Aku Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

Aku tak tahu nak mula macam mana. Tapi rasa ni dah terlalu lama aku pendam. Dah bertahun.

Mungkin sebab tu aku rasa aku kena luahkan pada something or someone. Biar pun dia takkan tahu, tapi sekurang-kurangnya aku dah luah kat sini.

Aku kenal dia masa awal sem masuk universiti. Kami satu grup untuk satu projek. Dari situ, kami makin rapat. Study sama, makan sama, kadang-kadang stay up sama kat library.

Masa tu, aku anggap semua tu biasa. Yalah, kawan satu uni kan. Aku memang jenis mudah selesa dengan orang.

Tapi lama-kelamaan, aku perasan, aku makin aku tunggu2 mesej dia. Kalau dalam group ws, aku harap dia ada mention aku. Aku harap dia ajak lepak dan study.

Aku rasa hari aku tak lengkap kalau tak sembang dengan dia, walaupun sekadar “dah makan?” atau “hari ni okay ke?”

Dan paling aku sedih, bila dia cerita pasal perempuan lain. Crush dia. Ex dia. Aku senyum luar, tapi dalam hati, aku hancur.

Dia selalu cakap, “Best la ada kau. Senang cerita semua benda. Kau kawan paling aku percaya.” Aku balas, “Aku pun.” Tapi hakikatnya… aku nak lebih daripada tu. Aku bukan nak jadi kawan je.

Pernah sekali aku hampir nak confess. Masa tu dia tengah down sangat sebab clash dengan girlfriend dia. Aku teman dia, dengar semua cerita dia.

Dalam hati aku bisik, “Kalau kau tahu betapa aku jaga hati kau.” Tapi aku diam. Sebab aku tahu, kalau aku luah masa dia rapuh, itu bukan timing yang betul.

Sekarang kami dah habis belajar. Dah kerja. Dah jarang contact. Tapi perasaan aku, tak pernah pudar untuk dia.

Setiap kali birthday dia, aku masih ingat. Setiap kali dengar lagu fav ringtone phone dia, aku senyum sendiri.

Rindu tu masih ada, walaupun sekarang aku sendiri pun tak pasti dia masih ingat aku atau tak.

Aku tak salahkan dia. Dia tak pernah beri harapan palsu. Aku yang sendiri terjatuh tanpa sedar.

Tapi sampai hari ni, aku masih tunggu. Bukan dia. Tapi rasa reda dalam hati. Sebab aku penat sayang orang dalam diam.

Kalau Tuhan izinkan, aku nak dia tahu. Bukan sebab aku nak dia balas. Tapi sebab aku nak dia tahu, aku pernah sayang dia, dalam diam, dengan seikhlas hati.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Eh, macam kisah kite dlu..pendam perasaan lama. Memang takde jodoh utk lebih dari kawan, tu je lah boleh cakap. Walaupun masing² dah kawen, tetap kawan baik.. suami pun kamcing dgn dia. Isterinya pun join sama bila dah kenal dgn kami. Selalu kuar bercuti sama². Tapi tu cite dulu lah, arwah dah lama meninggal sbb sakit. Semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman.. aamiin

  2. Confess je. Mana tau dia pun ada perasaan yang sama. In case dia reject pun it’s ok sebab awak pun dah jarang contact dia so tak rugi apa2 pun. Lagi awak pendam lagi susah awak nak lupakan dia

  3. Hampir mirip jln kisah cinta kita , tapi dia suka sy , sekelas zmn bljar segroup tu mmg sllu la dgn dia, kwn kelas sllu kenen2kn long short story lepas 8y hbis bljar dia baru berani confess n tahun lepas kmi brtunang dan lg 3 bulan mjlis kami , n yg bestnya kwn kelas kteorg smua tak tahu lg kiteorg akn kawin msti tkejut la deorg haha lg sbulan nk mjlis bru kite akn suprisekn , nasihat sy cuba je confess jgn takut tw nanti melepas.. jgn lupa apa2 istikharah dlu minta petunjuk darinya

  4. Pengalaman aku confess dengan kawan baik sendiri…kena friendzone

    Dia sejenis manusia avoidant…
    Serba serbi takut

    • Adik kena beritahu pada dia dengan kadar segera…jika tidak pasti dia tidak tahu…dan mula mencari orang lain yg boleh dijadikan isteri. Wasap aje pada dia ….nak jumpa ….tanya khabar maklumlaah kawan uni kan.Waktu jumpa tu …..berborak lah pasal macam macam cerita lain dahulu…..korek lah situadi dia sekarang, sudah kahwin atau sudah bertunang. Jika dia masih bujang dan belum serius dengan sesiapa, tanyalaah dia mengapa dia masih bersendurian…takkan tak ada sesiapa yg dia berkenan di hati. Jika dia kata belum jumpa, waktu itu laah tanya dia smd awk boleh dijadikan girlfriend dia. Adik kena guna bahasa yg paling sesuai supaya adik dan dia tidak diletakkan dlm situasi yg memalukan. Boleh guna cara bagi “hint”. Jika dia belum ada sesiapa, selepas perjumpaan tersebut…boleh laah cuba jumpa selalu.
      Jika nak senang, terus terang aje laah..senang cerita…tengok reaksi dia. Dulu dulu, ada yg memikat cara bawa makanan pagi ke, lunch ke atau makanan malam ke.

  5. Kena mentally prepared, kena ada full encouragement to confess. But in the end, bg aku outcome takde yg teruk. Kalau dpt, alhamdulillah. Dia reject, move on. At least kita tau kita tak buang masa. Rejection mmg sakit. Tp lg sakit kalau kita kalah sebelum berperang (cuba confess).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *