Aku Juga Isteri Yang Mahu Dihargai

Merujuk kepada kedua-dua artikel di bawah topik yang sama, saya juga terpanggil untuk mecurahkan sedikit rasa di hati.

https://iiumc.com/isteri-yang-cuma-mahu-dihargai/

https://iiumc.com/respon-terhadap-artikel-isteri-yang-mahu-dihargai/

Sesungguhnya, tika saya terbaca kedua-dua versi cerita dari kedua-dua confessor, ketahuilah bahawasanya kalian berdua masih lagi dalam kategori isteri yang beruntung dan ‘dikasihi’.

Bukan niat saya untuk membanding-bandingkan atau mendabik dada mengatakan saya yang paling teruk, kerana at the end, pasti ada seseorang yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sedikit pengenalan, saya dan suami baru mendirikan rumah tangga selama 5 tahun, belum dikurniakan zuriat (doakan kami) dan kedua-dua kami bekerja.

Sejujurnya, saya sangat mendambakan hatta sedikit penghargaan dari suami kerana sepanjang kami berumah tangga jarang sekali saya mendapatkan itu.

Permulaan rumah tangga kami sedikit suram kerana kami PJJ atas tuntutan kerjaya. Sepanjang tempoh itu, saya lah yang seringkali membuat effort untuk pulang bertemu suami menaiki bas.

Sepanjang berjauhan, suami jarang sekali menghubungi saya. Tidak seperti pasangan lain yang ber”PJJ”. Ini sangat menganggu emosi saya dan Alhamdulillah, berkat doa dan pertolongan dari Ilahi, saya dapat bertukar ke sisi suami.

Suami saya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang sangat-sangat hopeless romantic. Suami tidak pernah memanggil saya dengan panggilan-panggilan manja atau seumpamanya.

Tidur berasingan seolah-olah menjadi rutin buat kami. Ini kerana dia selalu menonton televisyen lewat malam dan berakhir dengan tertidur di hadapan televisyen hataa ketika dikejut sekalipun, dia menolak sekiranya saya mengajaknya tidur di bilik.

Suami saya juga tidak suka disentuh dengan alasan rimas. Dia tidak gemar sekiranya saya ingin bermanja. Sebenarnya, saya boleh dikategorikan sebagai wanita yang gemar memasak walaupun mungkin tidak sedap.

Saya suka mencuba pelbagai resepi baru. Tapi, at the end, semua masakan saya akan ke tong sampah. Suami langsung tidak sudi menjamah malam mengkritik masakan saya dengan kritikan yang dasyat.

Saya kadang tertanya-tanya, tidakkah suami cuba menghargai saya, seorang isteri yang bekerja, masih berusaha untuk menyediakan masakan dan melayannya sebaik mungkin? Jujur, saya cuma perlukan sedikit penghargaan.

Katakan sahaja, anniversary ataupun majlis hari jadi, kedua-dua itu tidak pernah sekalipun saya menerima ucapan dari suami. Ketika hari jadi beliau, saya menghadiahkan pelbagai hadiah, namun semua dikritik.

Dia tidak suka wangian yang saya beli, tidak suka jam yang saya hadiahkan bahkan sehingga kini dia tidak memakai langsung hadiah yang saya hadiahkan.

Sewaktu saya menghadiahkan percutian kepada suami, percutian kami berakhir tragedi kerana dia marah saya menganggunya bermain games sewaktu di hotel.

Memandangkan kami berdua bekerja, suami juga tidak menghulurkan nafkah yang sepatutnya.

Sesungguhnya, ketika kami PJJ dahulu sememangnya suami berdosa kerana rumah, makan dan pakai semuanya dibayar oleh saya. Tidak kira berapa kali saya meminta suami tidak memberi.

Sekarang mujur kami tidak lagi tinggal berasingan. Sekurang-kurangnya suami dapat menyediakan rumah dan makan. Baju tidak mengapalah, saya boleh berdikari sendiri.

Sebenarnya wahai lelaki ketahuilah, nafkah itu disyariatkan kerana melalui nafkah isteri akan rasa disayangi. Macam saya, sekiranya dapat RM 1 dari suami pun saya akan sangat gembira.

Tapi itulah.. Jangan salah faham. Suami saya bergaji lebih besar dari saya dan suami seorang yang mampu. Bahkan, dia seorang yang sangat pemurah dengan ahli keluarganya yang lain. Apa sahaja yang mereka rengekkan pasti akan dipenuhi.

Suami tidak pernah memuji saya sehinggakan bila ada orang lain yang memuji saya adakalanya saya terasa seperti di awang-awangan. Saya tidak akan pernah mampu menjadi isteri yang sempurna di matanya.

Kadang-kadang saya pelik, bukankah fitrah seorang suami itu untuk menggembirakan hati isteri? Tapi kenapa suami saya tidak suka melihat saya gembira?

Bahkan sewaktu saya jatuh sakit sekalipun, suami tidak pernah ambil tahu dan menyifatkan saya mengada kerana memintanya membelikan makanan dan ubat. Sewaktu saya kemalangan ringan, yang membantu adalah kawan-kawan dan bukannya suami.

Entahlah, susah ke untuk seorang suami menghargai isterinya? Suami saya tidak curang, tidak pernah ada bekas kekasih dan dia adalah seorang lelaki seperti suami yang lainnya.

Cuma mungkin sahaja dia belum merasakan cinta dan saya bukanlah cintanya.

Kami berkahwin atas pilihan keluarga. Mungkin suami saya tidak mencintai saya dan selamanya akan menganggap saya seperti orang luar. Hidup kami seperti roomate sahaja, seperti kawan-kawan yang tidak berkongsi rasa yang sama.

Kami bawa haluan masing-masing tapi kami tidak bergaduh dan kami berkawan.

Saya juga sudah tidak mengharapkan apa-apa dari suami. Cuma doakan suami saya akan terbuka hati untuk menghargai saya satu hari nanti.

– Mawar Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *