Aku Jatuh Pada Titik Paling Bawah Dalam Hidup Aku

Hi. Assalamualaikum korang. Hannah is here!

Haritu aku ada submit confession kat sini jugak sekali. Alhamdulillah dipublished oleh admin. Thanks admin. Tapi korang tak payah la cari confession yang mana satu hahaha. Jangan risau cerita tak berkait pon.

Betul la kata orang. Terapi sebenarnya bila menulis dekat sini. Boleh luahkan isi hati. Takdela terbuku sangat ye dok. Orang nak baca, dia baca. Tak baca pon takpe.

Aku jatuh pada titik paling bawah dalam hidup aku.

Actually, apa yang aku alami sekarang ni takdela hardcore sangat. Nak compare dengan ujian-ujian hidup orang lain, aku punya ni macam small matter je. Tapi biasa la. Kita yang hadap, so kita yang rasa sendiri.

Start from sekolah rendah – Aku ni nak dikatakan pandai sangat tu takde la. Tapi nak kata bodoh tu tak jugak. Aku guna perkataan cemerlang je la eh. Exam biasa tu result takde la gempak mana. Tapi bila exam besar, not bad jugak result aku. UPSR 4A 1B, PMR 7A 1B.

Dua- dua exam ni, Sains yang B. Aku pon taktahu la silap aku kat mana. Hahaha.

Habis PMR, aku apply untuk masuk sekolah berasrama. MRSM, SBP and Sekolah Teknik. Habis semua aku apply. MRSM reject application aku sebab Sains aku B hahaha. SBP pon reject application aku. Sudahnya aku ke Sekolah Teknik. Sekolah Teknik je yang sudi terima aku.

Sobs.

Kenapa aku tak mention result SPM aku? Haaa nanti aku cerita kat bawah.

So, kat mana ujiannya bermula?

Semuanya bermula since aku kecik lagi. Aku ni seorang budak perempuan yang sangat la payah untuk solat. Solat bila ibu suruh je. Itu pon kadang-kadang menipu. And yes, aku sangat suka menipu.

Bila ibu terpekik suruh solat tu baru la terhegeh-hegeh masuk bilik air, amik wuduk. Buat-buat amik wuduk eh. Bukak air paip saja-saja je.

Basahkan mana yang patut. Pastu keluar bilik air acah macam dah amik wuduk.

Masuk bilik, bentang sejadah, pakai telekung, pastu duduk je la atas sejadah tu. Agak-agak 4-5 minit, aku cabut telekung, lipat sejadah dan keluar dari bilik. Bila ibu tanya dah solat ke belum. Aku pon jawab dah.

Kalau tiba-tiba time aku acah solat tu ada orang masuk bilik, aku pon tetiba buat-buat sujud. AllahuAkbar. Haaa macam tu la. Pandai-pandai la korang imagine macam mana. Jahil betul aku dulu.

Bila dah masuk asrama, aku ingat okay la kan. Boleh solat 5 waktu sehari semalam dengan kawan-kawan. Dekat asrama kan kena solat berjemaah. Aku pon ingat aku dah berubah. Alhamdulillah Hannah dah berubah, dalam hati sambil tangan memanjat syukur.

Balik je rumah time cuti, benda yang sama jugak jadi. Malas nak solat. So, aku buat conclusion, aku solat hanya kat depan orang je.

Kononnya nak menunjukkan yang aku tak pernah tinggal solat.

Aku buat conclusion sendiri okay. Walaupon Sains aku B, aku masih pandai buat pembolehubah manipulasi and so on and so forth. Haaa tiberrr.

Sampai la masa aku sambung belajar dekat matrik dan juga degree. Bila dekat U, aku solat macam biasa 5 kali sehari semalam. Ada la terbabas sikit here and there tapi mostly subuh la. Tapi bila balik je rumah time cuti sem…

Sama je jugak. Aku masih tak jaga solat aku. Once aku tertinggal satu solat, terus aku rasa lalai. Dah lupa dah nak solat untuk next-next waktu. So, aku buat conclusion yang aku masih takde kesedaran lagi. Again, self-conclusion.

Masa tu aku rasa macam, takpelah esok je la solat penuh. Sudahnya, sampai kesudah la esok. Lepas esok, esok bak kata orang.

Sampai la satu masa aku diuji. Satu persatu nikmat aku, Allah tarik balik.

Dulu, aku la yang menjadi kebanggaan keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga bila result exam UPSR dan PMR keluar.

Result aku antara yang terbaik dekat sekolah. Form 1 sampai Form 3 aku Top 5 dalam kelas and dalam batch. Nama aku disebut naik ke pentas amik anugerah.

Ye la, sekolah luar bandar kan. Walaupon tak straight A’s and ada 1B pon dah dikira pandai. Semua orang jadikan aku milestone untuk anak-anak dorang.

Aku sekolah di sekolah harian biasa dari Darjah 1 sampai Tingkatan 3. Bila Form 4 and Form 5, aku masuk Sekolah Teknik. Masa tu,

Alhamdulillah exam biasa-biasa aku still boleh perform. Masih Top 5 dalam kelas and Top 30 dalam batch. Top 30 among 150++, okay. Not bad la kan.

Result Chemist and Add Math aku antara yang terbaik dalam kelas sampai cikgu puji and jadikan contoh pada kawan-kawan.

Aku mewakili sekolah dalam bengkel Math Mod juga disebabkan result aku yang cemerlang. Kawan-kawan sekelas pon banyak yang refer aku dalam subjek yang lain-lain.

Time exam SPM, aku boleh jawab semua macam biasa. Takde pon halangan yang besar-besar yang aku rasakan boleh affect result aku.

Kecuali masa paper BM karangan. Aku mengantuknya yakmat. Dah la paper first sekali. Aku sampai tertidur time exam, sampai karangan aku tak cukup 2 perenggan sebab tak cukup masa. Tapi itu je la pon. Yang lain aku rasa biasa-biasa je.

Fast forward, result SPM aku cuma 3A 5B 2C sahaja. Again, C is Science. Which is Chemist and Physics at that time. Alhamdulillah BM aku A- walaupon karangan tak cukup perenggan hahaha.

Who knows result aku yang paling teruk antara kawan-kawan aku yang lain. Aku terkejut sangat sebab aku tak pernah dapat result seteruk itu.

Even ibu dan ayah aku pon terkejut. Ayah sampai tertekan brek sebab aku bagitahu dia masa tu dia tengah bawak kereta. Punya la tak expect. Dia ingat dia salah dengar.

Then, bermula la zaman kejatuhan aku bertimpakan tangga. Aku apply masuk matrikulasi ikut jejak langkah abang aku. Ibu aku pon menggalakkan aku masuk matrik je sebenarnya sebab fast track nak sambung degree.

Ibu aku punya pendirian at that time, dia risau anak-anak dia kalau masuk diploma nanti dah malas nak sambung degree. Jangan kecam eh.

Ibu aku tu.

Ibu aku dia belajar tak tinggi, so dia nak at least anak-anak dia boleh menggenggam segulung ijazah sarjana muda. Haaa gituuu. Lagipon aku memang tak dapat nak sambung diploma time tu. Aku apply UPU, tapi tak dapat. Nak taknak memang ke matrik je la aku.

Masa kat matrik, biasa la awal-awal sesi suai kenal. Semua orang tanya weh result kau berapa. Orang lain semua 8A, 7A, 6A. 9A and 10A pon ada. Aku je yang 3A.

Aku rasa masa tu bodoh sangat-sangat nak compare dengan orang lain. Dan aku punya performance pon merudum time tu disebabkan mental aku yang koyak.

Actually, bukan sebab result je. Lagi satu, aku takde kawan kat situ. Disebabkan result aku yang teruk tu, aku rasa macam malu sangat nak kawan dengan dorang. Dorang semua pandai-pandai.

Dalam geng aku masa sekolah dulu, aku je yang tercampak matrik lain. Kawan-kawan aku semua satu matrik je. Bila skype dengan dorang dulu pon (dulu video call pakai skype eh), lagi menambahkan kesedihan aku ada la.

Aku punya teruk prestasi aku dulu, sampai result Math aku fail. Fail tau. Yang gred F tu. Credit hour pon boleh jadi zero. Sampai lecturer boleh aim aku dalam kelas dia.

Pantang ada soalan, mesti petik nama aku. Bila aku tak dapat jawab dimaki hamunnya aku dalam kelas depan kawan-kawan. Hilang aku punya self-confident.

Tapi, jatuh-jatuh aku pon time matrik dulu, aku still nak jaga air muka aku. Aku pon ada maruah. Aku belajar betul-betul sehabis upaya aku. Finally, aku dapat naikkan result Math aku jadi yang tak tercorot. Tapi still, lecturer tu aim aku jugak. Penat tau penat.

Walaupon aku dah belajar sehabis mungkin, aku masih tak dapat nak naikkan CGPA aku. Aku sedih. Aku masih taktahu silap aku kat mana. Dulu aku pandai, kenapa sekarang aku jadi macam ni.

Masa tu aku tak sedar lagi yang Allah tengah uji aku.

Then, aku sambung degree. Masa degree ni aku takde la emotionally down sangat. Maybe sebab aku ada kawan-kawan kot. Alhamdulillah, masa degree ni aku boleh dapat geng yang sekepala. Kita jatuh dan bangkit tu sama-sama. We support each other.

Compare dengan masa aku kat matrik. Aku dapat rasa yang competition dia sangat la tak sihat.

Kitorang ada program mentor mentee. Yang pandai akan ajar yang kurang pandai. Tapi still aku tak boleh nak boost aku punya confident level. Aku jadi macam dah hilang semangat tau kat situ.

Lain dengan time aku degree. Walaupon result aku tak gempak mana, tapi semangat nak belajar, nak sama-sama pandai dengan kawan tu still ada. Competition belajar yang sihat yang aku boleh rasa. Tak kisah la kau bangsa apa sekali pon.

Tapi korang jangan salah paham pulak. Ada je member yang aku kenal, masa kat sekolah dia tak boleh belajar all out, tapi masa kat matrik dia perform habis. Sebabnya dia boleh hadap competition yang macam tu.

Bagi dia, competition yang macam tu lagi menaikkan semangat dia untuk berjuang.

Tapi tidak bagi aku. Sokongan daripada kawan-kawan tersangatlah penting untuk aku. Kawan-kawan matrik aku dulu pandang aku sebelah mata je sebab aku selalu kena marah dengan lecturer.

So, berbalik kepada cerita aku masa degree. Dua tahun yang pertama, aku just follow the flow. Sambil belajar, sambil enjoy. Actually, aku banyak main jugak sebenarnya hahaha.

Tahun ketiga. Masa ni la aku dah dapat rasa betapa susahnya kos ni untuk aku. Subjek pon dah start hardcore. Walaupon aku belajar kos yang sama since aku Form 4.

Masuk tahun keempat, kan dah start banyak projek. Time tu aku dah tak duduk senang dah. Boleh dikatakan apa yang aku belajar satu habuk pon aku tak paham. Aku dah start persoalkan betul ke apa yang aku buat ni.

7 tahun weh aku belajar dalam kos yang sama. 2 tahun di Sekolah Teknik. 1 tahun di matrik. 4 tahun kos yang sama jugak aku amik untuk degree aku. And ditahun yang ketujuh tu la aku rasa tertanya-tanya betul ke dengan apa yang aku dah buat.

Bila mengadu dekat lecturer yang kita tak paham, dia cakap “Biasa la, sekarang awak orang tak nampak lagi. Nanti dah kerja awak paham la.

Saya pon dulu macam tu jugak.” Sejuk sekejap hati. Aku husnudzon je la macam apa yang lecturer aku cakap. Nanti dah kerja nanti paham la.

So, I finished my whole 4 years of degree in engineering to be truth. Aku graduate dengan pointer yang biasa-biasa je. Dengan harapan yang tersangatlah tinggi untuk bergelar seorang engineer.

Tanpa aku sedar, Allah masih sedang menguji aku.

After grad, awal-awal cari kerja memang payah. Tak banyak company nak terima fresh graduate lebih-lebih lagi bila result kau tak power.

Aku menganggur almost 6 bulan.

So, aku pon join Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Aku ditempatkan di sebuah jabatan kerajaan. Alhamdulillah, setahun kerja kat situ, semua yang happy-happy je. Ye la, aku pon kontrak SL1M je. Dorang treat aku macam aku ni intern je. Dapat la merasa kejap pangkat Gred J41.

Choiii hahaha.

Habis je kontrak aku setahun kat situ, bermulalah detik-detik hitam dalam hidup aku. Aku jatuh sejatuhnya-jatuhnya to the lowest point of my life. Kalau tadi aku cakap aku jatuh ditimpa tangga kan. Kalini aku jatuh menyembah bumi.

Masa ni la baru aku sedar yang Allah tengah uji aku.

Aku tengah cari kerja yang baru selepas aku tamat kontrak dengan jabatan kerajaan tu. Alhamdulillah, proses tak lama. Aku menganggur 3 bulan je. Aku diterima kerja di sebuah syarikat engineering consultant dekat dengan tempat tinggal aku.

Company kecik je. Ada sorang boss dan 4 orang staff. Tapi on the day aku lapor diri, kerajaan umumkan PKP yang pertama kali.

So, kemasukan aku kesitu ditangguhkan. Menganggur la balik. Kalini aku menganggur around 2 bulan jugak sebelom kerajaan benarkan sektor engineering bekerja semula di pejabat.

Masa aku menganggur tu, slow-slow tahap kesihatan mental aku jadi tak betul. Aku jadi mudah menangis sorang diri. Sebab aku rasa perjalanan untuk aku berjaya ni penuh dengan liku-liku dan sangat memenatkan aku.

Kawan-kawan lain semua dah berjaya. Meanwhile aku, masih terkapai-kapai.

Dalam kepala otak aku ni macam dah ada zikir yang bermain which is “Kenapa orang lain boleh berjaya sedangkan aku tak boleh”. Actually, zikir ni la yang menjadi racun dan menggugat tahap kesihatan mental aku masa tu.

So, bila aku dah mula masuk kerja kat situ, dalam tempoh sebulan yang pertama je, macam-macam aku kena hadap. Pe’el bos yang aku langsung tak paham. Dengan kawan-kawan yang semua buat hal sendiri. Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku malas nak cerita.

Aku tahu, setahun yang pertama tu adalah tempoh kita nak adapt dengan company baru. Tapi disebabkan aku ni mentally unstable, aku betul-betul tak tahan. So, cukup sebulan setengah aku keje kat situ, aku hantar notis berhenti kerja.

Tapi bukanlah aku nak menyalahkan tempat kerja tu. Aku yang salah. Aku yang tak cukup kuat untuk hadap semua benda ni. Selama sebulan setengah tu la aku rasa aku dah develop masalah kesihatan mental yang teruk walaupon tak didiagnos.

Mana taknya, nak pergi kerja menangis, balik keje menangis. Nak tidur pon menangis.

On the way balik keje, aku kena lalu satu jambatan ni tau. Setiap kali aku lalu, aku mesti terpikir untuk terjun jambatan tu. Dalam kepala aku terpikir, kalau aku terjun sekarang ni aku boleh mati ke.

Tengah-tengah baring atas katil, aku terpandang kipis siling dalam bilik aku. Aku terpikir kalau aku jerut leher aku kat kipas ni aku boleh mati ke.

Aku end up consumed Panadol yang sangat banyak so that aku boleh tidur daripada kepala aku penat nak pikir cara-cara untuk bunuh diri.

Itupon masih berpikir aku boleh mati ke tak kalau overdose.

That’s why I have decided to resign to avoid any worst possible outcome.

Aku masih sayang diri aku. Tapi aku taknak mati dengan cara bunuh diri. Aku masih tahu halal dan haram. Sejahat-jahat aku pada Allah, aku masih tak tahu malu untuk meminta Syurga.

Masa ni aku dah sedar apa maksud disebalik semua ujian ni.

Balasan kepada aku sebab selama ni aku berpaling dari Allah. Allah suruh solat, aku tinggalkan, siap menipu lagi. Selama ni aku hidup hanya untuk diri aku. Dan aku hidup hanya untuk impresskan orang lain. Aku lupa yang aku perlu hidup hanya untuk Allah. Tuhan aku Yang Satu.

Aku ceritakan semua masalah aku pada ibu, ayah, kawan-kawan. Semua tak paham masalah aku. Tapi aku tak pernah salahkan dorang. Aku tahu situasi kita semua tak sama.

So bila semua ni dah jadi dekat aku, aku berbalik semula pada Allah. Aku cerita semuanya pada Dia. Aku tahu Dia tak pernah lari daripada aku. Aku menangis. Aku menangis semahu-mahunya sampai dada aku sesak. Sampai aku tersujud atas tikar sejadah.

Kenapa baru sekarang aku cari Dia. Selama ni aku buat apa. Tak malu ke aku balik semula pada Dia setelah apa yang aku buat selama ni.

Acah-acah solat. Seolah-olah aku mempermainkan agama Dia. Aku menipu ibu ayah. Banyak sangat dosa yang aku dah buat.

Dalam masa yang sama aku bergelut dengan masalah mental aku, aku cuba cari kerja lain. Luar daripada bidang yang aku belajar. Aku trauma nak buat kerja yang sama macam dulu.

Walaupon aku dah penat nak hidup, I will still fight insyaAllah sampai tiba masanya nanti Allah sendiri yang tarik nyawa aku.

Aku dah sedar setinggi mana kita berdiri, serendah mana kita jatuh, semua ni atas izin Dia. Dia yang berkehendak. Ye, semua ni adalah balasan atas segala kekhilafan aku dulu.

Sekarang, aku dah terima semuanya sebagai ujian daripada Allah untuk aku. Kadang-kadang aku termengeluh, cepat-cepat aku istighfar.

Dulu aku bangga bila orang puji result aku yang cemerlang, sedangkan semuanya adalah pemberian daripada Allah Azza Wa Jalla. Aku tak solat sedangkan aku tahu solat tu tiang agama.

Aku anggap pencapaian aku selama ni atas kepandaian aku sendiri. Aku hanyut dalam zaman kegemilangan aku tanpa sesaat pon aku ingatkan Allah.

Sikit-sikit Allah tarik nikmat kepandaian aku yang aku banggakan dulu. Perlahan-lahan aku jatuh sampai satu titik yang paling bawah dalam hidup aku.

Aku dalam proses untuk daki balik satu persatu anak tangga kehidupan aku. Aku naik tak laju. Kalini aku nak merangkak je. Aku takut nanti bila aku jatuh lagi, aku akan kecewa lagi.

Alhamdulillah, umur aku sekarang pon dah 27 tahun. Aku dah mula jaga solat aku. Slow-slow. Aku cukupkan solat 5 waktu. Dah cukup solat 5 waktu tak tinggal, aku mula start solat di awal waktu. Dah boleh solat di awal waktu, aku cuba solat-solat sunat. Lepastu aku start mengaji balik.

Aku tahu payah. Tapi still nak cuba yang terbaik. Aku nak buktikan pada Allah yang aku worth untuk mendapatkan pertolongan daripada Dia.

Aku bersyukur yang Allah cuma jentik hati aku sikit je untuk bagi aku kesedaran. Ada orang yang terima azab dunia yang jauh lebih teruk daripada Allah untuk buat dia sedar.

Aku tak cakap aku ni dah baik. Aku ni dah alim. Aku pon ada banyak kekurangan lagi. Banyak lagi nak diperbaiki.

Setiap kali aku teringat, aku akan berdoa semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku, sentiasa pimpin tangan aku, jangan sesekali Dia lepaskan, kekalkan aku di jalan ni, malah jalan yang lebih baik lagi.

Sampai ke saat ini, aku masih belajar untuk reda. Terima semua ni atas semua dosa aku yang lalu. Malah aku bersyukur Allah uji aku sebegini rupa. Ujian yang membuatkan aku sedar yang Allah itu ada.

Dunia ni pon hanya pinjaman je. Even hidup aku, nafas aku sekarang ni pon hanya pinjaman daripada Allah SWT.

Aku tak kata aku dah okay. Aku masih sakit. Aku dah tak jumpa diri aku yang dulu.

Even sekarang, kalau ada something yang triggered, aku akan jadi anxious. Nafas aku jadi laju. Tangan aku terketar-ketar. Aku banyak berpikir. Aku senang menangis. Aku pikir nak mati je. Tapi bukan la mati yang nak bunuh diri tu.

Bila time datang penyakit anxious ni, aku kerap berdoa dekat Allah supaya Dia amik nyawa aku cepat-cepat. Sebab aku dah terlalu sakit and terlalu penat. Cepat-cepat aku pasang zikir hasbi rabbi untuk tenangkan balik hati dan kepala otak aku sampai la aku tertidur.

Aku pon dah jauhkan diri dari kawan-kawan aku. Cukup aku kekalkan silaturrahim kami dengan hanya bertanya khabar sesekali je. Aku sayang dorang. Dorang la kawan-kawan jatuh bangun aku dulu. Dorang pon selalu je tanya kenapa aku senyap je.

Tapi aku terpaksa buat macam ni. Aku terpaksa limitkan social media aku yang jadi penghubung antara aku dan kawan-kawan. Kejayaan dorang yang aku nampak dekat social media menjadi penyumbang terbesar kepada anxiety aku.

Aku keep blaming myself sebab tak berjaya macam dorang. Aku taknak nampak lemah pada mata dorang. Biar la aku lari sekejap untuk aku stabilkan balik kehidupan dan emosi aku. Maafkan aku sahabat.

Panjang sangat dah ke cerita aku ni? Hahaha. Aku rasa macam aku banyak mengarut je. Aku nak cerita sikit je lagi eh.

Ada satu kata-kata ni yang aku jumpa daripada salah satu confession dekat sini jugak.

Confessor tu tulis – “Kita jarang terkesan dengan tarbiah, tapi selalu terdidik melalui musibah. Musibah tu kadang-kadang sama sekali bukan musibah. Tapi cara Allah nak tunjuk sayang Dia pada kita.” Aku setuju sangat dengan apa yang confessor ni tulis.

Allah uji kita tanda Dia sayang dekat kita. Sounds cliché kan. Tapi memang tu la hakikatnya. Saat Dia curahkan kita dengan nikmat dunia, saat tu jugak tanpa sedar kita alpa dan lalai akan akhirat yang kekal selamanya.

Apabila Dia timpakan kita dengan ujian, tanpa kita sedar perkataan “Allah”, “Ya Allah”, “Allahuakbar” yang keluar dari mulut kita. Kita mula merintih dan kembali kepadaNya. Tidakkah ujian itu indah membuatkan kita kembali kepada Sang Pengcipta?

Aku sebenarnya suka sangat baca cerita di IIUM Confession ni. Sebab sedikit sebanyak buat aku sedar yang bukan aku sorang je yang susah dalam dunia ni. Ada orang yang ujian dia lebih berat daripada ujian aku. Dalam diam aku rasa bersuyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Kalau dulu aku tak tahu apa yang aku nak dalam hidup aku. Yang aku tahu, aku cuma nak hidup tenang dan bahagia. Tapi sekarang impian aku cuma satu. Aku impikan Syurga.

Okay la. Sampai disini saja. Aku takut aku tulis panjang-panjang korang tak baca habis pon. Walaupon hakikatnya banyak lagi yang aku nak ceritakan. Cerita aku pon dah berterabur. Berapa kali edit pon aku taktahu dah.

Disclaimer: Apa yang aku tulis kat atas bukanlah untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa. Setakat untuk aku bercerita apa yang aku alami. Mana yang baik semuanya datang daripada Allah. Mana yang buruk tu semuanya datang daripada aku sendiri. Jadikan pengajaran.

Doakan aku kembali sihat dan bersemangat. Sama-sama kita doakan semoga yang baik-baik saja untuk kita semua. Jaga solat. Anggap je semua ujian daripada Allah ni adalah sebagai ujian penghapus dosa dan untuk menaikkan darjat kita di Syurga.

Assalamualaikum.

– Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *