Terima kasih admin kerana menyiarkan tentang kisah saya.
Hi, nama saya NurSha (bukan nama sebenar) saya awal 20-an mempunyai 1 baby 6 bulan dan berkahwin 2 tahun.
Harini saya bukan nak cerita keburukan suami saya, tapi lebih kepada keburukan saya dan masih belajar dalam perkahwinan dan rumah tangga.
Saya berkenalan dengan suami saya singkat tak sampai setahun kami berkahwin atas sebab suka/cinta dan bahagia.
Saya dan dia ada pekerjaan tetap, setiap bulan dia menyimpan separuh gaji dia dan begitu juga saya. Semua perbelanjaan dan kewangan kami manage sama sama, takde yang lebih dan tiada yang kurang.
Tapi sepanjang perkahwinan saya 2 tahun ni boleh kata kami ldr. Sebab suami saya bekerja 3 minggu di luar dan 1 minggu di darat (oncall) maksudnya, tiada waktu cuti untuk dia sepanjang 2 tahun kami berkahwin.
Boleh dikatakan lepas kawin, mengandung dan berpantang saya sendirian bersama anak. Saya jarang masak, sebab saya bekerja pagi, malam balik dah lewat.
Suami pulak jarang ada di rumah, jadi saya biasa makan bungkus/ makan di rumah keluarga saya.
Semuanya berjalan sangat pantas, mengandung okay, berpantang pun okay. Cuma bila saya dah mula berkerja saya rasa sedikit penat, malam kena bangun menyusukan anak siang pulak kena pergi kerja.
Untuk maklumat saya bekerja berhampiran rumah family saya dan tempat sama ketika saya masih belum berkahwin, dan jaraknya hampir 1 jam perjalanan.
Saya akan bawak anak saya hari hari ketika pergi kerja untuk hantar ke rumah ibu saya untuk mengasuh. 1 jam tu penuh cabaran, menangis duduk carseat, yang berak, yang nak susu.
Anak umur 4 bulan, kami berbincang untuk dia berhenti kerja dan mencari kerja lain, lebihkan masa kepada kami.
Jadi dia pun berhenti kerja, dan kerja di tempat baru yang gajinya bermula basic sekarang separuh dari gaji yang lama, dengan rumah + kereta masih mahu dibayar, anak bini yang masih mahukan nafkah.
Tapi alhamdulillah semua Allah permudahkan,
Saya decide untuk bayar kereta dia dan tanggung suku rumah, dan dia tetap kena bayar nafkah + anak dan rumah serta duit belanja ibu bapa dia (sebab ini memang tanggungjawab dia yang tak boleh mengelak dah) itu pun kadang baki tinggal berapa je.
Semua berlaku sangat sempurna, sejak dari awal dia berhenti, anak dia susu kan tiap malam, baju dia basuh dan kami jemur sama sama kadang tak larat hantar ke dobi.
Makan pulak hari hari bungkus/ makan di luar. Rumah kemas seminggu sekali bila bersepah. Semuanya berjalan lancar.
Tetapi balik semula ke tajuk saya Saya isteri yang terlampau selesa ke?
Saya takut kalau kami berlarutan begini, hari hari makan luar. Buat kerja sama sama, dia tiap malam susu kan anak.
Saya takut dia sebenarnya pun penat tapi dia sorok kepenatan dia. Atau dia sebenarnya rasa terbeban tapi dia tak luahkan? Atau ini semua hanyalah khayalan saya saja.
Kalau tanya makan luar siapa bayar, saya akan bayar guna hasil bisnes kecil kecilan saya.
Untung tu lah yang buat topup saya dan keluarga makan sedap, reward tiap bulan memandangkan duit kami habis untuk perbelanjaan bulanan dan simpanan.
Saya pernah ajak dia berbelanja barang dapur, dan memasak di rumah. Tapi sebab kekangan masa dan badan penat memandu jauh tiap hari buatkan suami kata, takpelah kita makan luar saja.
Jadi ikan /ayam dalam peti ais tu kadang tak tersentuh, kadang bukak pun tak. Jadi dia kata, sama je kalau beli lauk atau barang masak. Belum tentu awak masak, jadi kita makan luar saja.
Alhamdulillah, kehidupan bahagia walaupun tak semewah dahulu, tak boleh menyimpan seperti dulu. Tapi emosi saya sangat stabil dan bahagia.
Cuma saya mintak pendapat adakah saya berasa terlampau selesa, adakah saya sebenarnya membebankan dia.
Sekian kisah anak muda mak anak 1.
Terima kasih semua.
– NurSha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit