Aku Jahat Sebab Dia

Aku Dendra (Bukan Nama Sebenar) Kini aku merupakan seorang guru di sekolah swasta. Mengimbas kembali zaman ketika aku bersekolah.

Aku pernah menjadi mangsa hinaan oleh rakan sekelas aku hanya kerana aku tidak pandai. Aku ini seorang yang kurang bijak bukan kerana aku tidak suka belajar tetapi tidak sepandai budak-budak yang lain.

Ketika aku di tingkatan 1 hingga tinggkatan 3 aku mendapat kelas tercorot. Namun ketika itu, aku bercita-cita nak menjadi seorang akauntan kerana aku suka subjek matematik.

Rezeki Allah, result PT3 aku melayakkan aku memasuki kelas yang mengambil subjek akaun.

Kelas Aku ini merupakan kelas menjadi sasaran budak sains untuk mengelak dari mengambil subjek sains (subjek susah). Ketika pertukaran kelas ramai budak-budak pandai pindah masuk kekelas aku.

Ada seorang budak perempuan ini bernama Kara. Merupakan pengawas pusat sumber. Lawa orangnya dan juga budak yang pandai. Aku duduk agak jauh kebelakang dari tempat duduknya.

Kara ini ada kelumpuknya sendiri salah satu rakan paling rapat dia ialah Zaza (Bukan Nama Sebenar). Zaza ini merupakan pelajar aliran sains yang memohon turun kelas untuk masuk ke kelas akaun.

Ceritanya bermula di sini. Hanya kerana kesalahan aku ini. Aku diperlakukan sebergini. Perlihatan aku ini mudah tertumpu ke suatu tempat.

Pernah sekali itu, aku memandang ke hadapan (white board) apabila si Kara yang berada dihadapan toleh ke belakang, aku secara tidak sengaja akan pandang ke dia.

Aku dapat rasakan yang Kara ini mungkin berfikir bahawa aku memandang dia sejak tadi dan kejadian ini kerap berlaku sehinggakan aku mula berfikir bahawa kemungkinan Kara ini tidak selesa.

Ternyata benar tekaan aku, Kara mula menghasut Zaza untuk tidak menjauh dari aku begitu juga dengan kawan-kawan perempuan dia.

Sejak detik ini aku sering di jauhi dari rakan sekelas aku.

Tambahan pula, kelas saya ramai pelajar yang terkenal dalam kalangan mereka. Fara salah satunya, ramai di antara mereka yang mula tidak menyukai saya.

Pernah satu kejadian, kelas saya dipilih untuk melakukan persembahan sejarah. Jadi kami harus membahagi dua kumpulan. Penjajah dan Orang Kampung. Sejak awal memang saya ingin menjadi penjajah, tetapi ketika tiba nama saya untuk memilih.

Salah satu rakan Kara memaksa saya untuk menjadi Orang Kampung. Saya tidak tahu apa tujuannya kerana semua rakan-rakannya berada di kumpulan Orang Kampung termasuk Kara dan Zaza.

Apabila nama saya dimasukan ke Orang Kampung. Semua rakan-rakan Zaza dan Kara minta untuk keluar dan ingin jadi penjajah. Masa itu terasa malu sangat.

Selain itu, saya juga pernah diminta oleh guru untuk duduk di tempat Zaza dan Fara kerana saya kurang fokus kerana duduk di bahagian belakang. Saya beserta rakan semeja saya diminta duduk di hadapan.

Saya terdengar Zaza dan Kara berebut untuk minta kawan semeja saya duduk di kerusi mereka dengan niat supaya saya tidak duduk di kerusi salah satu dari mereka.

Ketika ini saya mula terpikir hanya saya terpandang mereka, mereka membenci saya sehingga begini.

Banyak kejadian yang membuat hati saya terguris. Secara perlahan saya jadi mula lemah secara mental, saya mula berpikir bahawa semua orang di sekolah membenci saya.

Saya tak tahu apa perlu saya buat untuk keluar dari situasi ini. Perlahan-lahan result exam saya mula jatuh.

Saya pernah dapat 7G ketika exam.

Dan saya gagal pada percubaan SPM. Tidak seperti Zaza dan Kara yang mendapat result yang bagus. Sehingga SPM saya mendapat keputusan lulus namun cukup-cukup makan sahaja.

Kara mendapat result yang bagus dan menyambung pendidikanya di matrik. Zaza saya tidak tahu perkembanganya tapi apa yang saya fikir dia akan mendapat keputusan yang bagus.

Saya mula membaiki diri saya apabila melangkah kaki ke universiti swasta di KL. Banyak kekurangan saya yang saya cari.

Bermula dari ‘introvert’ saya berfikir bahawa mungkin saya yang seorang introvert menjadi punca saya dilakukan sebegitu.

Saya cuba bergaul, saya yang malu untuk menyapa orang kini perlahan-lahan membiasakan diri untuk menjadi peramah. Zaman sekolah saya seorang yang selekeh. Baju pun kusut. Kerap berpeluh.

Saya mula membelanja mencari baju yang lawa. Saya ubah penampilan saya. Banyak benda yang saya ubah dari make up, result, pergaulan dan perbagai lagi. Saya graduate dengan result yang sangat cemerlang.

Setelah menghabiskan pelajaran saya. Saya pulang untuk melamar menjadi seorang cikgu di sekolah swasta. Di sini saya mula menjadi jahat, setahun selepas saya bekerja di sini, saya mula menemui rakan-rakan Kara dan Zaza.

Pernah satu kejadian kereta saya rosak, jadi saya terpaksa menaiki bus untuk pulang ke rumah, ketika menaiki bus, saya terperasan seseorang dengan seragam kedai baju (butik mewah) berbaris dihadapan saya untuk menaiki bus yang sama dengan saya.

Ketika duduk di dalam bas saya masih tidak perasan kerana dia duduk membelakang saya. Di sebabkan saya terdetik hati untuk pindah ke belakang. Maka saya pun bersua muka dengannya.

Tidak silap lagi, Zaza salah seorang pelajar yang membuat aku jadi bergini. Zaza seorang pelajar yang pintar. Aku terkejut kerana di bekerja di butik.

Pada esok harinya, aku pergi ke butik di mana dia bekerja, kebetulan butik yang dia kerja itu merupakan tempat yang selalu kunjungi untuk membeli baju kerja alias aku merupakan membership di sana.

Di sini aku mula mencari dia. Serata tempat aku mencari dia dan akhirnya aku jumpa dia!

– Dendra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *