Hi, aku Dee. Kisah yang diceritakan bukan tujuan untuk membuka aib tapi hanya untuk melepaskan lelah di dada.
Serba sedikit latar belakang hidup aku. Aku ada 3 orang adik beradik. Dulu, ayah seorang pengongkong. Agak memberontak sebab tak dapat cuba benda baru, erti kata mudah buat perkara yang remaja patut enjoy.
Tapi, aku sejenis yang agak degil. Bukanlah benda pelik pun, aku buat kerja NGO, bersosial dengan orang, aku senyap-senyap masuk kelas Mandarin which is benda baru yang aku nak cuba.
Waktu ayah hidup, memang perbelanjaan ayah bagi, manjakan. Ayah meninggal tahun 2022 ketika aku berumur 19 tahun. Aku dapat tawaran Asasi Law IPTA waktu tu tapi sebab ayah sakit aku mengalah.
Walaupun hubungan kami renggang, keputusan untuk tidak terima tawaran tu adalah keputusan yang tepat. Itu tanggungjawab terakhir aku sebagai seorang anak dia.
Kehidupan selepas ayah tak ada semakin susah. Duit saving banyak aku laburkan ke hutang mak. Mak banyak terseksa sebab kakak ada suami yang biawak hidup, suka pinjam ahlong.
Waktu aku masuk STPM, aku kerja sambil belajar. Tipulah tak penat, hampir putus asa aku nak mohon law semula. Susah dan penat.
Aku tak target pointer tinggi pun tapi usaha dan doa tu semestinya beriringan cumanya diri sendiri dah pasrah.
Aku buat 3 kerja lepas STPM, salah satunya adalah retail. Aku hampir putus asa sebab body terlampau penat.
Faham-faham jelah kerja angkat berat pastu sambung lagi lepas balik kerja. Keluar pagi, pulang tengah malam. Kerja rumah semua aku buat.
Alhamdulillah. Aku dapat keputusan yang sangat baik, tak sangka sampai aku terduduk menangis bersyukur. Tapi Allah uji dari segi kewangan.
Aku memang nak sambung belajar cumanya aku masih memikirkan mak, makan, rumah. Sebab selama ni aku tanggung bil, beras, keperluan rumah.
Ada abang tapi tak macam tak wujud, even dia bujang takda komitmen. Walhal aku, seremaja itu perlu bertungkus lumus membantu mak aku. Aku berasa bertanggungjawab atas segala perkara.
Tak lama tu, kakak aku meninggal. Beban bertambah sebab kena jaga anak-anak dia. Kos bertambah disitu.
Akhirnya, aku sambung juga degree di sebuah IPTA walaupun serba serbi masalah dipukul. Masih sama aku tanggung pelbagai perkara.
Setiap kali mak aku call waktu aku kat uni semuanya mengadu masalah. Bila aku balik, mak suka marah benda yang aku tak buat.
Orang sekeliling senang hati melabelkan aku “anak tak guna”. Ditekan- tekan supaya aku grad lagi awal dari tahun pengajian (compress), kena 4flat setiap semester.
Aku selalu salahkan diri aku, aku ni anak tak guna ke, tak cukup bagus ke?
Aku dah berkorban macam-macam benda, bayar hutang mak, keperluan, bil. Se-sen pun aku tak pernah guna duit mak aku.
Rumah aku kemas, kakak dan ayah aku, aku jaga, mandikan sehingga tugasan terakhir, mak sakit aku ada, from A to Z aku buat.
Masih berbakti walaupun tak pernah dapat credit atau ucapan terima kasih atas pengorbanan. Banyak duit yang dikeluarkan sehinggakan aku hilang hala tuju.
Aku keluar hiking untuk hilangkan rasa penat dan stress tapi masih dicemuh kata hidup akan merudum jika melayan hobi.
Mungkin aku ni ditakdirkan untuk tidak boleh berasa penat seperti robot, tempat digunakan, lubuk duit.
Aku hanya seorang perempuan berusia 21 tahun yang sedaya upaya mengupgrade diri tapi malangnya kadang tersungkur.
Terasa kelakar, apabila diri tidak dibenarkan penat.
Lately ni memang terasa badan aku cepat sangat penat, aku terlalu penat dengan segala perkara. Kuat termenung, cepat sangat menangis sendirian. Aku sendiri pun tak tau kenapa.
– Dee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
itu petanda deprasi…
cari masa sendiri..layan diri…rehat…
awak insan hebat…tak semua orang boleh buat seperti awak..
awak insan baik..tak semua orang boleh baik macam awak..
awak insan cemerlang…tak semua orang boleh dapat keputusan mcm awak..
awak insan terpilih..moga satu hari..awak diberikan sinar…kebahagiaan…amin…