Aku Jahat

Salam semua. Aku Penjahat. Sedikit latar belakang. Aku dah kahwin 17 tahun, anak dah ramai.

Umur aku dah masuk 40an. Punya isteri yang cantik, baik dan perfect serba serbi walaupun manja. Anak-anak pun baik-baik dan dengar cakap sihat walafiat semua.

Aku kerja kerajaan dengan gaji lebih kurang 7-8k. Isteri aku lebih dari tu. Keluarga yang kami bina, bagi aku sudah cukup sempurna dan aku sanggup bergadai nyawa untuk keluarga aku.

Alhamdulillah atas kurniaan Allah S.W.T atas nikmat ini sedangkan aku tau aku tak layak pun untuk untuk sebahagia ini.

Bab kerja pula. Beberapa tahun lalu aku di tukarkan ke jabatan lain. Macam biasa bila kita bekerja ni kita akan jumpa bermacam-macam jenis orang. Ada yang hensem ada yang lawa ada yang kurang hensem/lawa ada yang leave impression mendalam kat kita. Macam tu la aku.

Masa aku mula-mula ditukarkan ke jabatan baru, ada seorang wanita yang aku kenal semasa mesyuarat dan she leave quite the impression to me. Dengan sikap positifnya, smartnya dengan pakej cantik sekali. Hati tergerak.

But i know my status and i know i will never get anywhere with her so perasaaan tu aku matikan kat situ dan cuma contact bila perlu sahaja.

Kerja aku memerlukan aku berurusan dengan dia. We kept it professional for the most part. Sikap aku, aku suka bergurau bila deal dengan orang untuk memudahkan urusan.

Bila deal dengan dia dengan cara aku, aku buat lawak yang niche pun dia boleh sambut dan faham which is refreshing bagi aku sebab kat pejabat aku bila aku buat lawak yang deep sikit kebanyakan orang macam krik krik, haha.

Oh ya. Kami tak duduk satu ofis. Aku di state level dan dia di HQ. To put it simply, she has the same wavelength and level of thinking.

But still, aku cuba remain professional dan tak nak misread the situation. Again, i know myself and my status. Bagi aku, nothing could happen between us.

Aku jahat. Awal tahun ni, dari gurauan demi gurauan (bermula dengan soalan professional pasal kerja) dan kami tak berhenti dan in the end, she confess to me.

Bro, aku berdebar dan menggigil bila ada perempuan confess. Not just any woman pulak tu. Somebody yang kita adore dari jauh and no chance to begin with.

Rupa-rupanya selama ni dia dah banyak bagi hint kat aku tapi aku tak perasan sebab macam aku cakap tadi, aku tau status aku. And suddenly, whatever strength, kesetiaan, moral and whatever it is yang aku fikir aku ada sebagai jati diri aku, hilang.

Cuma ada perasaan seronok dan happy gila dan akhirnya aku sambut perasaan itu dengan perasaan yang sama. Dia tau status aku. Dan dia juga dah ada perasaan sejak awal lagi.

Saat tu, dunia aku berubah. Dunia yang dulunya cuma ada matahari, kini ada bulan yang menambah seri.

Tuan puan semua, Demi ALLAH. Aku sangat sayang isteri aku. Tapi pada masa yang sama, aku juga sayang wanita itu.

Aku tau aku tak layak pun berpoligami dengan pendapatan aku sekarang. Dan aku tak fikir isteri aku boleh terima.

Maaf aku tak boleh nak tulis panjang-panjang. Mohon nasihat dari tuan/puan selayaknya apakah tindakan yang terbaik untuk masalah aku. Terima kasih..

– Penjahat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jaga ikhtilat, segala pergaulan yg tidak ada keperluan harus diputuskan. Yg halal ada, kembali kepada yg halal, bergaul dengan dia, sehingga hilang segala rasa kepada yg diluar drpd rumah tangga anda. Ingat, syaitan akan sentiasa maju dgn segala tipu daya dia, sebab tu pentingnya kita ada benteng pertahanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *