Pertama kali dia menyentuh ku ketika usiaku 7 tahun. Sejujurnya aku membesar tanpa seorang bapa.
Selama aku membesar beberapa kali aku diejek oleh kawan tadika ku sebagai anak haram, tiada bapa dan sebagainya untuk anak berusia 5 dan 6 tahun.
Mak selalu cakap ayah aku ada hidup lagi dia cuma sambung belajar nanti dia balik. Dan dia balik ketika usia ku 7 tahun dan disitu kegelapan hidupku bermula.
Ibu ku seorang yang berdikari. Adik beradik ibu sering meminta nya untuk minta cerai melalui mahkamah namun ibu ku seperti cinta mati kepada ayah ku.
Ayah ku di luar kelihatan seperti seorang lelaki baik. Ramai teman ku cemburu melihat keakraban keluarga kami. Kami sering berjalan setiap minggu.
Ayah ku membiayai segala minat ku tapi itu semua memerlukan pengorbanan dari seorang anak perempuan seperti aku.
Aku punya 9 adik beradik dan aku adalah yg ke 3. Abang ku sudah bernikah dan tinggal jauh. Akak ku juga sudah mempunyai keluarga nya sendiri.
Aku berusia 23 tahun ni. Banyak orang bertanya kenapa aku tidak cuba mencari pasangan. Sesayang itukah aku kepada keluarga ku.
Aku mempunyai 6 adik dibawah ku. Orang melihat aku seperti kakak contoh dan anak yang taat tapi aku hanya terpaksa disini.
Aku kehilangan dara ku pada orang sepatutnya melindungi ku ianya ayah ku sendiri. Aku masih ingat tangisan serak ku. Darah yang mengalir.
Jujur aku katakan ingin mati ketika itu. Jika orang bertanya apa ibu ku tau atau tidak. Aku berasa dia tau tapi berpura pura bodoh atau sejujurnya dia tak peduli.
Orang berfikir darah tu adalah haid pertama ku. Bodoh sekali memikirkan aku haid diusia 10 tahun walaupun itu tidak mustahil.
Ketika usia ku 12 tahun aku belajar bersungguh berharap untuk keluar dari rumah dan belajar diasrama.
Aku mendapat keputusan 4A 1B keputusan yang sangat membanggakan bagi sekolah namun aku dihina ibuku sendiri ketika aku mengatakan hasrat untuk belajar jauh dari rumah.
“Duduk rumah je tak betul. Kalau duduk jauh nanti mengangkang pula pada warden” itu kata katanya pada anak usia 12 tahun menginjak 13.
Aku diamkan diri dirumah dan sesungguhnya sepanjang tahun sejak aku berusia 7 tahun aku disentuh setiap hari olehnya.
Pada usia ku 14 tahun. Aku mula menjadi seorang pemberontak.
Aku pernah sekali cuba mengadu pada pihak sekolah iaitu guru kaunseling ku tapi mereka menuduh ku mempunyai teman lelaki daripada mempercayai apa yang ku luahkan.
Mereka tidak percaya kerana ayah ku seorang yang agak terpandang disini dan sering memberi dana disekolah. Sadis duit membutakan kebenaran. Sejak dari luahan itu aku seperti kudis disekolah. Kawan kawan mula menjauh diri dari aku..
Sejujurnya masih terlalu banyak untuk aku katakan tapi aku cuma ingin meluahkan. Mama. If you see this just you know I’m also a victim. I never want anything that happened to me.
You so selfish to think that I’m a whore and always talk bad about me to my siblings. I’m always here with you. Aku yang jaga kau masa sakit. Aku yang selalu masak untuk kau even tengah malam tapi aku yang selalu dicerca.
Aku yang selalu nangis malam malam sebab aku pun kena sentuh aku yang dirogol oleh laki yang kau sanjung aku yang terluka aku pun mangsa. Kalau kau mangsa emosi.
AKU MANGSA SEKSUAL. EMOSI DAN MENTAL AKU HANCUR. SEMUA SALAH SEBAB CINTA BODOH KAU SEKARANG KAU PENAT BERTAHAN SEBAB ANAK ANAK KECIL JE KAN HAHA AKU PUN PENAT BERTAHAN.
Terima kasih atas sesi luahan…
– Syu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ya Allah …dasyatnya ujian hidupmu dik..lg perit sebab mak sendiri jd enabler(perela ) perbuatan bapak.
Mmg ramai di luar sana mcm tu.Mak sanggup bela suami krn cinta.Padahal dia percaya je anak dirogol tp cuba menafikan & hdp dlm delusional
Tak tergambar sakitnya usia 7 thn di kala organ pembiakan belum berkembang sepenuhnya kamu dirog** berulang2..syaitan apakah yg merasuk bapak kamu.Dia adalah sejenis lelaki pedofilia yg gemar meratah kanak2 .Sy yakin ada lg mangsanya yg lain.
Dik..belajar rajin2..sambung study.Keluar dr rumah tu tlg jarakkan diri terus.Cari life baru diluar dan cuba padamkan memori pahit itu slow2.Sibukkan diri.
Bila dh berjaya..cr kerja.Duduk menyewa tmpt lain jgn tinggal dgn keluarga.
Benda2 jenayah seksual ni susah nak urus dan bawa bincang sbb mentaliti rakyat negara islam ni masih kolot dan x mau ke dpn.Malah si mangsa yg dituduh salah.
Banyak dekatkan diri dgn Allah.Belajar ilmu tauhid dik..cari guru yg benar.Semoga diberi kekuatan dan keberanian utk melangkah.Ya Allah…berat ujian adik ni..bantu dia ya Allah