Aku Isteri Yang Dicurangi

Salam semua. Nama aku Kasih. Sudah berkahwin selama 6 tahun dan punya 2 orang anak. Aku salah seorang wanita malang yang suami ku telah curang denganku.

Aku dapat hidu perbuatan suamiku pada bulan puasa yang lalu. Dia curang dengan rakan sekerja (janda dalam proses bercerai) ku gelarkan J.

Pada malam tersebut, dia ingin keluar selepas buka puasa katanya dengan rakan2 sekerja. Jadi aku izinkan saja.

FYI suamiku bukan jenis yang berkawan dan lepak dengan kawan2 di luar. Hidupnya 100% hanya bersama aku. Tapi sejak hari itu dia minta izin untuk berbuka di luar jadi aku izinkan.

Namun tingkahlaku dia amat mencurigakan. Selepas saja jamah air dan makanan sedikit di rumah selepas azan, dia rushing mandi dan siap2 nak keluar. Sehinggakan dia tinggal anak2 begitu saja sedangkan aku masih belum siap mandi.

Selang beberapa hari dia keluar lagi dan pulang lewat dalam jam 11 malam.

Aku yang sudah tidak sedap hati telah curi2 melihat telefon dan whatsapp dia. Ternyata memang benar sangkaan ku apabila aku terlihat semua mesej2 antara mereka ibarat pasangan bercinta.

Yang aku luluh kami baru saja menyambut hari jadiku kelmarin dan dia ada mesej J ketika dia dengan aku.

Aku telah confront dia pada malam itu jugak. Nasib anak2 sudah tidur. Suamiku mengaku dan menyesali perbuatannya.Katanya hubungan mereka masih baru tak sampai 2 minggu lagi.

Jadi semalaman kami hanya menangis sehingga ke subuh. Aku telah memaafkan suamiku. Namun sejak itu, aku dapat tahu melalui link whatsapp yang mereka masih berhubung.

Selepas ditipu beberapa kali aku masih lagi memaafkan dia. Perkara ini berlanjutan sehingga selepas raya.

Dalam tempoh itu hubungan kami kejap ok kejap tak ok. Beberapa kali juga aku gertak untuk minta cerai dan halau dia keluar dari rumah.

Dia masih lagi berhubung dengan J itu dengan alasan rakan sekerja malah memaksa aku untuk menerima J sebagai rakanku. Aku menolak dengan keras permintaan itu.

Sehinggalah pada suatu hari, mungkin antara doa2 ku Tuhan makbulkan, si J berada bersama ex-suami J, aku gelar B.

Namun pada masa sama si J telah menghantar pesanan pada suamiku. Suamiku membaca mesej itu lalu terus telefon. Nampaknya panggilan telefon itu telah kantoi dengan B.

B dengan marah telah membaca semua mesej2 yang lepas (mungkin J tak padam mesej) dan telefon untuk memarahi suamiku.

B minta untuk bercakap denganku. Aku akur. Namun ternyata perbualan itu telah meninggalkan trauma dalam hidupku.

B telah melemparkan kata2 tak enak ditelinga padaku akibat amarah kepada hubungan suamiku dan J.

Contoh, B kata dia mau melakukan seks denganku didepan suamiku biar suamiku melihat dengan mata sendiri. Dan lain2 ayat yang tak enak.

B telah mengugut untuk menumbuk suamiku ditempat kerja dan biar semua ditempat kerja tahu mengenai hal ini. Akibat ketakukan, kami telah membuat laporan polis dan aku masih setia disisi suamiku.

Selepas insiden itu, perasaan suamiku kepada J telah bertukar dan dia terlalu membenci J dan menganggap J ini perempuan yang hanya memusnahkan hidupnya.

Hari2 suamiku di tempat kerja ternyata sukar apabila J telah menyebar cerita bahawa hanya suamiku yang tergila2 kan dia dan mengajak dia berkahwin sebelum ini.

Aku dah mintak nak confront J untuk lepas apa yang sangkut kat dada ni tapi suamiku tak izinkan. Aku masih taat lagi kehendak dia. Tapi aku yang merana sebab ada benda yang sangkut tak terucap. Mungkin sampai mati benda ni sangkut.

Hubungan aku dengan suamiku semakin baik kerana kami mengambil hikmah disebalik kejadian ini dan anggap ujian untuk menyedarkan hubungan kami yang agak renggang sebelum ini.

Namun, aku kadang2 berperang dengan perasaan sendiri. Aku kadang2 terbayang2 perbuatan curang, teringat2 mesej2 mereka dan juga kata2 B.

Harini datang lagi episode berperang dengan perasaan sendiri. Aku mungkin boleh memaafkan tapi tidak mungkin dapat melupakan. S

ungguh ku berharap Tuhan bisa memadamkan babak hitam hidupku ini. Ya Allah ku mohon ketenangan jiwa agar dapat ku redha dengan setiap ujian ini. Tiadalah lagi daya ku ini…

– Kasih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semua berpunca drp kegatalan suami kau dekkk…dia yg bawa masuk rebung berduri ke dalam perut…

    Apa kau tunggu lagi?
    Jalan aje lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *