Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-isteri-suami-dan-bekas-isteri/).
Hi semua, first and foremost aku nak ucap ribuan terima kasih kepada semua yang sudi memberi pendapat, cadangan dan nasihat tentang penulisan aku sebelum ini. Aku baca dan meneliti tiap-tiap satu komen yang ada di ruangan penulisan aku ini.
Tujuan aku menulis Part II ini bukanlah untuk menyambung cerita tentang bekas isteri suami, tetapi lebih kepada ingin menjelaskan beberapa komen yang aku rasa aku perlu untuk beri penjelasan lanjut.
Aku tertarik kepada beberapa komen, seperti dibawah :-
Komen 1 – Awak baca WA suami tu dah mintak kebenaran ke?
Respon – okay yang ni mula-mula memang aku tak minta kebenaran, masa ni dalam 1 bulan usia perkahwinan aku dengan suami.
Aku buka text dia sebab masa tu dah pukul 10 malam, suami aku pergi ambil barang tertinggal dalam kereta, (aku duduk kondo) kena mentioned siap-siap nanti ada yang cakap kenapa takes time lama ambil barang.
Aku dengar bunyi WS masuk “ting ting ting” nak dekat 10 notifications. Pastu nampak pulak nama bekas isteri. Ada apa hal mesej malam-malam ni, apa lagi aku bukak lah nak baca.
Hurm, rupanya meroyan laki dia (bekas isteri) tak balik rumah lagi, dia rasa tak sihat badan. bukan mengadu pasal anak pon tau. Haha.
Then, aku ada chance lah nak baca WS atas-atas tu, hurm hari-hari dia text, mula-mula cakap pasal anak, and then startlah melarat sama seperti apa yang aku mentioned in previous post.
Dan hari-hari juga lah aku ternampak notification WS dari bekas isteri tu dekat phone suami aku.
Lepas aku confront suami aku, and bagitahu yang aku buka WS dia malam tu, dia okay je. Takde nak marah ke apa ke. Sebab masing-masing tahu password phone masing-masing, feel free to open each other phone. Dia cakap dia tak layan.
So, aku iya kan jelah. Ada betulnya yang korang semua cakap, laki bila dah turn off/ move on memang dia tak kan layan. Tapi ada juga yang cakap “batu kalau air terus-terusan jatuh atas dia, lambat laun akan berlekuk jugak”. Deep juga kan.
In previous post, aku ada cakap kerap bergaduh dengan suami. Actually dia bukanlah gaduh, dia macam ko akan terasa hati, and then ko berdiam diri.
Aku rasa perempuan macam tu kot, tak tahu lah kalau korang okay, hati pon tenang je kalau ada perempuan try nak menyondol suami korang. Kalau ada, aku salute gila lah kat korang.
Komen 2 – Hentikan kempen memburuk kan bekas isteri dia sebab dia tak de kaitan pon ngan awak.
Respon – first of all niat aku buat confession ni adalah kerana aku nak nasihat dan cadangan dari korang yang lebih berpengalaman dari aku and aku nak remain anonymous. That’s why, I decided to confess in this platform. Bukan post guna personal socmed.
Ini bukan memburukkan, ini reality yang aku hadap selama ni.
Korang pon bukan tahu aku cakap tentang siapa and tak kenal pon aku siapa. Aku tak nak bercerita kepada family, kawan or siapa-siapa yang aku kenal sebab tak nak mereka tahu/ risau akan permasalahan aku ini.
Dan aku sangat-sangat berterima kasih dekat semua yang komen nasihat dan kata-kata semangat. I really appreciated every single one of you.
Beberapa komen dan suggestion yang aku rasa membina dan membantu seperti komen Syairah Arina, H Abdullah, Liyana Hafizah, Astra Velum dan banyak lagi. Sorry tak dapat nak mentioned semua. Thanks alot.
Komen 3 – Fokus pada masalah awak sahaja – which is jaga suami dan anak.
Respon – yup, aku jaga suami aku, dan aku jaga anak syurga tu yang mana mak budak tu sendiri tak hingin nak jaga. Korang nak tahu apa alasan dia kasi dekat suami aku? “tak fair for my new husband nak jaga dia (anak syurga)”.
Korang nilai lah sendiri. Yang ni suami aku yang bagitahu aku, bukan aku baca dari WS. Haha.
Komen 4 – tolong la jangan libatkan bekas isteri sebab WA bekas isteri tidak memberi apa2 kesan kepada suami awak.
Respon – Jangan libatkan bekas isteri? Aku macam “What??”. Dia yang menyondol, dia yang tak boleh terlibat? It’s kind of funny statement, isn’t it?.
Kita sebagai isteri kena berhati-hati, 50 kali digoda mungkin tak layan, kali ke 51? mungkin akan terlayan. Hati itu sifatnya berbolak balik.
Never put your trust 100% to human tau. Sebab takut nanti terkecewa. Just berusaha dan berdoa jelah mintak Allah kuatkan hati dari segala kemaksiatan, sebab hati kita Allah yang pegang kan?
Komen 5 – Sy sajes awak betul kan niat awak berkahwin dulu x payah nak betul kan bekas isteri dia sbb itu bukan tanggungjawab bekas suami
Respon – dekat situasi ni macam dia nak cakap aku pulak yang menyondol laki orang. Makcik yang komen ni tahu ke niat aku kahwin sebab apa? haha. Dah sah-sah bekas isteri tu tak betul, dah ada suami sibuk nak menggedik dengan suami orang lain dah kenapa.
Aku setuju dengan komen daripada saudari Syairah Arina yang berbunyi,
“Melainkan, mmg ex tu tak tergedik gedik dgn ex husband/wife dan profesional berbaik atas dasar anak” , yang ni barulah betul. Masing-masing tahu respect privacy masing-masing. Kalau perangai dia professional, aku sikit tak kisah.
Tapi kalau dah masuk bab menjurus ke THROWBACK memori pasal se*s, korang as isteri boleh duduk diam, tenang-tenang tak?
Pukul 11 malam, WS throwback pasal “makeup se*s” dengan suami aku, aku kat sebelah suami aku masa tu borak-borak atas katil, pastu bunyi “ting ting ting” notifications.
So alang-alang aku tanya siapa yang text malam-malam banyak sekaligus, dan dia bagitahu lah aku apa perempuan tu WS.
Agak-agak apa perasaan korang kalau dekat tempat aku? Aku tahu suami aku tak salah pon, tapi biasalah perempuan, overthinking kan. Nak-nak bila ada yang menyondol.
Tu aku mentioned awal-awal, aku respect gila siapa yang boleh duduk tenang bila ada penyondol dalam rumah tangga korang. Huhu.
Haaa itu jelah yang aku nak jelaskan kat komen-komen sebegitu.
Nanti jelah aku sambung part suami aku bagitahu bekas isteri supaya jangan WS pasal private life, meroyan pasal husband baru dia, pasal health condition, pasal throwback memori daun pisang bagai to suami aku, except share soal kepentingan/keperluan anak jurr.
And thanks once again kepada semua yang sudi baca dan bagi feedbacks. I love you all. Doakan aku supaya kuat hadapi nya okay. Till we meet again. Assalamualaikum wbt.
(Isteri tersakiti oleh bekas isteri)
– Feeya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit