Assalammualaikum, hi guys.how are you?hopefully semua yg sihat sama ada dari segi fizikal,mental dan emosi ^_^.
Aku sedih lihat manusia.tidak kira apa agamanya.aku sedih sebab aku pun manusia dan islam itu indah dengan kasih sayang.hari ni,aku sedih lihat upacara penghormatan terakhir keatas kematian artis korea iaitu Kim Jong Hyun yang adanya beberapa orang islam juga(takpe,korang masing boleh berhijrah menjadi lebih baik ^_^ ) dan aku turut sedih pada orang-orang netizen yang kutuk dan secara terbuka mengkritik mereka adik-adik ini dan juga ada yang kata ini illuminati,kerja freemanson and banyak lagi(Macam mana kena tuduh ekstrimis tiba-tiba,macam tu jugalah depa rasa bila kita tuduh depa tiba-tiba tanpa arah).
Aku bukan tak kisah atas kematian tersebut.Cuma aku bukan fanatik sangat.Aku pun suka Korea dan Bahasa Hangul ni senang nak belajar.Kalau pandai bahasa lain,insyaAllah peluang mendapat kerja tu luas.(kalau aku tulis macam ni mesti manusia judgemental expect aku budak K-pop…haha)
Realiti zaman kini. Aku juga salah seorang yang macam Jong Hyun.So,I can feel how tragic his life is.Aku bukan secantik kulit dia pun,cuma I had feel kekosongan, loneliness and depression and I know it can really lead to suicide . Sebab kemungkinan dia bunuh diri banyak…mungkin sebab environment, orang sekeliling, stress pekerjaan, self esteem,maybe diaorang mencari ketenangan cuma tak tahu erti ketenangan yang puas dan maybe diorang mencari hidayah dan taufiq cuma tak tahu nak cari macam mana sampai diorang give up dan maybe dia rasa kosong cuma dia still tak tahu nak isi dengan apa(setiap manusia akan alaminya tak kira apa agamanya) or orang macam kita tidak menjalankan tugas sebagai khalifah sebaiknya. Ha,korang tengok tak video Matluthfi90? Tajuk Eksperimen Individu, Alat dan Nasib.Bak kata Mat “Amatlah susah untuk kita kata bahawa sesuatu kejadian itu berpunca daripada satu factor semata-mata”. Hi Mat, aku bangga orang mcm kau buat video intelligent macam ni,terima kasih Mat.
So, kalau tidak tahu apa-apa usah terus make conclusion dan membuat tuduhan tiba-tiba sebab setiap kemungkinan boleh mai daripada macam-macam bentuk dan perkara.
Aku pun nak suicide
Hidup aku ini, depan orang ramai nampak bahagia tapi sebenarnya….tidak….ini semua fake…
Sejak kecil aku kurang kasih sayang, Mak selalu Oncall dan Ayah selalu outstation.Parent busy untuk membesarkan aku dan adik beradik.Aku di dalam keluarga yang sangat negatiflah kiranya(buat itu dan ini tak boleh maka kami sangat passive),cuma parent aku didik kami dengan adab dan sopan serta akademik yang hebat,terima kasih Mak Ayah.
Aku dilahirkan dan aku sorang je perempuan dalam adik beradik.So,hidup aku sangat-sangat dikawal.Aku macam biasa semasa sekolah rendah,aku belajar main-main.Bila result UPSR keluar,dapat 3B 2C tak silap.Balik rumah,Mak aku marah dan compare aku dengan cousin aku yg dapat banyak A.Paling sedih,Mak aku sampai keluar perkataan “Bodoh” kat aku.Aku ingat sampai sekarang… Alhamdulillah aku berusaha dan memperoleh result masa PMR 6A dan SPM 4A and proud ar sebab aku bejaya kalahkan cousin aku.
Then habis SPM aku try apply UPU,tapi dapat Kolej Komuniti je beb…tapi cousin aku dapat masuk IPTA.Aku mula lost,aku depress sangat….yup,sangat-sangat…Aku start putus asa,start fikir bukan-bukan.then aku start dengar perkataan “Bunuh Diri” tanpa ada orang sebut pun sebenarnya dan aku start tak boleh tengok orang membunuh atau dibunuh.after that, aku start tak boleh duduk dalam bilik seorang diri sebab aku sentiasa fikir nak bunuh diri.Aku tak boleh sentuh leher aku and pisau.
Aku sedih sangat-sangat.suatu hari aku tak tahan tapi tiada siapa yang aku boleh rujuk.Aku sampai tak tahan sangat,aku beritahu parent aku yang aku sentiasa dengar perkataan “Bunuh diri” tu dan Parent aku terkejut dan bawa aku berubat.
Tapi ianya tak bekesan kepada aku.
Suatu hari time solat,aku menangis.menangis dan mendesak Allah tunjukkan aku jalan sebab aku tak nak pun ada rasa yang macam ni,tapi still no clue.
Esoknya aku solat lalu mendesak sambil menangis sambil meronta pertolongan dari Allah tapi Allah masih lambatkan clue.Aku cuba bertahan dan bertahan.
Dan sampai satu tahap,aku sangat-sangat terdesak,Aku betul-betul mendesak pertolongan Allah macam orang yang sangat-sangat kelaparan.Aku perasan kat tepi aku ada satu Al-Quran Humaira,Aku pegang Al-Quran tu sambil berdoa memohon pertolongan.aku tekad untuk buka Al-Quran dengan harapan Allah member petunjuk.Aku buka je,terus terbuka muka surat 444 dan dibawah surah Yasin tersebut ada nota Hadis dan mata aku direct semasa buka tu terpandang hadis tu.
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata,Rasulullah SAW bersabda,”Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam,maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam.Hal itu akan terus belangsung selamanya.Barang siapa yang minum racun sampai mati,maka ia akan meminumnya perlahan-lahan di neraka jahanam selama-lamanya.Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri,maka ia akan jatuh di neraka jahanam selama-lamanya.”(HR Muslim,158)
Suddenly air mata aku mengalir atas petunjuk yang Allah berikan.Aku tidak berkata apa-apa dan terus menangis dan mengucapkan terima kasih kepada Allah.Aku sangat terharu bertapa baiknya Allah kepada aku sehingga berikan aku clue direct dan aku tak perlu tercari-cari lagi.After that,aku terus tenang dan Alhamdulillah start dari situasi itu,aku mula mencari apa itu islam.
Aku memang islam,tapi aku tak faham pun apa tu islam.aku selama ni hanya Islam di IC je.Sedihkan.tapi sebenarnya ramai anak muda islam macam aku juga,tak tahu apa itu agama islam dan tujuan hidup.
Hidup aku mula berubah,aku masuk ke kolej dengan sepasang niat dan pengharapan untuk kenal islam dengan lebih mendalam.Alhamdulillah aku Allah jumpakan aku dengan lecturer yang baik dan terangkan aku tentang islam.Aku jumpa kawan-kawan yang baik dan aku start sertai bulatan gembira(Usrah).
Aku bersyukur padaNya kerana memberi petunjuk kepada aku ketika itu.Hal ini,famili aku pun tak tahu,diorang tak kisah pun and just duduk depan komputer buat hal masing-masing macam selalu.Aku seorang sahaja yang tahu hal ini.
Aku juga manusia.punya perasaan dan ingin diambil prihatin.Manusia perlukan tuhan dan manusia juga perlukan manusia.Aku juga pernah sunyi dan apa yang aku buat pun aku pernah clueless.Aku tiada kawan untuk diluahkan mahupun keluarga yang meminjamkan telinga dan memeluk ku erat.Kalau aku mati dalam keadaan begitu mungkin manusia akan kutuk aku dan sebagainya.sebab manusia tak akan pernah faham apa yang setiap manusia lalui.
Bertapa bahayanya rasa kekosongan, mental health, loneliness dan depression jika tidak dikawal dan ada certain orang yang directly judge berkait agama.Aku tak marah,cuma kecewa…jangan cepat sangat buat conclusion dalam hidup.Islam is about loving each other bukan judging each other.
Dalam hidup ni, biasakan pakai kasut orang lain sekejap.Walaupun tak muat,kau try pakai dan berjalan mengunakan kasut tu sampai penat.Kau jalan sampai kau sakit melecet kaki pun takpe,lagi bagus. Bila dah teruk sangat sakit, kau pulangkan pada pemiik kasut tersebut dan peluk(klu sama jantina) berikan kata-kata yang kau sangat hargai dia dan katakan dia hebat serta luangkan masa hulurkan tangan dan telinga.Berikan layanan istimewa dan tunjukkan jalan lurus kepadaNya.
Bila ada rasa kekosongan jiwa,isilah dengan Al-Quran, minta kepadaNya dan cari Dia semula.Rasa kosong dalam jiwa tu akan sentiasa datang,cuma kita kena tahu nak isi dengan apa dan ia akan terus membantu kita untuk teruskan kehidupan.
Aku pun banyak kekurangan cuma aku nak jadi manusia yang ada empathy dan aku bercita-cita ingin meluaskan sikap empathy kepada manusia.
Aku sedang mencari kerja,doakan aku mendapat kerjaya yang baik dan boleh membantu orang lain ya ^_^
Terima kasih kerana kamu menghargai manusia walau hanya dengan perkataan “Terima kasih”,”Boleh saya bantu” dan menyebarkan senyuman.
Terima kasih ^_^
– -ilgi Manusia Empathy-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit