulai awal pekerjaan di sebuah syarikat swasta.
Sedikit info, aku adalah seorang hackers dalam game dan aku menjualkan hasil hack itu dalam nilai yang murah. itu side income ku. Di sebabkan itu, aku masih bermain game dan tiba2 tersangkut dengan mamat ni yang sekarang dah menjadi suami aku yang sah.
Dia menyangka aku lelaki kerana hebat bermain game. Kami partner di dalam game. so kami Sering berpartner dan aku bahagia mempermainkan watakku sebagai Lelaki yang macho. kami berhubungan melalui game. sampai lah suatu hari ni,
Si A ni menceritakan yang dia di dalam fasa yang paling down dan tidak akan on game selama beberapa waktu.
Setelah di desak, dia menceritakan yang dia broken kerana tunangnya yang bercinta selama 7 tahun akhirnya memutuskan pertunangan sedangkan perkhawinan mereka 6 bulan lagi.
Duit dah cukup, tinggal proses borang2 dan lain2. Kerana berasa kasihan, dengan secara tiba-tiba aku menawarkan diri untuk berkhawin dengan nya. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan.
Kemudian di situ la dia meminta whatsapp number ku dan kami berhubungan di luar game. Selepas itu kami mula mengenali background masing2. Dan ahli keluarga. Kami juga saling berkongsi rutin dan perihal diri yang sebenar.
Dipendekkan cerita, kami berjumpa 3 kali sebelum kami meneruskan step2 dari ambil kursus khawin, sampai menguruskan borang2. Dia bertemu ibu ayahku dan kami decide terus berkhawin. ketika itu 3 bulan sebelum kami berkhawin.
Aku yang ketika itu banyak scndle terus putuskan hubungan dengan mereka fokus kepada A sahaja. Alhamdulillah semuanya di permudahkan oleh Allah. Seminggu sebelum berkhawin, A ajak bertemu untuk hal penting.
Ketika itu dia bertanya, Kenapa aku pilih untuk Berkhawin dengannya dan adakah aku yakin soal perkhawinan ini, kerana perkhawinan adalah satu perhubungan yang melibatkan jangka masa panjang dan komitmen sedangkan dia masih belum mencintai aku.
Aku sejujurnya telah mula Menyayangi A ketika dia gigih meneruskan perhubungan kami. Aku jatuh cinta kerana dia yang tak pernah marah2, yang sentiasa memahami dan paling penting dia menjaga solatnya tanpa culas walaupun kami busy menyiapkan persiapan perkhawinan.
Aku yakin dia adalah Jodoh dari Allah untukku. Jawapanku kepadanya, Aku yakin dan tak mengapa, cinta itu boleh datang selepas perkhawinan.
Di waktu itu juga dia menetapkanku syarat, Selepas berkhawin, dia mahu aku membuang game dan mula menutupi aurat sebagai muslimah.
(Aku pakai tudung ye, maksud A pakai labuh dan longgar) dalam hatiku sedikit memberontak, yelah side income lingkup. Aku betul2 terasa dan mahu merajuk, tapi aku tabahkan hati sebab perkhawinan tak lama lagi. Apa sahaja yang terjadi di waktu itu, aku iyakan sahaja.
Tibalah majlis perkhawinan kami. Aku bersyukur dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri. selepas berkhawin kami tinggal berdekatan rumah keluargaku, jarak dalam 20 minit sahaja. Tahun pertama perkhawinan, aku terlalu banyak berendam air mata.
Hatiku terasa saat melihat A selalu Stalker facebook ex nya dan menanti chat nya di telegram.
A tak pernah culas tanggungjawab. dia suami yang sangat bertanggung jawab dan menjaga hati.
Ada suatu ketika aku tak sengaja melihat dia menyimpan satu benda didalam kotak dan ketika aku cek kotak tu senyap2 rupanya hadiah dan ucapan yang dia akan berikan menjelang birthday ex dia nanti.
Aku berendam air mata dan meneruskan hari2ku dengan baik. Walaupun kerap terasa. Iyelah, kita ni siapa lah kan di hati nya. Aku ego dan takkan mempertikaikan mengenai ex nya.
Di tahun kedua perkhawinan, aku Mula merasa rimas dan mahu memberontak. Aku download balik Game yang aku main sebelum ini dan ketika suamiku mengetahui, dia tidak marah malah menyertai aku. Dia menetapakan syarat hanya bermain game dengan nya.
Aku bahagia walaupun tak menyelesaikan masalah. Sekurang-kurangnya adalah penghibur hatiku selain berendam air mata. Sampailah di suatu saat, aku membeli Alat muzik secara dalam talian dan itu menjadi penghibur ku yang kedua.
Aku baru tahu A pandai bermain alat muzik dan kami selalu berkaraoke di rumah sambil dia bermain alat muzik. Tambahan pula aku di kurniakan Tuhan Bakat menyanyi, cuma aku tak berminat untuk pamerkan. Rutin harian kami perlahan lahan berubah.
Kami banyak melakukan aktiviti bersama dan ketika pulang di rumah kami bersama2 akan menyiapkam kerja rumah untuk bermain game dan melepak bermain alat muzik sebelum tidur. Dalam 5 Bulan tahun perkhawinan kedua kami, aku dapat rasakan kemanisan rumah tangga.
Aku mengajar suamiku melakukan Hack di game dan kami bahagia kerana banyak bermain. Secara tak lansung sikap ku yang dlunya pasif, lemah lembut, dan cita-cita menjadi isteri solehah yang dalam TV tu auto berubah.
Aku seorang yang gelak depan suamiku tak kawal, seorang yang suka berbuat nakal dan mengusik suamiku, seorang yang suka bercakap tanpa topik dan pokoknya aku menjadi diriku sebelum aku berkhawin. dan terkejutnya, dia menerimaku dan senang dengan perubahanku.
Aku bersyukur kerana dalam mind set ku sebuah rumah tangga harus ada suami yang tegas, isteri yang patuh dan lemah lembut pada suami kini auto berubah.
Aku sedar dalam perhubungam rumah tangga itu tak semuanya sama. mungkin aku patut memberikan perubahan terhadap rumah tangga yang membosankan. Lagi-lagi sewaktu PKP. banyak lah aktiviti kami bersama.
Di tahun ketiga kami Alhamdulillah Suamiku naik pangkat dan dia menyuruh aku menjadi surirumah sepanjang masa. Aku membuat PERJANJIAN BERTULIS dimana dia harus melangsaikan semua Komitmenku dan memberi aku duit Ole2 sebanyak sekian sekian.
dan Dia bersetuju. Pada Mulanya aku memberontak tapi selepas dia menyatakan, mahu aku banyak meluangkan masa di rumah dan berehat. Dia meluahkan mahu zuriat dari perkhawinan kami kerana mahu menyerikan lagi rumah tangga kami.
Dia mahu aku kurang Stress dan fokus untuk merawat diri. Aku bersyukur tapi aku tak pasti aku yakin atau tidak.Di usia ku yang hampir 30an betul jugak apa yang diminta suamiku. Sebenarnya bukan taknak bagi, tapi belum rezki.
Aku melalui hari2ku dirumah dengan Mencuba resepi masakan, mengemas dan berulang alik kerumah ibu ayah ku. aku boring dirumah sendirian. kadang2 aku hantar bekal lunch di pejabat suamiku. Hidupku simple tanpa kawan2. Adik2 semua busy dengan life masing2.
Aku hanya ada suamiku sahaja sebagai teman. baru aku sedar hidup ini sunyi. Lalu aku membuat research mengenai jamu2 or product2 yang boleh membantu kita untuk hamil. Aku menjaga permakanan. Dan menjauhi fastfood. padahal itu favourite ku.
Akhirnya hujung tahun 2021 aku hamil ketika aku berusia 27 tahun ketika itu. Dan sikap suamiku bertambah sayang kepadaku. Dari tak mencintai, hari2 ucapkan kata cinta. Aku bahagia dengan hidupku.
Betul rumah tangga tak pernah selamanya tenang. kadang2 berkocak. tapi aku bahagia dengan perjalanan hidup ini setakat ini. Doakan rumah tangga ku berkekalan dan aku selamat melahirkan tak lama lagi.
– Cik B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit