Ceritanya macam ni, aku merupakan pegawai kerajaan yang depresi, anak sulung yang tertekan dari golongan b40, aku diterima bekerja sebagai pegawai kerajaan pada usia yang muda 21 tahun.
Waktu tu aku masih sambung pengajian dalam diploma perniagaan tetapi terpaksa lupakan hasrat untuk sambung belajar sebab permintaan mak yang nak anak sulungnya bantu abah yang tiba2 dibuang kerja atas faktor majikan tidak mahu meneruskan perniagaan nya.
Dengan berat hati aku keluar dari uitm segamat dan mulakan kerjaya sebagai pegawai kerajaan memandangkan aku masih ada 6 orang adik beradik yang masih sekolah dan mak abah selalu tekan kan bahwa adik2 aku jauh lagi bijak dari aku.
Aku mulakan kerjaya tapi aku sangat pendiam di tempat kerja dan tidak banyak bergaul memandangkan semua penadapatan aku bekerja kerajaan untuk membantu adik2 sedang bersekolah.
Setahun lepas tu aku berkahwin dengan pegawai juga dua tahun lagi senior dari aku. Aku ingat kebahagiaan akan berpihak pada aku selepas berkahwin rupanya seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Pada pengamatan aku suami aku sangat baik ade kerjaya ada kereta. Boleh jaga aku sebaik mungkin dan adik2 yang bersekolah perlukan bimbingan dan dorongan tambahan aku tiada kenderaan dan lesen motor atau kereta waktu tu.
Rupanya langit tidak secerah mana, suami aku ada banyak buat loan peribadi gara2 pernah berhasrat nak berkahwin dengan orang Sabah waktu die bekerja di sana, sebelum posting Johor sini.
Aku cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik tapi malangnya suami aku selalu memaksa aku buat loan peribadi. Saban tahun setiap kali kenaikan gaji suami aku akan paksa aku buat loan sebanyak RM10k.
Akibat rase teraniaya aku mohon pada suami aku untuk benarkan aku sambung belajar diploma secara jarak jauh di Melaka.
Dalam masa yang sama aku kerap bagi RM100 – RM200 pada ibu bapa ku untuk bantu persekolahan adik2 ku walaupun kadang2 aku tak cukup makan cuma makan maggi je, kalau masak pun aku makan sisa2 balance suamiku yang tak habis. Aku sangat kurus kering waktu tu.
Genap 4 tahun aku habis belajar diploma loan ku sudah semakin banyak. Hampir RM50k untuk kegunaan suami dan ibu bapaku.
Tapi selepas habis diploma aku mula ada keyakinan diri yang tinggi sebab aku mula celik memandang dunia dan memahami cara pengurusan wang dan undang2 jual beli lebih baik dari sebelum ni.
Aku baru sedar waktu tu aku banyak telah dipergunakan oleh suamiku dan adik beradik ku. Waktu aku habis diploma adik2 ku semua telah tamat pengajian diploma dan ijazah masing2. Ada yang belajar di Beijing.
Kemudian aku cuba ajak suami ku berniaga dan elakkan dari berhutang. Aku buat kek dan jual kek di kedai2 serata tempat kerja dan di universiti.
Perniagaan kek berjalan dengan baik dan aku minta suami benarkan sambung ijazah pula. Kehidupan kami semakin baik, aku mula belajar amik lesen motor dan kereta. Kemudian kami berjaya beli sebiji rumah.
Namun kebahagian kami tak lama bila adik beradik mula cemburu aku mula berjaya dalam hidup dan jarang balik ke rumah. Mereka tuduh laki aku mempergunakan aku, sedangkan kami dah beransur ansur baik dan sedang pulihkan kewangan kami.
Mak aku cuba hasut adik2 aku dan mula nampak keburukan suami aku mempergunakan aku sedangkan sebenarya mak aku tak pernah pedulikan aku selama ni. Aku seperti anak terbuang je dalam keluarga. Mak aku layan adik2 aku macam anak emas.
Setiap kali anak kesanyangan die balik aku dihalang pulang rumah kerana mak ingin beri layanan istimewa pada mereka. Bila mereka tengok aku bole berdikari semua adik beradik berpakat untuk pisahkan aku dari suami.
Mak abah datang ambil aku dirumah baru dan suami aku izinkan. Mak abah suruh keluarga mertua datang esok hari untuk berbincang sebaliknya aku dipaksa untuk diceraikan.
Adik aku yang bertugas sebagai pembantu perubatan memaksa suami aku untuk hantar ke was psikiatrik dan aku disahkan menghidap major dipression. Aku dipulaukan di tempat keje.
Disebabkan peristiwa tersebut aku semakin benci suami aku dan hasutan keluarga akhirnya memaksa kami berpisah. Kebetulan suamiku dinaikkan pangkat, keluarga risau jika aku teus ikut suami aku takkan berjumpa dengan mereka lagi.
Aku dikurung dirumah ibu bapaku selama swminggu dan terpaksa tidak hadir bekerja. Waktu tu juga suami ku bawa keluar sume barang2 berharga dari rumah aku termasuk kereta dan motor.
Aku dibiarkan sehelai sepinggang, kemudian die bercuti atas urusan kenaikan pangkat dan kami tidak lagi bertemu waktu tu.
Aku ingat keluarga akan bantu sebaliknya keluarga belikan aku motor dan aku terpaksa berhutang lagi dengan keluarga untuk bayar motor untuk pergi ke tempat kerja.
Nasib ku sangat malang waktu tu berada dalam keluarga yang cemburu melihat kemewahan dan kejayaaan aku. Aku mula merangkak dari bawah semula lepas ditinggalkan.
Aku minta ditukarkan kebahagian yang mebolehkan aku kerja lebih masa dan ade pendapatan lebih. Aku ditukarkan ke bahagian feri. Cris dan Ctos yang baik membolehkan aku beli sebiji kereta. Namun aku langsung tak pandai bawa kereta waktu tu.
Keimanan ku sekali lagi di uji waktu ni. Kawan2 yang mula membantu aku mula memulaukan aku dan menuduh aku merancang semua ni untuk hidup mewah. Sebenarnya aku sendiri tak tau ape akan jadi pada hidupku.
Aku cuma ikut ape yang tersurat dan ape tersirat. Aku dihalang dari buat kerja lebih masa kerana pegawai2 lain risau aku akan kedudukan mereka di feri dan akan dituduh sebagai salah guna kuasa.
Aku terpaksa belajar bawa grab memandangkan loan aku hampir penuh dan aku tak mampu menyara hidup untuk makan sekali pun.
Aku dihina dan di keji setiap hari sebagai pesalah sakit mental. Prestasi kerja aku menurun sehingga 60 markah sasaran kerja tahunan dan hampir di buang kerja kerajaan.
Akhirnya bos memutuskan aku untuk dipindahkan ke kampung halaman ku. Adik2 aku semua duduk jauh dari mak abah, dah tentu la mereka gembira bila aku ditukarkan bermakna beban di bahu mereka berkurang.
Aku akhirnya duduk di rumah kedua ibu bapaku. Aku belajar menjadi orang yang redha walaupun hafiku sakit. Aku bekerja sebagai pegawai kerajaan di pagi hari dan pemandu grab di malam hari. Aku cuba sedaya upaya tunaikan apa2 yang dihajati ibu bapaku.
Setelah dua tahun duduk bersama ibu bapaku aku berjaya tamatkan ijazah ku dan ditawarkan sambung master. Namun di usia 36 tahun dan sebagai seorang janda yang masih cantik aku berhenti sejenak dari sambung belajar.
Setelah 6 tahun bercerai aku jadi seorang wanita yang semakin kuat dan stabil mental dan emosi. Aku banyak habiskan masa di laur dari rumah ibu bapaku tapi aku tak pernah abaikan tanggungjawab pada mereka. Kewangan aku pun semakin stabil.
Namun aku pasrah andai tiada lagi jodoh hingga kini.
– Fifi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit