Ini sekadar meluahkan perasaan. Masuk tahun ini, hampir 5 tahun dah aku berkahwin dengan suami aku.
Dalam tempoh 5 tahun itu juga, bermacam-macam drama yang aku hadap dari mak ayah suami aku. Daripada masuk sebagai seorang gadis yang periang dan suka ketawa menjadi seorang yang pendendam dan pendiam.
Pada mertua aku, terima kasih ye sebab jadikan aku macam ni. Pada suami aku, maaf ye sebab terpaksa menghadap drama dari aku hari-hari dan dengar tidak puas hati aku tentang keluarga awak sebab 4 tahun yang lepas awak cuma diam.
Tak de pun, lindungi aku dari mak ayah awak. Biarkan mereka cakap sesuka hati. Biar mereka attack aku. Marah aku. Mana awak? Tak de. Aku sorang-sorang hadap semua benda.
Orang tua ni, bila kita diam makin sedap dia pijak kita, perli-perli kita tapi bila kita lawan pulak, kita juga kena balik kata tak beradab.
Dalam tempoh 4 tahun sebelumnya, aku ni macam orang asing dah dalam keluarga dia. Buat aku macam orang luar. Tapi, kalau bab cucu, iaitu anak aku kemain lagi lah nak rebut-rebut anak aku dari aku. Semua benda nak rampas dari aku.
Dulu semua benda tak puas hati dengan aku, rasa macam aku rampas anak dia. Tiap tahun tiap minggu harus dan wajib balik rumah pak mak mertua aku. Bila turn aku nak ajak suami aku balik rumah aku, bising kemain lagi.
Sudah lah aku jumpa mak ayah aku 2-3 bulan sekali, itu pun bila sampai kampung tak habis-habis call mesej suami aku tanya bila nak balik. Serabut betul dengan perangai orang macam ni.
Nah, sekarang hidup aku dengan suami pjj. Tiap minggu suami akan balik rumah pak mak mertua sebelum gerak balik. Sekarang, amik lah balik anak kau tu..
Dulu sibuk sangat merajuk-rajuk kata anak tu tak balik jumpa dia. Sekarang, amik lah.. tatap lah muka anak tu lama-lama tiap minggu. Aku memang tak lah nak datang rumah dia, malas aku.
Tapi, sekarang masih tak puas hati lagi, sibuk pulak push push suami aku suruh datang bawak anak aku sekali jumpa dia. Merajuk-rajuk buat ayat sedih sampai stress suami aku menghadap perangai mak dia ni.
Ayah dia pun sama je, kuat merajuk. Memang sesuai lah duwe-duwe jenis kuat merajuk.
Orang lain, pakai app mylocation tu untuk benda kebaikan. Tapi, dia setiap masa track jejak anak tu. Nak tengok pergi kemana. Yang rancaknya, track bila anak tu jumpa anak bini kat rumah. Masih lagi hidup berdengki dengan aku.
Kalau sekadar track tak pe. Ini sudahlah memang spy kitorang lepastu mesej sedih-sedih kat suami aku kenapa pergi jalan sana boleh tapi singgah rumah dia tak pun. Stress aku tau tak.
Anak dia dah umur 30 dah, dah kawin. Sekarang ni, pjj pulak dengan anak bini bagi chance lah mak cik anak tu spent time dengan anak bini dia. Kesudahannya suami off location tu dari mak dia sebab stress. Hampir 1 tahun jugak kami hidup macam kena spy.
Anak sakit, suami work from home pun, bising-bising bebel dekat suami kenapa tak pergi office kenapa tak hantar je anak tu kat taska. Katanya, biarlah sakit sikit je pun.
Sedap dia je kata macam tu, anak dia yang umur 26 tahun tu (adik ipar aku) cabut gigi pun kemain dia jaga elok sampai suruh rehat je kat rumah tak payah pergi kerja.
Ini anak aku umur 5 bulan disuruhnya, hantar taska juga sebab pikir pasal prestasi kerja anak dia (suami aku) lebih penting. Boleh lagi, nak marah suami aku sebab tak masuk office jaga anak sakit. Sambil tanya, suri tu napa tak jaga? Biar lah dia yang jaga, kamu pergi lah kerja.
Oh, prestasi anak dia je dia pikir.. prestasi aku tak de pula nak pikir. Laki aku jawab, dia pun dah banyak cuti biar kali ni saya pula yang jaga. Bebel-bebel lagi, cakap benda-benda negative kat laki aku. Serabut gila rasa.
Drama-drama sebelum ni, kene perli kene rendah-rendahkan, kene marah tanpa sebab munasabah memang dah lali dah dengan aku sampai lama-lama aku jadi benci dengan pak mak mertua aku.
Yang paling aku sakit sangat hati, semua moment anak aku masa newborn sampai umur 1 tahun tak de satu pun yang manis nak ingat bila dengan dia. Berdengki apa lagi dia dengan aku? Aku pegang anak aku, dia rampas.
Nampak anak aku manja-manja dengan aku dia perli “asyik melekat dengan maknya je kang jadi kera sumbang kang.“ Tak boleh tengok anak aku manja dengan aku terus dia rampas moment tu dengan ayat perli dan suruh anak aku main dengan orang lain.
Pernah aku buat instagram anak aku, aku invite semua untuk akaun tu.
Kebetulan, aku salah invite akaun instagram dia, terus dia bahasakan suami aku kata aku ni tak beradab sebab tak invite dia. Kata aku ni menantu kurang ajar sebab aku tak invite dia takkan lah dia pula yang nak request follow akaun anak aku tu. Diakan mertua, yang berkuasa jatuh lah level dia nanti.
Kesudahannya, aku delete akaun anak aku tu. Padan muka semua orang, tak payah nak follow sangat lah kalau itu pun jadi isu sampai label aku tak beradab.
Orang elok niat nak buat akaun anak, tiba jadi isu gaduh pula. Kesudahannya semua ternganga jelah tak payah nak follow-follow dah.
Rindu cucu ke apa amik jelah gambar video sendiri malas dah aku nak kisah pasal pak mertua aku.
Belum lagi, sibuk nak masuk campur pandai sangat nak atur-atur hidup anak aku semua. Cukup sudah lah dia masuk campur atur hidup anak-anak dia tapi jangan nak sentuh pasal anak aku. Anak aku, aku yang corakkan sendiri.
Akikah dan birthday anak aku umur 1 tahun haritu pun, memandai-mandai je buat perancangan sendiri nak buat kat kampung dia. Habis aku ni tak de family ke? Mak ayah aku tak payah ada dalam majlis tu? Sudah lah kampung dia jauh. Jadi pekerjaan pulak aku nak amik cuti semata untuk tu.
Bila ada adik beradik dia suggest kat dia buat akikah dekat kampung aku.. kemain mengamuk dia. Bunyi dia macam benci betul kalau buat kat kampung aku. Kalau aku ni jahat, aku lantakkan je, buat je kat kampung aku. Tapi sebab malas nak isu nak gaduh akhirnya kami decide buat kat rumah sendiri.
Pernah juga, aku izinkan dia jaga anak aku yang newborn umur 1 bulan selama 2-3 jam sebab aku nak cari barang dengan suami aku. Eh, boleh dia larang aku cium anak aku. Boleh juga pulak dia marah aku cium anak aku sebelum aku nak keluar rumah.
Ayat dia melekat kat kepala aku “tak payahhh tak payahh dahh dahh pergi jelahh keluar“. “hishhhhh dahh nak buat ape lagi tuu” “hishhhhh bangun dah tu“. Eh, dia fikir aku ni sape? Tu anak aku kot.
Bila aku balik dari beli barang nak cium anak aku kemain dia perli aku “hishhh tak bagus lah cium-cium anak lepas balik keluar“.
Amboi mak cik, bila part aku kemain lagi kau macam aku ni kotor sangat. Kalau part kau dan anak beranak kau datang jenguk anak aku cium-cium balik dari kenduri dari shopping mall bagai aku tak cakap ape pun.
Memang sejak hari itu, aku nekad aku tak akan hantar anak aku kat kau dah. Titik. Nampak sangat aku ni sape kat mata kau. Memang moment tu aku akan ingat sampai aku mati sakitnya hati aku waktu tu.
7 hari anak aku warded dulu pun sebab kuning, aku datang berlari nak peluk anak aku sebab rindu. Nampak anak aku tidur baring. Boleh dia tepis-tepis aku sambil kata “jangan kacau.. tengah tidor ni”. Memang sakit betul hati aku.
Sekarang, aku tak hingin langsung nak berier bawak anak aku datang jumpa dia. Padan muka dia. Dia nak ajak bercuti ke apa dengan anak aku, tak ingin aku join dan make effort nak amik cuti semua demi dia. Cukup lah.
Sebelum ni pun sebelum ada anak aku, tak pernah pun nak ajak bercuti sama-sama. Bercerita kat aku gebang habis nak pergi bercuti, berier aku amik cuti sekali dia bercuti dengan anak beranak dia je. Haha. Fine. Memang tak la dah aku nak kisah lepasni dia sembang pasal pergi jalan ke ape.
Dah masuk tahun ke-5 ni, hati aku makin benci dengan pak mak mertua aku dengan semua benda yang dia buat kat aku.
Tapi, sejak dua menjak ni aku nampak dia macam nak berbaik dengan aku. Mungkin, sebab cucu. Sebab aku memang dah letak dinding berlapis dinding berlapis dinding lagi dengan dorang. Memang aku tutup pintu rapat-rapat dari orang luar cuba lagi nak masuk campur.
Aku dah tak de hati sangat dah dengan family mertua aku. Bila dia nak berbaik dengan aku pun, hati aku masih sakit lagi pikir pasal semua benda jahat dia buat kat aku.
Banyak sangat drama yang aku pendam lagi. Aku memang tak dapat nak maafkan dia. Bagi aku ruang untuk lagi menjauh. Aku sorry aku memang tak boleh dah nak berbaik dengan mak pak dia. Cukup lah.
– Sari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit