Aku Jauhi Keluargaku

Aku… anak sulung yang amat banyak tanggungjawab terhadap keluarga dari aku kecil hingga dewasa ini.

Semasa kecil dulu kalau adik-adik bergaduh aku yang kena bantai dengan abah, dari kecil abah dan ibuku tanamkan sebagai kakak sulung sentiasa kena lindungi adik-adik, jaga adik-adik.

Sampai aku besar sudah berumah tangga pun aku lah jua yang banyak abah dan ibuku harapkan. Seawal 9 tahun aku biasa membuat kerja rumah, mandikan adik, basuh berak kencing adik menukar lampin dan sebagainya.

Di dalam adikberadik aku dikira gaji lebih sedikit dari yang lain-lain, dan aku yang selalu akan menjadi tempat abah dan ibuku mengadu sakit pening atau apa-apa bantuan.

Sampai lah aku berkahwin, aku mengikut suamiku namun kedua orang tuaku tak pernah aku abaikan.

Sehingga lah aku bercerai dengan suamiku pun aku masih menjalankan tanggungjawabku.

Tapi tiada siapa yang faham perasaan aku yang amat terbeban.

Aku rasa keluarga aku bukan sayang aku seperti aku sayang mereka, aku hanyalah tempat untuk mereka mendapat wang, aku ibarat bank setiap kali tak cukup duit atau adik-adik perlukan duit aku lah yang mereka cari.

Dan sejak aku bercerai pun keluarga aku dan adik-adik kalau contact pun lebih kepada untuk memohon pertolongan. Kerana aku kakak sulung mereka mungkin mereka rasa aku kuat tiada masalah.

Tapi aku manusia biasa, ibu tunggal, anak aku tanggung sendiri bekerja siang dan malam untuk diri aku anak-anak aku.

Aku tak pernah komplen pada ibubapaku, kerana aku yang pilih untuk tuntut ceraikan suamiku. Aku rasa lebih bahagia selepas bercerai.

Hilang beban menanggung suami. Alhamdulilah. Syukur pada Tuhan.

Kini aku lebih banyak senyap dan jarang menghubungi keluargaku kerana aku rasa fed-up dengan mereka,

Selalunya adik-adik bila berlaku perselisihan faham atau bersikap biadap dengan aku pun abah dan ibuku selalu sentiasa minta aku bermuhasabah diri atau aku yang kena beralah untuk adik-adik, kerana aku kakak sulung. Aku rasa lemas.

Kenapa adik-adik yang buat silap, aku yang perlu beralah?

Ya aku tau kedua orang tuaku dalam mereka berasa mereka sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak dalam ajaran agama, sekolah sehingga ke menara gading, berkahwin tetapi aku rasa mereka sangat tidak adil untuk aku.

Kalau aku bisa bertentang mata dengan mereka satu soalan yang aku ingin tanyakan. Kenapa aku yang harus lebih tanggungjawab untuk keluarga sedangkan semua telah besar panjang dan boleh jaga diri masing-masing.

Kenapa aku yang sentiasa MESTI BUAT ITU MESTI BUAT INI UNTUK KELUARGA. mana pegi anak-anak lain untuk mereka?

Aku punya anak-anak yang pandang yang tilik yang mengharungi sikap perangai keluargaku. Bila adik-adik tak dapat bagi duit ibuku sentiasa berkata mereka semua gaji sikit tak macam aku.

Tapi ibu lupa? Aku ini ibu tunggal, ada keluarga aku menolong aku kah? Atau bertanya khabar bagaimana kakak di sana dengan anak-anak?

Makan minum kehidupan aku? Jauh sekali… hanya bertanya khabar atau berhubung bila mahukan sesuatu, untuk pinjam wang, untuk menjual sesuatu padaku, perlukan pertolongan atau perlukan ubat-ubatan atau keperluan mereka.

Ya aku tahu tanggungjawab aku sebagai anak sulung tetapi tidak perlu membuat aku seperti hamba abdi hanya perlu “memberi” kepada kalian.

Aku lemas, sakit dadaku dan aku rasa terkilan bila setiap kali mendengar ibuku merungut ada anak pun bukan boleh berikan dia wang atau duit yang banyak.

Sedih aku mendengarnya. Sedangkan aku ini sentiasa memberikan yang terbaik. Namun bukan mereka ingat semua itu.

Ya betul, mungkin kerana sudah terbiasa menerima dariku hingga terlupa aku ini juga punya kehidupan aku dan tanggungjawab aku terhadap anak-anak aku, belas suamiku bukannya membayar wang bulanan terhadap anak-anak aku secara tetap.

Itu pun aku tetap bersyukur dia masih memberikan nafkah sedikit untuk anak-anaknya.

Ya aku sayang kedua org tuaku, aku sayang adik-adikku tapi aku lebih menyayangi diri aku. Aku tak akan biarkan aku dipergunakan lagi dengan mereka semua.

Dan kini aku lebih bahagia menjalani kehidupanku dengan anak-anakku. Aku berdoa kepada Tuhan agar merahmati kedua ibubapaku…ampuni mereka.

Dan aku harap suatu hari nanti aku bisa pergi jauh. Betul-betul jauh dari keluargaku yang toksik ini. Aku ingin punya kehidupan yang tenang dengan bahagia.

Aku sentiasa berdoa agar aku tidak menjadi ibu yang tidak adil untuk anak-anakku…

Untuk kamu semua yang membaca artikel ini jikalau kalian yang punya anak, usah dibebankan hanya pada seorang anak. Dan jangan lah dipilih kasih anak itu. Sama rata kan semua kasih sayang kepada mereka.

Dan sebagai ibubapa, jangan lah ditanamkan pemikiran kita ini bahawa dengan beranak ramai-ramai agar nanti anak-anak ini bila dewasa kelak yang akan memberikan kamu wang atau nafkah.

Anak-anak adalah amanah dari Tuhan untuk kita ibubapa. Ajarkan jati diri mereka agar tahu apa itu tanggungjawab, jangan dibebankan hanya kerana “wang” atau “duit”.

Aku tidak diminta dilahirkan ke dunia ini. Kalau hanya bila anak-anakmu besar kamu sentiasa mengharapkan anak-anak ini memberikan kamu wang. Amat salah sekali.

Semoga Tuhan mengampuni aku & ibubapaku keluargaku. Aamiin.

– Mariam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *