Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-jijik-dengan-diri-sendiri/).
Assalamualaikum. Hi semua, aku Cahaya. Ni kali kedua aku hantar confession kat sini. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku yang lepas. Aku baca satu-satu komen pembaca dan aku terharu sangat sebab ramai yang beri komen, nasihat dan pendapat positif.
Sebelum confession aku yang lepas disiarkan, aku memang sangat takut. Aku nak tidur pon tak tenang. Macam-macam aku fikir sebab aku takut pembaca tak boleh terima atau ramai yang akan kecam aku.
Memandangkan tu kali pertama aku tulis confession, aku rasa menyesal submit confession tu. Waktu tu aku betul-betul dah buntu dan tak tau nak meluah dekat siapa.
Bayangkan setiap malam aku menangis sebab fikirkan hal ni. Aku nak je bagitau atau tanya pendapat kawan dan family tapi aku malu dan risau sebab melibatkan maruah aku.
Sini je tempat aku rasa paling selamat nak meluah dan bertanya sebab orang tak kenal aku. Aku memang betul-betul perlukan pendapat orang lain waktu tu.
Alhamdulillah confession aku yang lepas dapat banyak komen yang baik-baik walaupon ada jugak yang berbaur kecaman tapi sikit je.
Tujuan aku hantar confession kali kedua ni aku nak klasifikasikan beberapa perkara dan nak ucapkan ribuan terima kasih dekat semua yang sudi bagi nasihat dan pendapat yang baik dan positif dekat aku.
Terima kasih jugak yang mana doakan aku. Semua komen-komen kalian dah buka mata dan hati aku.
Untuk pengetahuan semua lepas je aku baca komen-komen kalian, aku terus buat keputusan block dia.
Sebelum tu memang aku dah mula menjauh daripada dia, aku dah start dry text dia cuma waktu tu aku masih ada rasa “ragu-ragu” dan “perasaan kejam and sayang” semua tu macam aku mention dekat confession sebelum ni.
Lepas aku baca komen kalian semua baru rasa tu hilang dan aku terus block dia. Termasuk semua sosial media dia pon aku block walau kami bukan follow each other dalam tu. Dan Alhamdulillah sekarang aku rasa hidup aku kembali tenang.
Malam lepas aku block dia, aku start solat taubat dan minta ampun dengan Allah atas kejahilan aku yang lepas.
Doakan aku semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku sebelum nyawa aku diambil. Aku memang rasa sangat menyesal, malu dan rasa jijik sangat dengan diri aku selama ni.
Untuk yang kecam, aku tak salahkan kalian. Okay je aku terima yang maki-maki aku tu sebab tanya soalan “b*d*h ” lagi katanya,2023 masih b*d*h dan takde akal tak boleh nak fikir sendiri, yang “melawakkan” soalan aku.
Salah ke aku tanya soalan macam tu? Pernah tak dengar kalimat manusia akan jadi b*d*h dan naif bila melibatkan soal cinta? sebab tu aku perlu bertanya walaupun bagi kalian itu adalah seb*d*h-b*d*h soalan.
Salah sangat ke meluah,bertanya dan minta pendapat orang bila diri sendiri dah buntu dan tak tau nak buat apa?
Ye aku ada akal, boleh fikir sendiri macam kalian bagitau tapi kadang benda melibatkan hati, perasaan dan rasa sayang boleh menyebabkan fikiran berada dalam ketidakwarasan.
Sebab tu aku perlukan pertolongan dan bantuan kat sini. Wallahi benda ni first time terjadi seumur hidup aku.
Mudah sangat jatuh cinta? Ye mungkin,aku akui. Lagi-lagi bila kau dah masuk umur-umur baya aku, 22 tahun dan baru nak kenal dunia.
Kau tengok semua circle kau bercinta dan sebelum ni kau tak pernah rasa perasaan tu. Tiba-tiba ada someone yang datang bagi perasaan tu dekat kau. Macam mana kau tak mudah jatuh cinta bila semua ni melibatkan urusan hati?
Aku tak pernah rapat, bercinta atau dekat dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Circle aku daripada zaman sekolah boleh dikatakan semua perempuan.
Classmates aku sekarang hanya ada 5 orang lelaki dan aku tak bercakap dengan diorang selain urusan kelas dan assignment. Lelaki yang aku rapat sebelum ni cumalah ayah aku. Jadi apa yang kalian harapkan?
Bila aku bertanya memang aku betul-betul tak tahu dan b*d*h bab tu. Mungkin salah aku tak cerita detail sangat dalam confession sebelum ni.
Aku pernah mention, awal-awal kenal dia okay, takde yang pelik, layan aku tersangatlah baik takde unsur-unsur tu semua. Lama kelamaan je dia start minta bukan-bukan, sangat baru dalam tempoh seminggu dua ni.
Dan mungkin disebabkan itu wujud perasaan “in denial” dalam diri dan hati aku dengan perbuatan dia tu. Itu yang buatkan aku fikir macam tu dan ragu-ragu nak block dia sebelum ni. Yang menyebabkan aku jadi tak berapa waras dalam nak buat keputusan sendiri.
Tapi lepas aku baca komen orang-orang baik dalam ni yang sanggup taip panjang-panjang untuk aku, baru aku dapat buka kembali mata dan minda aku. Baru aku dapat menilai semula perasaan aku selama ni.
Baru aku sedar kembali dan dapat berdamai dengan takdir yang dia bukan lelaki yang baik,lelaki yang baik tak akan sesekali mulakan benda tu.
Itu tujuan aku buat confession sebelum ni. Untuk buat aku sedar dan dapat menilai semula perasaan aku sebelum ni supaya tidak terus menerus bergelumang dalam keb*d*han dan kenaifan cinta. Supaya tidak terus menerus duduk dalam “ketidakwarasan” yang membuatkan aku ragu.
Sekurang-kurangnya aku ada common sense nak dapatkan bantuan orang dengan bertanya kat sini daripada jadi b*d*h sombong dan membiarkan diri aku hidup dalam kejahilan cinta.
Btw aku kenal dia bukan dalam aplikasi dating macam omi, tinder and so on (aku tak pernah install benda-benda tu).
Aku kenal dia dalam aplikasi belajar berkaitan foreign language. Kami kenal-kenal dalam tu. Aku install sebab nak improve skills in foreign language yang aku belajar dekat universiti.
Oh ye, ada yang tanya macam mana aku tau dia bertitle “ustaz”, “berpendidikan”, “masih bujang”, “ada kerja yang stabil” semua tu sedangkan kenal dalam online je. Mana tau dia tipu ke sebab ni kan dunia online.
Okay la, dia memang betul-betul ustaz, masih bujang belum pernah berkahwin, berpendidikan dan kerja stabil. Yang tu sahih dan dia tak tipu bab tu sebab aku dah check semua pasal diri dia, family dan kawan dia.
Aku jenis kalau kenal dengan orang aku akan usaha cari semua tentang dia,latar belakang dia,k awan-kawan dia dan family dia awal-awal lagi dan akan pastikan benda tu sahih(walaupun dia sendiri tak tahu aku buat semua tu). Aku akan cari kat semua tempat sampai aku jumpa.
Cuma bab perangai aku tak boleh nak pastikan. Benda tu takde ditunjukkan dalam tu. Perangai ni kan pulak bergantung pada diri individu tu sendiri.
Macam diri kita sendiri, kadang dengan orang ni kita lain,dengan orang tu kita berperangai lain. Dan di awal-awal perkenalan perangai dia okay je.
Lagipun tempat-tempat yang aku cari tu nampak dia normal je macam manusia-manusia lain, takde post benda-benda pelik ke apa.
Dia dengan kawan dan family dia pon normal je. Dia kan “ustaz” takkan dia nak tunjuk benda tak elok depan family dan kawan-kawan dia?
Aku ada cakap sebelum ni, dia memang orang yang berpendidikan dan ye family dia pon orang-orang yang berpendidikan dan beragama. Dia ada degree dalam bidang islamic studies dan ada master.
Kalau search youtube ke mana-mana sosial media, ada je ceramah-ceramah dia. Kalau search universiti dia belajar dulu pon masih ada nama dan muka-muka dia terima anugerah itu ini. Pasal kerja pon sama memang ada nama dia didaftarkan dekat tempat tu sebagai jawatan dia sekarang.
Macam aku cakap, sebelum ni perangai dia normal. Lama kelamaan baru dia start tunjuk semua tu sikit-sikit. Dan yang terbaru sebelum confession aku yang lepas disiarkan, dia start mintak nak video call sebab aku dah mula menjauh daripada dia.
Tapi aku tolak sebab aku memang tak pernah bervideo call dengan mana-mana lelaki selama aku hidup kecuali ayah aku.
Dia marah dan dia ada pujuk rayu tapi aku tetap tolak sebab aku rasa dah too much, bab ni aku memang tak bagi muka. Syukurlah sekarang aku tak perlu hadap semua tu lagi.
Okay itu jela confession aku kali ni, harap menjawab pertanyaan kalian semua. Maaf andai confession aku kali ni berterabur dan mengguris hati sesetengah pihak.
Sekali lagi terima kasih di atas setiap kata-kata nasihat,idea,pendapat dan doa kalian. Aku doakan kalian dipermudahkan segala urusan sebab dah bantu aku. Aku sangat-sangat hargai.
Yang mana kecam pon aku ambil sebagai iktibar dan semoga semua kata-kata tu tidak berbalik kepada kalian dan keluarga kalian kelak.
Semoga kejadian ni dapat jadi pengajaran buat aku. Doakan aku menjadi wanita yang dapat jaga batas diri dan tak mudah terhasut lagi dengan perkara tidak baik seperti sebelum ni.
Doakan juga aku dipertemukan dengan lelaki yang baik dan sayang aku bukan disebabkan nafsu semata-mata.
Walaupun sekarang aku masih rasa macam diri aku tak layak sebenarnya dengan mana-mana lelaki baik dah sebab aku dah pernah terjerumus dengan perkara yang kotor macam tu sebelum ni.
Doakan aku tetap istiqomah macam ni, terima kasih :)
– Cahaya (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit