Assalamualaikum dan hi semua. Nama aku Ayuni dan haruslah nama samaran.
Ringkasan sedikit tentang diri aku. Aku dah berkahwin almost 4 years. Dan aku namakan husband aku tu Alex. Kami masing² kerja kerajaan. Dia di pahang dan aku di salah sebuah daerah di kelantan.
Perkenalan kami agak singkat. Seorang rakan sekerja aku yang perkenalkan husband pada aku. Sebelum bertunang kami hanya bertemu 2 kali.
Selepas bertunang selama 1 tahun 2 bulan pun kami hanya bertemu sebanyak 3 kali. Kebanyakkannya kami contact melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Itu pun atas urusan penting dan urusan pernikahan tu.
Semasa tempoh mencari kelengkapan pernikahan tu, majlis sebelah aku, aku uruskan semuanya dari A to Z. Tapi sebelah dia, aku uruskan untuk urusan pelamin, baju nikah.
Untuk majlis sebelah aku. Seberapa ramai pun husband aku nak bawa tetamu dari pihak dia pun aku tak kisah dan aku tak ambil sebarang bayaran. Tapi majlis belah dia, aku diminta untuk topup RM1k atas alasan aku nak jemput kawan² kerja aku.
Disebabkan tempat kerja aku berada berdekatan dengan rumah belah suami. Jadinya semua kawan² nak hadir majlis di sana. Tak de seorang pun yang nak datang majlis belah aku, katanya jauh.
Semasa majlis akad nikah. Hantaran yang dipinta dari pihak aku RM8k. Namun, ketika tu husband aku tak cukup duit. Jadinya dia hanya sediakan RM4k dan aku pinjamkan padanya RM4k.
Untuk part batal air wudhuk. Aku tak minta banyak pun. Cukup sebentuk cincin mengikut kemampuannya. Tapi dia tetap berkeras nak bagi gelang.
Bila hampir tiba tarikh majlis. Duit dia langsung tak de untuk beli gelang tu. So, aku bagi pinjamkan gelang emas memang yang aku beli time bujang dulu.
“Saya tetap nak bagi gelang semasa akad nikah, biar orang tak pandang rendah pada saya. Kalau bagi cincin, itu macam tunang”- kata husband aku.
So, bagi tutup air muka dia. Aku setuju untuk pinjamkan gelang emas aku yang jarang pakai tu. So, masa akad aku dah habiskan RM1k untuk majlis belah dia, bagi pinjam RM4k untuk cukupkan duit hantaran dan bagi pinjam gelang.
Oh yaa, pelamin untuk majlis sebelah dia pun aku sponsor. Kesian sebab dah bersusah payah duk kumpul duit untuk majlis nikah ni kaaann. Pelamin tu almost RM2k jugak laa termasuk sepasang baju aku. Husband aku pakai uniform masa tu.
Tapi aku agak bengang juga bila fikir bab pelamin tu. Dah la aku yang sponsor tapi semua yang aku pilih terutama baju gaun, dia boleh cancelkan last minit dan tukar dengan jenis lain. Aku pun dah malas nak bertekak sebab majlis tinggal lagi 2 bulan masa tu.
Selesai majlis sebelah perempuan, aku dan dia bergerak balik ke rumah sewa aku di perlis. Tempat di mana aku mencari rezeki dan terdapatnya rumah mertua aku.
Sepanjang perjalanan pulang ke perlis untuk persiapan majlis sebelah lelaki, aku yang drive. Sebab dia tak pandai drive. Pelik tapi benar. Sebarang perbelanjaan kami sepanjang perjalanan, dia yang tanggung.
Bahagian teknikal, contohnya, drive, tengok maps, fikir nak berhenti makan kat mana, berhenti solat kat mana, segala tentatif aku yang perlu uruskan.
Tapi sepanjang balik dari kelantan ke perlis, setiap 1 jam dia minta aku berhenti di tepi sebab dia nak merokok. Yess dia kuat merokok yaa. 3 batang direct tanpa henti pun dia pernah yaa.
Selepas selesai majlis sebelah lelaki. Kami decide untuk pergi bulan madu. Time tu decide untuk ke Cameron. Sekali lagi, segala tentatif, cari hotel, tempat makan, tengok maps yadaa yadaaa semua aku uruskan.
Seperti biasa. Dia hanya duduk di sebelah hanya sumbangkan duit bukan bantu aku fikirkan untuk next-next planning kitorang sepanjang kat sana. Semua tu aku yang perlu fikirkan dan uruskan.
N yess seperti biasa juga, setiap 1 jam arahkan aku berhenti di tepi untuk dia bagi makan jin dia (merokok).
Setibanya di hotel kat cameron. Tak sempat aku melepaskan penat drive berjam² tadi. Dah berulang² kali tanya aku macam² soalan.
“Lepas ni kita nak pergi jalan kat mana? Lepas ni kita nak makan kat mana? Kita nak pegi makan apa? Kita nak pergi mana pula lepas 1 tempat tu? Yadaaa yadaaa yadaaa”
Kadang² aku rasa bawa budak kecik bercuti. Kalau korang perasan. Budak² kecik macam gitu la gaya diorang. Banyak tanya banyak soal benda² sama jee. Time tu aku sabar je lagi. Baru nikah kaaaann haruslah layan lagi.
Sepanjang kahwin kami hidup PJJ, aku di perlis dan dia di pahang. Kami memang rancang untuk ada anak secepatnya.
Namun, husband aku ni jenis balik jumpa aku 6 bulan sekali. Korang faham tak apa yang aku rasa?? Kalau aku nak jumpa dia. Aku yang kena drive pergi ke tempat dia. Bukan dia yang datang ke tempat aku.
Alasannya, aku pandai drive dan berani drive jauh². Dia tak pandai drive. Nanti makan banyak masa untuk perjalanan naik bas.
“Sekarang ni kita nak usahakan anak, kalau aku yang terpaksa berpenat lelah setiap kali nak jumpa, bila masa badan aku nak rehat untuk stabilkan mood dan emosi?”-kata aku pada husb.
Tapi dia tetap tak faham. Aku tak tahu dia betul² tak faham atau buat² tak faham.
Part PJJ. di awal perkahwinan aku merayu dengannya untuk aku pindah duduk sekali dengan dia. Kami 2 2 kerja kerajaan. Memang agak susah sebenarnya untuk pindah walaupun guna alasan pindah ikut suami.
Tapi dia berkeras tak bagi aku pindah ke pahang atas alasan dia nak pindah ke perlis. Untuk stay dekat dengan aku dan family dia. So, aku faham dan terus menunggu.
Dari tahun pertama perkahwinan kami, sehingga tahun ke 3 perkahwinan kami, si Alex tadi langsung tak isi borang posting untuk pindah ke perlis. Atas alasan, dia ahli baru, masih tak boleh isi borang pindah.
Sepanjang pernikahan kami, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Macam mana nak ada cahaya mata kalau jumpa pun 6 bulan sekali?? Huhu. Sehinggalah tempoh pernikahan kami masuk tahun ke 3. Konflik antara kami bermula.
Pada awalnya, hampir setiap hari husband aku menuduh aku ada lelaki lain. Sedangkan dia tiada bukti sama sekali. Aku pun berkeras menafikan. So, aku diblock selama 3 minggu tanpa kabar berita. Ketika itu, aku hanya sabar dengan segala cabaran ni.
Bagi aku, mungkin dia terdengar kata² orang luar. Bagi aku, tiada guna aku simpan lelaki lain sedangkan rumah sewa aku tak jauh mana pun dengan rumah mertua. Semestinya ramai mata² yang memerhatikan gerak geri aku.
Selepas 3 minggu diblock. Husband aku muncul kembali. Merayu² minta maaf dan janji tak ulangi lagi. Tapi kusangkakan panas ke petang, rupanya hujan ditengahari.
Selepas beberapa bulan, lagi sekali aku dituduh curang dan membawa masuk lelaki lain ke dalam rumah sewa tersebut. Dan aku diblock selama 3 bulan tanpa diberi peluang untuk aku pertahankan diri.
Sepanjang konflik berlaku antara kami, aku disahkan menghidap MDD, Major depressive disorder. Aku terlampau tertekan dengan segala tuduhan, tomahan, cemuhan tu. Setiap hari aku duduk seorang diri di rumah sewa tu sambil fikir dan kenangkan nasib aku.
Bila tiba hujung tahun, dengan bantuan medical report dari klinik pakar psikiatri tadi, aku membuat rayuan pindah balik ke pangkuan keluarga aku.
Untuk apa aku stay di perlis jikalau hidup aku sebagai seorang isteri terabai?? Ada suami yang sentiasa menuduh dan memfitnah aku?? Ada suami yang abaikan dan block aku sehingga 3 bulan.
Selama 3 tahun aku setia menunggu dia untuk isi borang pindah balik ke perlis namun hanya penantian yang sia² aku dapat. Ditambah dengan tuduhan palsu ke atas diri aku. Family mertua?? Pun masing² bizi tak de masa untuk bertanyakan khabar aku.
Bulan ke 3 dia block aku, barulah aku ambil keputusan untuk mohon pindah. Dan alhamdulillah pada bulan 12 tahun lepas, permohonan pindah aku diluluskan.
3 hari sebelum aku lapor diri di tempat kerja baru aku di kelantan. Tiba² family mertua mesej dan call aku. Maklumkan husband aku dalam perjalanan pulang jumpa aku.
Time tu sekali lagi dia pujuk rayu dan minta maaf. Sekali lagi aku terima. Tapi hubungan kami tak sebahagia sebelum ni. Aku dihimpit trauma dengan segala tuduhan² tu.
Selepas aku berpindah balik ke kelantan. Husband aku juga diluluskan pindah balik ke perlis. Bila, bagaimana proses pindah tu aku tak tahu dan tak nak ambil tahu selepas 3 tahun penantian aku sia².
Selepas beberapa bulan aku ditempat baru tu, husband aku tak habis² memaksa untuk aku isi borang pindah semula ke perlis dan stay bersama dia. Tapi hati aku waktu tu dah mati untuknya.
Mana mungkin aku serahkan kembali diri aku pada manusia yang dah berkali² menghina aku, menuduh aku tanpa bukti.
Untuk pengetahuan korang semua, kesemua tuduhan tu, husband aku bagi tahu keluarganya, keluarga mertua aku. Maruah aku di sana dah dipijak lumat.
So, aku cakap elok² dengan husband aku. Bagi aku masa untuk aku pulihkan depression aku, trauma aku dan segala bagailah yang berkenaan untuk aku buka hati pindah ke perlis semula.
TAPI.. Hubungan kami tak pernah pulih. Bulan 7 tahun ni. Sekali lagi aku diblock selama 2 bulan. Atas alasan yang sama dan tuduhan yang sama.
Bulan 9 aku ambil keputusan untuk beranikan diri pergi ke pejabat cawangan di kelantan untuk melaporkan kes kami ni. Dengan bantuan pegawai disini, laporan aku sampai ke tempat kerja husband. Dan husband dipanggil oleh pegawainya dan diarahkan balik berjumpa aku.
Sebelum tu aku ada maklumkan pada staff di sini, seandainya husband aku terus abaikan aku, aku tak beragak untuk failkan penceraian di mahkamah. So, keesokkanya husband aku balik bertemu aku.
Semasa kami bertemu. Sekali lagi dia merayu memohon maaf dengan aku dan tak kan ulangi lagi kesilapan sama. N sekali lagi aku rendahkan diri aku untuk terima dia balik tapi dia kena pindah balik bekerja di kelantan juga.
Hubungan kami masa ni kembali okay tapi tak seokay di awal perkahwinan. Hidup kami ibaratkan housemate sepanjang bertemu.
Setelah tiba hari terakhir cuti yang diberikan pegawai untuknya. Aku hantar dia ke stesen bas. (Dia masih belum pandai drive yaa walaupun dah 4 tahun berlalu)
Sehari selepas dia balik ke sana. Sekali lagi jam 3 pagi husband aku WhatsApp tanya aku macam², tuduh aku macam². Diulangi lagi perkara sama, tuduhan sama.
Bila tiba waktu pagi. Aku tanpa fikir panjang. Aku terus call peguam untuk failkan cerai ke atasnya. Aku betul² dah nekad untuk berpisah dari terus dituduh dan sampai ke hari ini sekali lagi aku di block.
Dia sememangnya lelaki yang baik. Sopan santun lemah lembut dan tak pernah sekalipun dia naik tangan dan ada perempuan lain. Namun, kerana sikap cemburu butanya yang melampau membuatkan aku nekad untuk berpisah.
Bab duit alhamdulillah tak kedekut tapi satu sifat cemburu buta tu yang buatkan aku tak tahan.
Sehingga ke hari ini juga aku berfikir. Adakah aku isteri yang tak tahu bersyukur? Dah dapat suami baik lemah lembut sopan santun. Tak kedekut tapi tetap nekad nak berpisah disebabkan cemburu buta??
Aku yang tak tahu bersyukur atau dia yang tak tahu bersyukur? Apa pandangan dan pendapat korang semua para pembaca??
Urusan penceraian aku masih lagi belum selesai. N betul ke tindakan aku untuk failkan cerai ni?? Kalau korang di tempat aku. Apa yang korang akan lakukan?
Aku minta maaf sekiranya penceritaan aku agak tak teratur dan buatkan korang pening.
Terima kasih pada yang sudi membaca segala luahan aku ni. Penceritaan ni aku tuliskan secara surface. Tak mampu untuk aku tuliskan lebih mendalam. Hanya membuatkan trauma aku datang menyerang.
– Ayuni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
teruskan shj untuk bercerai. tak ada guna ada suami yg mcmtu. sebelum majlis dah byk red flag terpampang. jenis nak semua benda mudah tanpa dia perlu fikir. 2 3 kali dia block then dia mintak maaf u terima. of course la dia berani buat lagi berulang kali. sbb tahu buat berjuta kali pun u tetap maafkan dia. u yakin dia block u berbulan tu dia tak ada perempuan lain? just go on with the divorce dari trauma anxiety sbb seorang suami. not worth it pun. pentingkan diri sendiri dulu, bahagiakan diri sendiri dulu before anyone else. takecare babe.
sebelum kahwin dh mcm2 laki tu wat….dgn duit x cukup…mcm tak bersungguh nak kahwin…pastu bila nk pindah duk dekat tak bagi…mcm ade something je..dah la cemburu tak bertempat….tinggal je sis…wat skt ati jek.
Melihat pada sikap suami rasanya lebih baik awak teruskn usaha untuk berpisah. Tuduhan isteri curang tanpa bukti berulangkali memalukn awak dan keluarga. Tak pyh la hidup dgn lelaki mcm ni. Kita kahwin utk bahgia bukan utk sakit kepala. Akk doakn awak dapat pengganti yg lebih baik dari simamat yg memandu pun tak tau. Malu le sebg lelaki tak boleh dijdkn pelindung.
BILA BACA DIA SANGGUP BLOCK SAMPAI BERBULAN PUN NAMPAK RED FLAG YG SGT BESAR YE UTK AWK MASIH BERTAHAN DALAM HUBUNGAN TU
kebanyakan lelaki yang menuduh pasangan curang, cemburu tak bertempat, kebarangkalian dia hanya cuba menutup kenyataan perkara yang dia buat belakang awak, saya tak tuduh, cuma nak nasihat berbulan PJJ tak pernah pikirkan awk, dan tak pernah berubah untuk pulihkan hubungan korang suami isteri, sudah lah awak, kalau bukan dia yang berubah biar awk berubah, berubah mencari kebahgiaan sendiri.
Puan yang dihormati..Inilah ujian hidup didunia..kita hidup memang untuk diuji..saya pun 2 tahun pertama dulu saya kawin situasinya sama..tapi lebih teruk..tapi kuasa doa seorang isteri tu power..banyakkan solat taubat..solat hajat..baca Yassin..Surah Al Fatihah sedekahkan untuk diri sendiri dan suami..itulah saya buat selama 2 tahun awal dan sampai skrg Alhamdulillah..syukur pada Allah…Allah makbulkan doa saya..kami bahagia dan dah ada anak seorang berusia 6 tahun..Puan serahkan urusan puan pada Allah keseluruhannya..Allah takkan biarkan dan abaikan isteri yang berdoa..wallahualam
sebenarnya dia yg curang sbb tu dia takut dgn bayang²nya sendri…sikap yg suka blok wife sendri mmg teruk,sifat yg tdk matang dn selesaikn masalah dgn cara yg baik
sebenarnya dia yg curang sbb tu dia takut dgn bayang²nya sendri…sikap yg suka blok wife sendri mmg teruk,sifat yg tdk matang dn cuba selesaikn masalah dgn cara yg baik
Salam.
I yg baca ni boleh kena serangan ‘panic attack’!!
Terlalu banyak bendera merah yang you abaikan. Dan I paling tak sangka semudah ABC you boleh kahwin dengan calon ‘blind date’ you.
I tak tau sepenuhnya your whole kife but I dapat rasa yg you terlampau insecure tentang your biological clock. You terlampau terburu-buru berkahwin. Sewajarnya you ta’aruf dan ambil masa yg sewajarnya untuk kenal dengan suami you dulu.
Apapun, I’m glad you dah sedar dan tekad angkat kaki dari perkahwinan mcm ni. You should be relieved that you tak ada anak utk considered.
Your husband is a manipulative. That’s why you boleh didiagnos dgn depression.
Take a deep breath and try to focus on yourself. I harap you ada bantuan dari keluarga yg sewajarnya. I yakin you can be cured and never think less about yourself. It’s all on him. Jgn bagi ruang pd diri you utk simpati atau kasih sbb lelaki tu tak pernah cintakan you. That’s why he keep hurting you.
Brace yourself sis. Insyaallah, akan ada takdir jodoh yg baik utk you. Doa pada Allah SWT.
Sebenarnya suami awak yang curang tu bila dia tuduh awak macam kerana hendak tutup kecurangan dia. Biasalah bila PJJ ni. Tak semua orang akan curang tapi kebanyakannyalah. Keputusan awak untuk minta cerai adalah jalan yang tepat kerana suami awak yang tidak tahu bersyukur dapat awak sebagai isteri. Semoga dipermudahkan segala urusan.