Menjelang aidilfitri yang mungkin esok (Rabu) atau lusa (Khamis). Kepala aku mula rasa berselirat dengan pelbagai isu yang tak habis-habis.
Segala benda harus dipertimbangkan sebelum membelanjakan hatta setiap satu sen yang keluar.
Aku Alia, seorang isteri yang sangat kedekut. Merangkap menteri kewangan dalam rumahtangga.
Aku seorang pengajar tuisyen kecil-kecilan manakala suami aku, Ali pula bekerja sendirian. Ali memang menyerahkan segala urus belanja pada aku dari A-Z.
Dikala hujung Ramadhan ni, bermacam dugaan datang. Peti ais kami yang 5 tahun usia ada masalah sejuk.
Ali yang sememangnya pandai kerja elektrikal dan wiring, beli spare part yang harganya nak hala RM100.
Ya Allah besar betul jumlah tu untuk kami sekarang ni. Takpa lah, untuk kegunaan long term kan.
Lagi satu ujian yang datang adalah, kereta yang memerlukan penukaran throttle body sensor yang wajib ditukar.
Nasib baik plug n play je alat ni. Barang kecil tapi agak mahal, RM150. Melayang lagi duit nak dekat raya ni.
Kalau tak tukar, timing kereta asyik turun naik dan kesannya kereta sedikit bergegar. Kena lah tukar sebab nak berjalan raya kan.
Kesian Ali, penat bekerja sana sini. Buat kerja wayering, aircond. Berpanas di bawah terik matahari. Semoga Tuhan membalas segala titik peluh yang keluar untuk suamiku.
Oh ya, sebenarnya Ali kerja sebelum ni ikut projek. Projek ada masalah, yang mana mungkin lepas raya baru on.
Aku berdoa banyak-banyak di bulan penuh mulia ini agar Ali dapat mulakan kerja di projek itu lepas seminggu raya ni, Amin…
Perihal duit raya untuk anak buah. Side aku ada anak buah yang ramai. 25-30 macam tu. Ramai kan? Sebelah Ali punya 5 orang saja.
Aku selaku pemegang amanah duit keluarga bercadang memberi semua anak buah RM3 saja.
Sebenarnya awal tahun haritu, niat aku untuk beri duit raya RM5 seorang. Tapi apakan daya, ekonomi tahun ni sangat sangat drop.
Pada mulanya Ali kata, siapkan duit raya untuk side aku je. Untuk side dia, dia akan beri sendiri RM10 untuk setiap anak buah.
Aku bantah. Sebabnya Ali sendiri dah tiada cash. Duit raya adalah sedekah dan ikut kemampuan kita.
Aku tetapkan hanya RM5 saja untuk anak buah Ali. Isteri yang sangat kedekut kan aku ni?
Hari ini pula, Ali beritahu nak tinted kereta. Sebabnya depan terlalu cerah nampak dalam.
Tapi kereta tu memang dah ada tinted cuma dah berkurang. Katanya anggaran bawah RM150.
Duit pada aku untuk belanja hanya tinggal RM1150. Aku tak boleh biarkan baki RM1000 saja. Aku kan kedekut?
Duit nak guna lepas raya pun kena ada. Lama lagi nak tunggu bulan mei.
Aku ke yang berdosa sebab tak setuju nak tinted kereta? Ali seakan bad mood setelah aku nyatakan pendapatku.
Aku tinggal di negeri kelahiran Ali. Jadi kampung Ali dekat saja dalam 10 minit. Manakala kampung aku pula jarak dalam 50 minit dan 2 jam.
Nasib baik tak perlu lalu highway, jadi sekadar topup minyak di Setel saja. Jimat sedikit duit touch n go.
Bila raya, memang kami balik ketiga-tiga kampung.
Adakah tahun ni aku patut balik kampung Ali dan kampung aku yang 50 minit saja tu? Mungkin satu lagi kampung aku balik raya haji nanti. Untuk penjimatan kos.
Banyaknya benda nak kena difikirkan bila raya menjelang kan?
Ya Allah, di bulan mulia ini, semoga semua yang merasa sempit, diluaskan rezeki mereka termasuklah suamiku Ali.
Salam Aidilfitri untuk Muslimin dan Muslimat di atas muka bumi ini.
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sangat kedekut. Kategori bakhil