Aku Jatuh Cinta Ke?

Hai aku Mawar (bukan nama sebenar) Aku disini nak luahkan perasaan aku, yang aku sendiri pun tak tahu apa masalah hati dan perasaan aku ni.

Sedikit pengenalan tentang diri aku. Gadis berusia lewat 20-an, bekerjaya, bujang. Aku tinggal dengan Ayah aku lepas mak aku meninggal.

Aku anak bongsu, kakak dengan abang aku semua dah berkeluarga.

Okey terus ke cerita aku. Aku ada mendaftar di satu portal laman web mencari jodoh ni. Tak perlulah aku sebut nama.

Salah satu sebab aku nekad nak daftar kat situ, aku dah bosan bila family aku asyik tanya bila nak kahwin. Sampai aku terpaksa tipu cakap aku dah ada boyfriend.

Barulah makcik aku tak kecoh.

Pada mulanya aku ingatkan senang lah nak cari calon jodoh kat laman tu, rupa-rupanya berbayar pulak dah.

Kau tak bayar yuran, agak limited la nak tengok profil calon semua. Mesej pun tak boleh baca. Sedihhh. Hahahaha.

Awal-awal daftar tu aku tak ambil serius pun, setakat suka suka tengok profil orang. Lagipun aku guna pakej yang free, tak boleh baca pun mesej.

Sampai lah satu kali tu, aku terjumpa satu profil seorang ni. First time aku tengok gambar dia, aku senyum sendiri.. baca profil diri dia pun aku berdebar, aku jadi blushing..

Aku tak pernah rasa macam tu kat orang lain sebelum ni. Lepas hari tu pun aku asyik teringat kan dia saja, aku rasa tenang bila aku tengok gambar dia. Macam tu lah agak nya Jatuh Cinta ya?

Nak dijadikan cerita selepas beberapa hari, bila aku nak cari profil dia semula, aku dah tak jumpa disebabkan profil aku yang limited.

Agak frust masa tu, tapi aku gigih jugak lah scroll satu satu, sampai aku doa, “Kalau ada jodoh aku dengan dia , KAU mudahkan Ya ALLAH…”

Tahu tak?? Lepas lama lah jugak aku cari, aku jumpa balik profil dia. Aku happy gila.. Rasa nak nangis pun ada. Terasa doa aku dimakbulkan.

Aku punya lah happy dan semangat lepas tu, sampai aku rela bayar yuran yang agak mahal tu semata mata nak mesej dia. Kira macam ada chances lah nak kenal dia.

Mulanya memang aku insecure jugak nak approach dia dulu. Ye lah macam aku pulak tak tahu malu.. lagi-lagi bila tengok education level dan bidang kerjaya dia lagi tinggi dari aku.

Mesti lah dia nak cari yang sekufu kannn. Dah lah aku ni memang dari dulu tak pernah pandai nak bercinta.. Tapi entah kenapa kali ni, aku berani sangat nak start a first move.

Akhirnya aku tekan button ‘kirim salam’. Dengan harapan dia akan notice aku. Tak payah tanya lah macam mana perasaan aku masa tu.. tangan dah sejuk beku, jantung kemain laju lagi, nasib tak pengsan saja.

Dengan penuh debaran aku tunggu dia reply.. sampaikan aku tak tenang nak buat kerja kat office. Macam perumpamaan; “makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah” Macam tu lah keadaan aku masa tu.

Selepas beberapa hari masih takde reply salam dari dia, padahal masa tu aku nampak profil dia baru updated.

Maknanya dia ada saja online sebelum tu. Takkan lah tak notice salam aku. Lepastu aku beranikan diri lagi untuk mesej dia.

Aku tanya pasal bidang kerja dia. Sebab course pengajian aku dengan dia sama, cuma aku saja belum ada rezeki nak sambung ke higher level dan kerja dalam bidang tu.

Tunggu punya tunggu, belum jugak ada reply. Aku assumed dia tak nampak lah mesej aku.

So aku pun tak fikirkan sangat sebab masa tu aku sibuk sangat dengan kerja.. tambah pulak hidup di Ibu Kota ni, balik kerja dah dekat Maghrib, malam lepas Isyak dah lena.

Esoknya lepas Subuh dah turun pergi kerja. Macam tu lah hidup aku setiap hari.

Hari minggu saja lah aku free boleh bawak Ayah aku keluar makan ke, shopping ke. Aku dah tak sempat nak bukak apps tu. Dekat 2,3 bulan jugak lah aku tak bukak.

Tapi setiap hari aku tak pernah lupakan dia, dalam setiap doa aku, aku mentioned dia, dalam solat malam aku, aku mengadu kepada ALLAH supaya beri aku petunjuk, supaya pertemukan aku dengan dia. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan aku.

Lepas lama sangat dah, baru beberapa hari lepas aku bukak balik. Aku check satu satu notifications, TAK ADA reply dari dia.

Bila aku tengok profil aku, ada saja dia ‘view’ profil aku. Kecewa? Sangatttt kecewa. Air mata aku laju saja keluar.. Aku dah kena reject ke apa ni, Tanpa bagi peluang langsung kat aku.

Huhuhuhu. Pastukan bila aku klik dekat profil dia, rupanya dia dah closed akaun dia. Samada dia dah jumpa calon pilihan, ataupun dia dah tak berminat nak mencari.

Sedihhhh? jangan cakap lah. Aku nangis sampai bengkak mata. Kawan office tanya, aku cakap mata aku kena allergic. Hahah.

Sampai sekarang ni pun aku sedih lagi. Aku pun tak tahu kenapalah aku jadi tak cerdik macam ni, aku rasa kecewa, aku sedih. Padahal bukan pernah kenal dia pun. Hahahahah

Mungkin ini lah jawapan ALLAH untuk doa doa aku. Takda jodoh aku dengan dia. Aku dah tak nak berharap.

Aku tak nak insecure, tak nak gelabah pasal jodoh. Sebab aku nak lebih fokus untuk mencari rezeki, nak majukan diri lagi dalam kerjaya aku.

Thanks sudi baca luahan aku.

LOVES,

– Mawar Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *