Bila baca kisah Kak Lang (https://iiumc.com/senyum-dengan-airmata/), aku teringat kisah sendiri. We share same feeling Kak Lang. Aku pun anak yang tengah, atas aku ada 2 orang lagi kakak.
Aku mulakan dengan waktu aku baru berusia dua bulan. Mak seorang pekerja kerajaan jadi bila mak dah habis pantang selepas melahirkan aku, mak hantar aku pada pengasuh.
Pengasuh aku tu pula baru kematian dua anak perempuan. Jadi pengasuh dan suami menganggap aku sebagai anak mereka sendiri.
Sejak dari kecil aku dimanjakan pengasuh dan keluarga dia sampaikan aku dianggap adik bongsu oleh anak-anak pengasuh. Aku terasa sangat bahagia di sana.
Ok berbalik kepada keluarga sendiri. Selepas aku berumur setahun lebih mak melahirkan adik lelaki. Jadi mak tak ada banyak masa untuk melayan aku.
Aku selalu dibuli oleh adik-beradik masa tu. Setiap kali kami bergaduh, mak akan hantar aku seorang ke rumah pengasuh.
Padahal masa tu pengasuh juga jaga adik lelaki aku tu. Sehingga adik beradik yang lain ejek-ejek aku dan menyatakan bahawa rumah tu bukan rumah aku, rumah sebenar aku adalah rumah pengasuh tu.
Dalam keadaan sedih, aku mengadu pada mak tapi mak hanya mendiamkan diri. Masa tu umur aku tak sampai 7 tahun lagi rasanya.
Masa aku berumur 8 tahun pula, mak lahirkan lagi 2 orang adik lelaki. Jadi kiranya aku ni anak bongsu perempuan tapi aku tak pernah dimanjakan pun dalam keluarga sendiri.
Adik-adik yang kecil pun selalu buli aku. Sampaikan dorang pun pandai ejek-ejek aku sama macam adik beradik yang lain.
Bila aku mengadu pada mak, mak selalu cakap engkau kakak, kena beralah pada adik. Tapi bila kakak-kakak aku buli aku pun, mak cakap benda yang sama. Aku juga yang kena beralah.
Aku yang masih bersekolah rendah hanya mampu menangis. Sampai aku rasa aku tak layak duduk rumah tu dan nak lari dari rumah.
Memang aku ada lari tapi hanya ke belakang rumah je, lepas tu mak jumpa dan hantar aku ke rumah pengasuh. Mak tak pernah pujuk aku. Sedih tak?
Mesti korang tertanya mana ayah aku? Masa aku kecil, ayah sibuk dengan kerjaya dia yang selalu outstation. Tapi ayah la satu-satu orang dalam rumah tu yang aku rasa sayang pada aku.
Pasal pelajaran pula, mak tak pernah tanya mengenai sekolah aku, macam mana belajar padahal pendidikan adalah bidang mak.
Mak hanya ambil berat mengenai pelajaran kakak dan adik-adik je. Tapi aku tak kisah sebab ayah selalu ambil berat hal pelajaran aku. Ayah selalu puji aku.
Benda ni berlaku sampai la aku ke sekolah menengah. Selalunya kan mak yang akan bagi semangat pada anak tapi aku tak.
Aku ingat lagi masa aku Form 3, nak PMR kan. Jadi kawan-kawan aku sibuk nak pergi beli borang nak masuk ke MRSM. Aku pun minta duit pada mak. Korang tau tak apa yang keluar dari mulut mak aku masa tu?
Boleh ke kau masuk MRSM, pandai ke kau sampai nak masuk sana? Luluhnya hati aku masa tu Allah sahaja yang tahu. Akhirnya memang aku tak beli pun borang tu. Aku hanya mampu tengok je kawan yang lain isi borang tu.
Adik beradik yang lain semua mak tekankan pelajaran pada mereka. Yang ketinggalan semua mak buat untuk dorang sampaikan mak buatkan kerja sekolah untuk adik bongsu aku.
Dari kecil aku selalu rasa dah tak nak duduk sekali dengan keluarga kandung aku. Tapi ayah tak benarkan aku duduk dengan pengasuh.
Sejak tu aku bertekad, aku kena cepat-cepat keluar dari rumah tu. Sampaila aku masuk ke universiti yang berdekatan dengan rumah atas arahan ayah aku. Aku banyak ikut cakap ayah sebab aku rasa ayah je yang ambil berat hal aku.
Bila di uni, aku jarang balik rumah. Ayah selalu akan call dan suruh aku balik. Aku ingat ada sekali tu masa bulan puasa, ayah suruh aku balik rumah teman mak berbuka.
Kesian mak berbuka seorang sebab semua adik-beradik aku masuk asrama masa tu. Aku pun balik nak temankan mak sebab kesian tapi dalam hati tertanya kenapa ayah tak suruh adik beradik yang lain kesayangan mak.
Habis je belajar, aku nak cepat-cepat kahwin sebab tak nak duduk rumah tu. Aku selalu doa pada Allah cepatkan jodoh aku.
Alhamdulillah aku kenal seorang lelaki tak sampai 5 bulan, aku bertunang dan lepas setahun aku kahwin.
Masa aku bertunang dan berkahwin pun macam-macam perkara yang jadi yang buatkan aku bertambah makan hati dengan sikap mak aku.
Tapi rasanya dah panjang sangat ‘karangan’ aku ni. Kalau ramai nak aku sambung, nanti aku sambung ye. Terima kasih yang sudi baca luahan aku ni.
Kepada Kak Lang, janganla putus asa. Mak kau tetap syurga kau. Aku pun sekarang tetap jaga hati syurga aku yang masih hidup. Mungkin aku tak dapat berbakti sangat pada mak tapi aku akan tetap jaga hati dia walaupun ada masa aku banyak terluka.
Sending hugs from me, uda to you Kak Lang. Assalamualaikum.
– Uda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit