Aku Jahat Ke?

Salam.

Aku just nak share sesuatu. Aku tak pasti adakah aku ni baik ke tak. Aku pun tak pasti masalah aku apa.
ada tak orang yang sama perangai sama macam aku?

jenis aku, aku tak suka orang usik barang barang aku. kalau aku tengok barang aku terusik, atau terpusing sikit pun, aku akan rasa something yang kurang selesa.

aku pun jenis yang suka pakai barang aku sendiri, dan pantang kalau orang pakai barang barang aku sesuka hati. And kalau aku nak pakai barang orang pun, aku akan minta izin tuan punya barang tu dulu. tapi realiti orang hari ni suka pakai barang orang tanpa pengetahuan orang tu.

aku kalau dapat manusia yangh macam tu, biasanya aku takkan cakap aku marah, tapi body language aku yang menyatakan aku marah dengan kau. Like, aku tak bercakap dengan dia, aku just ignore ja.

aku ni jahat ke?

aku jenis hidup, bila sampah penuh, aku akan buang sampah, bila dah guna peralatan elektrik aku akan tutup atau off kan, even lampu dan kipas pun, sebab bagi aku kalau ia sentiasa on, itu dah membazir, tapi lain dengan housemates aku, mereka suka membazir elektrik, bila guna lampu and kipas kat ruang tamu, mereka tak akan tutup lepas guna, kalau malam macam tu, sampai ke pagi lah akan macam tu. Toilet pun sama, masa first aku masuk rumah tu, toilet kotor gila, setakat aku duduk ni, aku sorang yang basuh toilet dan bersihkan rumah every week.
sebab tu kalau dorang bersepahkan aku jadi marah.
aku akan jadi menyampah dan aku akan ignore mereka, bila aku tegur, i mean aku cakap elok2, ada yang macam pertikaikan, ada yang suruh aku keluar dari rumah, aku bukan suruh banyak pun, just jangan membazir elektrik, jaga kebersihan toilet, dan please jangan pakai barang tanpa kebenaran tuan punya.

aku bukan berlagak madam kat rumah tu, aku just rasa macam, boleh tak korang appriciate apa yang aku buat kat rumah tu?
aku tak mintak sabun korang apa semua pun, tapi cukup lah kita sama sama jaga rumah sebaiknya.

korang bagitahu tuan rumah mengenai hal aku, Wallahu’alam tak tahu apa yang korang cerita sampaikan tuan rumah call prefer aku duduk tempat lain kalau tak boleh nak hidup berkongsi macam tu.

aku actually sedih, sebab tuan rumah taknak tanya aku apa yang berlaku, sepertinya dia hanya mendengar sebelah pihak.
but its okay, aku pun nak keluar dah dari rumah tu. lepas ni, suka hati korang lah ya.
aku sedar, aku jahat, tapi sejahat aku, aku takkan cerita buruk koang tu kat tuan rumah atau orang lain.

aku jahat ke? memang perangai aku, kalau aku marah, aku akan tunjukkan body language daripada bercakap, like aku ignore mereka, diam kan diri, taknak bercakap dengan mereka, and no eye contact bila bercakap.
and aku kalau dah tak baik dengan orang tu, aku akan jadi terus malas nak baik. bukan nya makna aku asik nak gaduh ja, aku just taknak berbaik sngat ja. nanti makin baik, makin sakit hati, tu yg aku taknak.
jahat tak aku?
tapi 1, sejahat aku, aku tak buka aib korang tu, korang pandai cakap, tapi pengotor, and berkira nak bersihkan rumah.
doakan aku dapat bilik single dan housemates dan classmates yang kami bersama sama bahagia. Aamiin.

aku jahat ke?
aku tak berhati perut ke,
ke aku ni berpenyakit?
perfectionist?

– Aishah Nuha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *