Hi, nama aku Cahaya. Umur aku 22 tahun dan aku masih lagi student. Ni first time aku menulis kat sini.
Tujuan aku tulis confession ni untuk luah apa yang terpendam dan nak minta pendapat.
Maaf kalau penulisan aku berterabur, sukar difahami dan tergantung. Aku tak tau sama ada confession ni akan dapat kecaman atau macam mana.
Kisahnya macam ni, selama aku hidup aku tak pernah ada pengalaman bercinta/bercouple tapi beberapa bulan yang lepas aku jumpa sorang mamat ni melalui satu aplikasi.
Dia tegur aku dulu, kami kenal-kanal dan lama-lama bertukar no whatsapp.
Mamat ni aku perkenalkan nama dia sebagai M, umur 30an, seorang yang berpendidikan dan memilik kerjaya yang bagus dan stabil. Siap ada title ustaz.
Aku memang tertarik dengan semua ciri-ciri yang ada pada dia.
Pada awal semua okay sampailah satu tahap, M ni suka chat mintak yang bukan-bukan.
Contohnya dia selalu mintak nak peluk, nak k*ss, start cakap pasal love b*t* (aku jijik nak taip) dan benda-benda yang tak sepatutnya dalam chat.
Btw kami belum pernah jumpa depan-depan sebab masing-masing tinggal jauh.
Aku jadi seram, awal-awal aku tak layan tapi lama-lama aku mula layan sikit-sikit.
Aku layan tu macam contohnya bila dia kata nak peluk, aku akan jawab tadi dah peluk sekadar itu je tak lebih dan yang lain-lain aku takkan layan. Tapi sini aku sedar kesalahan aku.
Disebabkan aku tak pernah ada pengalaman macam ni aku jadi terfikir benda ni macam normal ke untuk orang bercinta? Aku akui yang aku salah dan terlalu naif untuk berfikir macam tu.
Aku pernah jugak send gambar-gambar selfie aku kat dia dan dia selalu balas “rasa nak peluk je awak ni, meh sini nak peluk.” “nak k*ss b*b*r tu, yeay dah dapat k*ss” dan banyak lagi yang jijik-jijik.
Sumpah aku takut gila, aku buat-buat tak layan dan dia akan merajuk.
Aku pernah marah dia sebab chat benda macam tu dan dia cakap alah tu cuma lakonan dalam chat sahaja bukan betul-betul.
Aku terkejut dia sanggup buat macam tu sedangkan dia ada title ustaz dan belajar ilmu agama.
Sekarang ni, aku memang rasa berdosa sangat dengan diri aku sebab terjebak dengan benda ni, aku rasa macam maruah aku dah tergadai. Aku rasa aku macam tak dihormati sebagai seorang perempuan.
22 tahun aku jaga tapi sekarang semua macam dah hilang. Dan aku start rasa diri aku tak layak untuk mana-mana lelaki baik dah sebab aku dah terjerumus dengan benda ni. Aku rasa jijik dengan diri aku sendiri.
Hampir setiap hari aku menangis sebab jijik dengan diri aku dan aku doa Allah ampunkan dosa-dosa aku.
Sekarang aku dah mula tak layan mana semua chat-chat dia, aku nak start menjauh daripada dia. Tapi dalam hati aku, aku rasa aku dah mula sayang dia even perangai dia macam tu.
Aku buntu, aku tau dia salah tapi kenape aku rasa macam terikat dan tak boleh lepaskan dia?
Aku cuma nak minta pendapat, apa yang patut aku buat? Macam mana aku nak hilangkan rasa ni? Dan macam mana aku nak menjauh daripada dia?
Aku ada terfikir aku nak ghosting and block dia tapi entah kenape aku rasa macam kejam sangat kalau aku buat macam tu.
Perlu ke aku jelaskan perkara sebenar dulu dekat dia? Maksud aku jelaskan yang perbuatan dia salah dan aku tak selesa dengan semua chat-chat dia atau macam mana?
Yang mana satu aku perlu mulakan dulu? Tolong aku…
– Cahaya (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum, cik boleh mula explain kat dia, yg dia buat tu salah, lepas tu, kalau dia cuba menegakkan benang yg basah, cik ignore kan jer. Pastu cik boleh explain apa yg cik akan buat lepas ni, cth: saya nak stop chatting cmtu, @ saya tak nak chat dengan org yg bukan mahram saya, @ jgn chat saya lagi kalau bukan untuk nak halalkan saya. gitu lah contoh2 nya.
Buat cik, teruslah mendekatkan diri pada Allah, Allah takkan tinggalkan cik. Jgn takut kehilangan org, tapi takutlah bila kita dah hilang Allah dalam hati kita. Saya doakan cik, diberi kekuatan utk tinggalkan larangan Allah dan kembali taat pada Allah. Dan saya doakan cik bertemu dengan jodoh yg sebenarnya, aamiinn. Assalamualaikum
Anon, leave him. Speaking from my own experience, better you tinggalkan laki tu. block him semua tempat sebelum awak start jadi attached dengan dia pastu awak merelakan semua benda. Mula2 memang la dia cakap “lakonan” je, lepas tu apa pulak? Lelaki macam dia tu tak boleh harap dan percaya. title ustaz tak menjanjikan perangai yg helok. Tak payah rasa diri tu kejam kalau block dia. Lagi kejam awak kat diri sendiri kalau awak membiarkan je.
Anyway takyah jelaskan pun kat dia sebab dia 100% sedar je apa dia buat. BLOCKKK
My situation right now and yang bodohnya I melayan and until i don’t know how to handle. Saya rasa jijik and takut at the same time , should I leave him ? But I love him :)
mencintai tak seharusnya memiliki, aa gituu….ada yg patut cik cintakan dulu which is yourself and your creator. Hargai diri cik dulu, dan biarlah kebahagiaan tu dtg drpd cik sendiri dan drpd Allah, jgn letak sumber kebahagiaan cik pada org lain. Ada satu phrase yg pernah saya baca dulu, “healthy relationship tu menambah nilai dlm diri kita, bukan mengurangkan” – which means we dont lose ourself while loving other people.