Aku Juga Depresi

Pagi ni lepas solat subuh aku terbaca pasal kisah suri rumah yang depresi. Aku sangat faham apa yang dia alami kerana aku lalui perkara yang sama malah lebih teruk.

Aku seorang ibu kepada anak yang hampir mencecah usia dua tahun dan aku suami isteri bekerja. Aku kerja sesi petang, suami sesi pagi.

Pagi aku akan urus anak hantar ke taska dan petang suami akan ambil anak. Aku perasan aku ada anger issue yang teruk. Ada masa aku baik sayang sangat anak aku tapi bila dia buat tantrum aku tak boleh sabar. Aku jadi sakit jiwa.

Aku menjerit marah dia dan kalau dah tak tahan sangat aku baling apa² barang nak reda kan amarah ni.

Suami aku bukan jenis yang berat tulang. Dia selalu bantu urus dan jaga anak tapi bila masa dia tengah busy aku akan take over jaga anak sorang.

Bayang la dah balik kerja penat² aku kena urus anak, kena tidur kan anak. Aku jarang masak semenjak dua ni sebab aku sangat malas.

Pinggang berlonggok dekat singki pun aku malas nak basuh. Selama ni aku selalu buat tapi aku dah sangat malas dan tak larat.

Aku perasan sejak aku mula pindah ke bandar dan duduk dengan suami ni aku punya mental koyak teruk. Lepas aku pindah macam2 masalah jadi. Anak aku selalu sakit, aku selalu kena cuti.

Abah aku dah berapa kali masuk wad sampai ada sekali tu bila kitaorang kena sidai 6 jam dekat hospital tanpa ada doktor yang buat apa², aku lari tinggal kan je hospital tu. Aku dah penat sangat.

Selang berapa minggu anak aku akan batuk selsema berkahak. Beratus2 duit gaji habis untuk rawatan anak. Aku cuma harap dia sihat je macam budak lain.

Kalau masa dia sakit tu sepanjang malam kitaorang tak tidur sebab dia akan menjerit menangis macam kerasukan.

Rakan sekerja aku sampai dah tahu anak aku kerap sakit sebab aku selalu ambil cuti. Aku malu pada mereka terutama pada bos aku yang kedekut sangat nak bagi cuti. Mesti aku dah dilabel jenis kaki cuti.

Lepas tu sepanjang aku pindah ke bandar ni kami dah berapa kali eksiden. Urusan kereta apa semua pakai duit banyak. Tak lama lepas tu mak aku pulak meninggal.

Bayang kan selama ni mak tempat aku mengadu dan cari kekuatan Allah dah ambil. Sakit nya hanya Allah lah yang tahu.

Ada hari bila aku marah sangat dengan suami aku akan mengamuk dengan balik barang, tumbuk pintu atau sepak baling apa semua yang dapat reda kan sakit jiwa ni.

Kadang aku cuba lari dari rumah tapi suami aku dapat tangkap dan cuba pujuk.

Aku pernah cuba nak bunuh diri, aku google cara nak bunuh diri sebab jiwa aku terlalu sakit masa tu tapi tak berjaya sebab suami aku ketuk2 pintu menjerit2 mintak aku bukak pintu. Aku tahu aku sakit. Aku tahu aku tak normal.

Masa aku kecil aku selalu kena rotan dengan mak. Dalam banyak² adik beradik aku paling selalu kena sebab aku terlalu nakal. Aku tak tahu ianya berkaitan atau tidak tapi aku masih sedih bila terkenangkan perkara tu.

Aku tak salah kan mak, aku tahu mak aku pun hidup dalam tekanan besarkan anak². Mak aku adalah salah seorang pesakit mental. Mak aku ada bipilar disorder dan mak aku pencen awal sebab sakit ni.

Sepanjang aku membesar aku jadi saksi macam mana tertekan nya jiwa mak aku. Abah ulang alik bawa mak pergi psikiatri selang beberapa bulan. Sebab kan tu aku tahu aku oun tak normal.

Aku pun sakit macam mak. Masa aku belajar dulu aku ada ambil ujian mental health dan aku di refer ke kauselor sebab aku punya result terlalu stress. Memang masa tu aku stress belajar sebab suasana study yang toksik dan lecturer yang tak guna.

Setiap malam aku rasa nak terjun dari ringkat 8 kondo tempat sewa aku. Lepas aku habis belajar aku ingat aku dah normal balik sebab aku dah kerja dan duduk dengan family. Rakan sekerja baik semua okay jadi masa tu aku sure aku dah totally sembuh.

Tapi entah la mungkin ini ujian Allah untuk aku, semua nya berubah lepas aku pindah ikut suami, membesarkan anak dan tinggal jauh dari keluarga. Aku nak pergi dapat kan rawatan tapi tak tahu cara nya.

Suami aku kurang faham pasal sakit aku, pada dia akan boleh belajar kawal emosi aku padahal dia tak tahu aku pernah rasa nak tikam dia dengan pisau masa dia tengah tidur.

Maaf kan aku sayang, aku sakit. Maaf kan aku, anakku. Aku harap anak aku membesar dengan sihat dan sempurna.

– Annie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *