Aku Juga Isteri Panas Baran

Assalamualaikum, hi. Tujuan aku menulis disini untuk membalas confession Abang Udin, https://iiumc.com/luka-yang-dalam-terhadap-kata-kata-isteri/

Aku adalah seperti binimu, Abang Udin. Karakter aku sebijik sejibik macam bini abang udin.

Panas baran, namun seorang yang manja, kelakar, bertanggungjawab dan sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga tanpa berkira (tibehh.. terpuji diri sendiri lebih banyak pulak.. ahakss)

Straight foward, aku pun hampir 10 tahun kahwin ni dan dikurniakan 3 anak.

Bukan nak cerita aib sendiri, tapi tahap baran aku sampai- dinding rumah sewa kami pecah (partition kayu) first time aku mengamuk masa baru sebulan dua je kahwin.

Paip rumah aku daripada sinki dapur, bilik air sampai ke luar, ada je yang pecah. Pintu bilik pun berlubang sana sini. Periuk belanga aku habis bengkok semua. Dan senarainya barangkali lebih panjang.

Alhamdulillah, dikurniakan suami pun yang penyabar mcm abang udin. Satu2 kerosakan rumah suami betulkan. Bukan sikit- sikit kerugian.

Tapi itu lah kelebihan dia -penyabar

Sebenarnya aku pun sedih dengan diri aku yang macam ni. Macam2 usaha aku buat. Korang takyah la nak nasihatkn aku cara2 kawal panas baran, semua aku dah buat, tapi semua tak jalan.

Aku pernah azam tahan marah sampai menggigil2, demam dan sakit badan berhari2 yang teruk.. tak boleh bangun sebab aku tak release kalau aku tak marah. Pelik kan?

Dah pergi macam2 jenis terapi, pakar psikatrik pun dah jumpa untuk consultation. Dan begitulah, dalam usaha yang macam2, aku masih begitu.

Cuma suami aku ada cakap la banyak perubahan aku sekarang berbanding dulu. Ntah. Bagi aku, selagi sikap panas baran ni masih ada dalam diri, aku tetap rasa loser. Loser untuk mengawal nafsu marah tu.

Kadang fed up dengan diri sendiri. Rasa teruk. Memang la aku akan minta maaf dengan suami setiap kali lepas dah cool dari marah tu, tapi aku rasa laki aku yang baik tu tak patut memperisterikan aku.

Banyak kali aku minta untuk berpisah dengan dia (masa dalam fikiran rasional).

Banyak kesan buruk jika aku berterusan begini. Satunya effect kt anak2 la.. hampir setiap hari (dulu) bergaduh depan diorang.

Lagi satu, tak cium bau syurga weh. Berdosa besar sakitkan hati suami kan. Tapi laki aku yang supportive ni, dia tetap percaya yang aku akna berubah.

Sampai dia kata “abang tak pernah rasa ayang sakitkan hati abang, abang betul2 faham kekurangan ayang dan abang mmg betul2 redha dunia akhirat” begitu la weh, setiap kali kami bergaduh dan baik semula.

Kadang aku pelik dengan laki aku ni..macam takde perasaan..atau mungkin dia cuba nak comfort aku. Ntah lah. Yang penting dia la makhluk paling sabar dalam dunia ni yang pernah aku jumpa.

Oh ya, kalau marah, kata2 aku pun sama naik..sama macam bini abang udin. Selalu kena maki la laki aku tu masa tengah marah.

Tapi ketahuilah weh, setiap kali dah cool tu, penyesalan tu sangat tinggi ya. Aku jadi rendah diri dan mula salahkan diri.

Sampai sekarang aku doa supaya laki aku tu terbuka hati untuk melepaskan aku, dan jumpa perempuan lain yang lebih baik utk dia. He deserve good woman, bukan macam aku.

Bukan tak sayang weh, tapi aku lebih memikirkan kesan jangka masa panjang utk anak2 aku. Sikit sebanyak, mesti diorang memerhati dan akan ikut perangai aku.

Aku tak nak weh anak2 aku mewarisi perangai buruk ni. Sungguh niat aku ni ikhlas.

Memang aku kalau boleh nak undur diri dari perkahwinan ini. Laki n anak2 aku deserve untuk dapat isteri n ibu yang lebih baik.

Tapi setiap kali aku nyatakan hasrat ni, mesti laki aku tepis dan tak bagi aku cakap lagi untuk bincang benda ni. Hmm

Aku sekarang ni maih ditahap cuba untuk perbaiki diri. Laki aku selalu pesan, ni bahagian ujian aku. Setiap orang ada bahagian masing2. So hadap je lah.

Kepada Abang Udin, im begging you. Janganlah berputus asa dengan isteri anda.

Aku nak nasihat lebih pun tak tau sebab aku tak tau apalah perasaan laki aku sebenarnya. Ntah2 dia pun makan hati juga macam Abang Udin cuma dia tak bagitahu.

Ye lah, spesis orang yang sabar ni banyak memendam rasa, mana nak tau kan.

Ok lah. Aku memang doakan semoga syurga untuk suami aku, Abang Udin dan suami2 diluar sana yang sabar dengan kekurangan isteri.

Adioss!

– Hamim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *