Hi semua pembaca IIUM Confession. Nama saya Katy (bukan nama sebenar) saya berumur 29 tahun.
Suami saya bernama Harry (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun.
Kami telah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun.
Saya tak pandai nak bercerita maaf kalau ayat agak tak teratur.
Sepanjang perkahwinan kami, kami belum pernah melakukan hubungan suami isteri. Sabar jangan marah dulu.
Sebab apa kami belum melakukan kan hubungan suami isteri? Kerana aku terlalu takut untuk melakukan hubungan suami isteri.
Kami pernah untuk bersama, tapi aku berasa terlalu sakit untuk meneruskan hubungan suami isteri tersebut.
Setiap kali untuk bersama aku akan terlalu takut, dan terlalu sakit sehingga menyebabkan aku menangis.
Setiap kali suami ajak untuk bersama aku pasti akan menolak, kerana aku terlalu takut.
Aku juga punya nafsu seperti orang lain. Dan kami sering bergaduh untuk perkara ini.
Aku selalu berasa rendah diri, aku selalu anggap diri aku tak normal, aku isteri tak berguna kerana tak dapat jalankan tanggungjawab yang itu.
Aku pernah juga mengajak suami ku untuk pergi klinik, tapi dia tidak pernah bawak aku. Setidaknya kita boleh dengar pendapat doctor sekiranya aku yang bermasalah.
Dan akhirnya pada bulan mac bulan ramadan aku tengok suami aku start berubah perangai, kerap dengan telefon, kita isteri mestilah boleh rasa perangai suami kita.
Sebelum ni aku tak pernah cek telefon suami aku, sebab aku percayakan dia,
Aku bukak whatsapp dan kantoi dia berscandle dengan perempuan tempat kerja dia. Dan perempuan tu tahu dia adalah suami orang.
Dipendekkan cerita aku tanya kenapa dia ada perempuan lain?
Alasan dia SEBAB AKU TAK JALANKAN TANGGUNGJAWAB AKU SEBAGAI ISTERI (Hubungan suami isteri)
Dan akhirnya kami berpisah selepas 2 tahun perkahwinan kami. Dia cakap dia curang pun punca dari aku jugak.
Aku redo, tapi hati aku sangat sakit. Adakah aku yang salah 100% dalam hal kami ni?
Tolong berikan pendapat dan nasihat.
Semoga perempuan tu rasa apa yang aku rasa suatu hari nanti.
– Katy Perry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Yup betul memang salah TT sebab tak nak berubat. Cuba bayangkan kalau lelaki tak bagi nafkah zahir selama 2 tahun, mesti ramai isteri akan tak puas hati juga.
Sebenarnya tak perlu pun tunggu suami yang bawa isteri pergi klinik. Boleh je pergi sendiri. Takpun ambil inisiatif beli dilator dan try sendiri. Tak boleh lah harapkan orang lain semata mata.
Awk PLEASE BACA sy tempuh 5 tahun utk tahan sakit walaupn ada ada 2. kalau buat pun rasa nk Cepat2.. Honeymoon menangis sbb x masuk langsung suami nk xdpt. Amik masa berbulan utk try and error. Walaupn dah ada anak bukan isu lubang kemaluan kecil. Buang masa gi jumpa DOCTOR2 semua. Isunya awak kurang hormon cinta hormon takut lebih2 sbb tu pelincir air semula jadi takde bukan sebab xleh masuk. Perempuan rahim senget pun boleh mengandung apatah lg period dia ok. Lain la awk x period langsung. mula2 je rasa sakit. Klu terpaksa tgk cerita porn, pastu cuba cuba utk msk.. Klu awk relax je mmg la suami putus asa. isteri sihat bagi hari2 pun leh cerai
Maaf saya straight foward. Lelaki/ pasangan baru kahwin nak bersama lebih kerap, ada yang setiap hari. Makin lama makin kurang. Mungkin berlaku perkara di bawah:
1. Mungkin kurang foreplay, tergesa2 nak sampai kerana tiada pengalaman
2. Guna pelincir utk elakkan rasa sakit (banyak di farmasi)
3. Kena komunikasi juga masa bersama
4. Mungkin juga sebab sakit vaginismus, kena check doktor utk tahu
Puan kena check sebab apa berlakunya situasi sedemikian dan usaha untuk perbaiki. Semoga urusan puan dipermudahkan
Gila babi, da 2 tahun x dpt mana ada laki boleh tahan, boleh pulak ko tya kenapa ada perempuan lain. Bahlol betul kau ni…kahwin sbb apa, nak menghalalkan hubungan, nak menjauhi zina, tp xdpt, bingai…
Mmg mula2 sakit sgt2
Kena cari solution
Mula2 mmg kena guna pelincir or kalau takde boleh guna minyak zaitun kt dapur tu aka olive oil
Puan jgk kena dptkan nasihat pakar supaya perkara sama tak berulang lg nnt
Kurang ajoo nyee lelaki…x memahami isteri..ko ingat hidup umah tangga ni itu je ke .bile x dpt meroyan carik lain.
Sepatutnye carik penyelesaian bukan berskandal salahkan bini.tolol!seks pon pelbagai kan..dah bini ko sakit x kan nak paksa..tu laa kene ada ilmu penyakit ni..semoga TT bahagia n dapat pasangan hidup yg lebih memahami..ada ja yg jenis mcm TT ni ada dapat anak..uhu
Maaf puan. Saya cadangkan puan ke hospital untuk buat check up. Ada kemungkinan untuk puan menghidap penyakit vaginismus. Kalau puan takut, ajak adik beradik perempuan untuk temankan. Saya doakan urusan puan dipermudahkan oleh Allah. Untuk urusan bekas lelaki puan, puan tidak boleh letakkan kesalahan atas bahu dia. Baik puan dan dia, masing-masing terseksa dalam hal ini. Btw, jangan putus harapan untuk pergi berubat. Virtual hug.
Awak yang salah, awak yg taknak berubat, awak salahkan laki awak? 2 tahun bkn 2 bulan.
Siap doakan perempuan tu rasa apa awak rasa? Silap2 doa tu berbalik semua pada diri sendiri.
Tak faham aku komen2 yg menyalahkan perempuan Tu sbb dia dah kata sakit bersama…apa guna suami waktu senang nak bersama tapi waktu sakit biar isteri tanggung sorang2…ajak la jumpa doktor, dengar pendapat doktor sama2 …itu bukan alasan atau tiket dia kena berlaku curang…curang tu pilihan …Islam pun tak ajar mcm ni la….elok la cerai kalau mcm tu, nak faham dia saja. Tak Cuba fahamkan keadaan isteri….ptt cari solution sama2…next time kalau puan nak kahwin lagi, better jumpa doktor pakar terlebih dahulu memandangkan puan sdh tahu masalah puan…
By the time awak ckp awak takut utk bersama, sy rasa awak penghidap vaginismus. Pegi klinik, mintak doc check n sahkan. Berubat sis. Semoga semua dipermudahkan utk awak.
Fungsi perkahwinan ialah untuk menghalalkan seks, jadi kalau tiada seks, salah satu pihak akan teraniaya dan hal ini adalah zalim.