Salam semua, nama aku Lavender.. maaf jika penulisan aku agak teruk. Tahun ni genap 5 tahun perkahwinan aku dengan suami aku dan kami dikurniakan anak perempuan 2 orang.
Pada awal perkahwinan aku, Alhamdulillah tiada apa-apa masalah mahupun dari segi kewangan kerana kami berdua bekerja.
Setelah aku pregnant anak kedua, suami aku dikenakan “force termination” atas dasar company nak hired fresh grad sebab bayar gaji lebih murah.
Oh ya suami aku dah kerja dengan company ni dah dekat 5 tahun.
Beberapa bulan tu harapkan aku je yang bekerja cari duit sebab suami aku masih gagal dapat panggilan kerja.. jadi kebetulan dah masuk bulan ke 6 dia menganggur, abang ipar aku offer dia untuk bekerja.
Aku bersyukur akhirnya dia dah dapat kerja walaupun gaji tak sebanyak dengan kerja yang dulu.
Tapi makin lama aku rasa makin suami aku mengambil kesempatan atas aku, sebabnya selama berkahwin, aku yang banyak provide segala benda.
Dia pergi kerja pakai kereta aku sedangkan aku kena naik public transport. Barang dapur aku belikan guna duit gaji aku. Bil2 rumah aku yang bayarkan.
Aku bukanlah nak mengungkit. Komitmen suami aku hanya bayar rumah je.
Gaji aku pun takde la besar mana. Sampaikan yuran sekolah anak pun aku kena bayarkan.
Makin hari makin tiada effort suami aku nak bantu aku. Tanggungjawab dah terbalik ibarat akulah suami.
Pernah aku cakap usaha la cari side income sebab zaman sekarang ni nak harapkan 1 gaji je takkan cukup.
Apa yang lagi mengecewakan aku, suami aku suka bergaul dengan kawan yang menjahanamkan. Sebab apa? Dia pilih circle yang merosakkan hidup. Aku dah nasihat, aku dah ugut nak bercerai tapi masih buat benda yang sama.
Betul orang cakap bila dah kahwin baru kita tahu pasangan kita tu betul2 macam mana. Aku dah lama tak berbelanja diri aku sendiri, aku dah lama tak merasa nafkah dari suami. Yang dia tahu cakap dia tak mampu.
Setiap kali keluar pun dia tak tanya aku ada duit ke tak.. tahu2 dia ambik2 barang bila time kat cashier lahh aku kena bayar.
Sumpah aku stress boleh depress sebenarnya tapi aku kuat sebab anak2. Hanya satu aku boleh puji suami aku yang dia bukan kaki perempuan dan sangat penyayang jaga anak2..
Cuma kelemahan dia takde effort, tak matang, masih nak berkawan dengan kawan2 yang menjahanamkan. Tak perlulah aku terangkan jahanamkan macam mana korang fahamkan la sendiri.
Aku takde kawan, aku hanya ada family aku je tapi aku tak nak bebankan family aku dengan masalah aku ni.
Hari2 aku doa semoga suami aku jadi matang nak jadi ayah/suami yang bertanggungjawab. Aku kalau boleh nak elak dari berlaku penceraian.
Sejak kebelakangan ni pun aku jadi pendiam aku tak banyak cakap dengan suami aku. Dia tanya aku ada masalah ke dekat tempat kerja? Aku cakap takde.
Entahlah hati dengan otak aku dah rasa kosong.. jemm..
Aku stress. Sumpah stress dengan hidup ni..
– Lavender (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lah TT..suami dah tanya ada masalah kat tempat kerja tu, patutnya jawab lah ada. Kalau jawab takde, memang dia ingat takdelah. Betul ke tak, cuba jawab “Haah ada.. performance kerja saya menurun sebab saya stress dengan keadaan di rumah.. Sekarang ni saya banyak yang tanggung dalam rumah blablablabla..” Lepas tu boleh lah kaitkan dengan kehidupan di rumah lak..
Tu lah peluang untuk duduk bincang dengan suami. Cakap kat dia selama ni TT boleh cover time dia menganggur, tapi ni dia dah kerja, dia yang kena start balik bayar komitment lebih. Tapi sebab dah kurang gaji dari dulu, kena re-construct balik lah perbelanjaan. Potong @ downgrade mana2 yang boleh (contoh astro, line internet/phone, penapis air, etc) . Pastu cakap lah kena pandai pilih kawan.. Dalam Islam kena utamakan isteri dan anak2 dulu.. lepas tu baru sedara2 dan yang lain..
dan apasal la TT rajin sangat nak bayarkan untuk barang2 dia.. Sampai kat cashier cakap je lah “Sory bang. Saya sendiri takde duit nak bayar barang sendiri” TT sendiri baik sangat hulur, memanglah dia amek kesempatan.. Lepas ni takyah lah shoping dengan dia, biar dia keluar sendiri so dia bayar sendiri. TT duk rumah je guna/masak je dengan apa yang dia mampu beli.