Aku Isteri Tersakiti, Lalu Menyakiti

Assalamualaikum pembuka bicara aku Aina bukan nama sebenar mempunyai suami yang penyayang dan aku ada 2 pasang anak kembar, kembar pertama sekarang usia tiga tahun kembar second satu tahun.

Aku mempunyai keluarga mertua yang sangat jahanam perangai macam labi-labi hehe.

Aku berkahwin dengan suami ibu mertua tidak boleh terima aku kerana sebelum kami kawin ibu mertua sudah ada calon untuk suami aku tetapi suami aku tak nak dan kahwin dengan aku.

Pendekkan cerita 3 bulan pertama perkahwinan aku aku sudah disajikan dengan penuh rasa kecewa dan kesakitan.

Pernah masakkan aku diletakkan selori garam pernah juga tali bra digunting pakaian kena curi dengan adik ipar dan macam2 lagi kalau nak cerita semua tak habis.

Aku tinggal dengan mertua selama 7 bulan kerana suami aku masih dalam mencari rumah sewa waktu tu.

Aku masih ingat seminggu selapas nikah aku pernah kena maki dengan mertua tanpa sebab, ayat dia lebih kurang macam ni,

“Eh aku tak tahu lah kenapa ank aku boleh kawin dengan prempuan sundal macam kau ni” tidak tahu sebab dan kenapa ye tiba2 dia sound derek macam tu.

Mak mertua aku ni tersangat lah baik ye dengan menantu tak jadi dia tu boleh katakan hari2 datang rumah.

Aku juga pernah keguguran kerana mak mertua aku sebab dia pernah tolak aku smpai aku terhumban dalam baldi,

Memang suami marah gila-gila mgamuk macam orang gila marahkan mak dia sebab kan mak dia prangai macam tu. Start dari kejadian tu suami bawak aku kluar dari rumah mak dia kami cari rumah sewa.

Aku masuk hospital 3 hari sewaktu keguguran tu selepas keluar dari hospital alhamdulillah dapat rumah sewa.

Penderitaan aku tak berhenti disitu sahaja. Suami aku walau pun dia maki mak cukup-cukup waktu aku gugur dia tetap juga maafkan mak dia aku tahu suami aku anak yang baik dia juga suami yang baik selalu menyebelahi aku saat aku tersakiti.

3 bulan selepas keguguran aku disahkan hamil lagi Allah gantikan yang lebih baik kembar lagi Allah gantikan.

Mak mertua selalu dengan rumah melawat kami alasan nya melawat kerana kami jauh dari rumah suami selalu pesan kalu sampai tahap boleh lawan lawan je tolong jaga baby kita.

Macam-macam cara mertua buat depan suami baik belakang suami macam-macam mertua dan dan ipar pernah buat.

Saya pernah dimasukkan julab dalam makanan dan nasib baik baby tak ada apa2 sampai suami terpukul adik prempuan dia sebab ikut arahan mak dia.

Saya pernah kena pukul dengan penyapu dengan mertua saya juga pernah kena tumbuk dengan mertua dekat perut masa saya mengandung.

Pernah dicubit2 oleh adik ipar dan menantu tak jadi kesayangan mertua. Dan semua tu saya juga ada melawan sikit-sikit.

Banyak sangat kejadian-kejadian yang tak habis kalau nak cerita,

Selepas saya melahirkan anak kembar pertama saya emosi saya jadi kurang stabil suka marah-marah walaupun benda kecil dan suami lah yang jadi mangsa Alhamdulillah suami memahami dan sentiasa menemani.

Saat anak kembar pertama saya umur satu tahun mak mertua saya pernah cubit peha sampai biru sebab disebabkan anak saya tumpahkan susu, saya tak tahu kenapa waktu tu saya naik hantu marahkan mertua sampai saya menjerit satu tanam boleh dengar.

Saya ambil remote tv baling ke dinding sampai pecah remote tv, waktu tu adik ipar saya ada dia boleh pulak sound saya sebab marahkan mak dia .

Dalam hati amboi perempuan ni memang nak kena saya apa lagi sound la jugak tengah gaduh-gaduh mulut dia terus datang nak tampar nak saya, saya terus tarik rambut dia kuat sampai menangis-nangis dia.

Hahahahaha puas hati. Kebetulan masa tengah gaduh suami balik suami leraikan pegaduhan tu, habis dengan suami2 kena maki masa tu berbakul-bakul saya bagi senyap tak terkata mak mertua.

Esok selepas hari kejadian gaduh mertua datang lagi dengan dua adik ipar perempuan dan menantu tak jadi sebab nak serang saya.

Saya kena serang dengan dua ipar perempuan saya dan saya tetap lawan walaupun saya sakit masa saya tengah bergelut anak saya yang kembar sempat tempat makcik diorang dengan pistol cicak yang keluar peluru bulat-bulat tu hahaha.

Waktu tu memang saya gunakan kekuatan tenaga saya lawan sampai bangun saya pukul-pukul muka salah satu adik ipar saya sampai termengah-mengah dia,

Waktu itu mak mertua saya makin galakkan anak-anak dia pukul saya sampaikan pergaduhan ni dileraikan oleh jiran sebelah. Saya hubungi suami, suami balik memang suami mengamuk teruk sampai dia pukul-pukul adik dia.

Saya masih ingat saat tengah tengok tv mak mertua ada dirumah saya waktu itu saya dipukul berkali-kali dengan penyapu habuk bulu ayam tu.

Memang tak tahan saya ambil penyapu bulu ayam tu saya pukul-pukul balik mak mertua sampai menangis-nangis orang tua tu hahaha.

Sekarang perangai saya dah berubah emosi saya jugak tidak stabil pernah saya gaduh dengan suami sampai tendang suami sebab kan tersalah beli brand kicap.

Pernah jugak saya tumbuk muka suami sebabkan nak lepas marah pada mak dia tak sampai. Sampai naik lebam muka suami. Sampai disini jelah saya dah tak larat nak menaip.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *