Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau approve.
Sebagai pengenalan, aku seorang perempuan. Aku salah seorang pengguna aktif di instagram. Tapi account aku cuma penuh gambar pemandangan tempat dan barang-barang yang bagi aku artistik je lah, walaupun bukan professional sangat bab photography. Aku nak meluahkan sikit perasaan aku yang sejak dua menjak ni sedikit sedih dan kecewa bila guna instagram.
Sebab apa? aku tak pasti kenapa, tapi bila aku buka bahagian ‘Search’ akan keluar gambar perempuan-perempuan yang bagi aku agak keterlaluan. Bila view, dia tulis dekat bawah ‘Based on photos you’ve liked” padahal aku tak pernah pulak like gambar perempuan macamtu. Sometimes tertulis di bawah “Based on accounts you interact” or “Based on people you follow”. Tapi bila aku buka account tu, tak ada pula nama sesiapa keluar menandakan ada orang yang aku follow, follow account tu. Aku bukan sedih dan kecewa sebab suggestions photos tu. Aku sedih tengok perempuan-perempuan dalam gambar tu.
Posing melentikkan badan, segala bentuk nampak. Baju ketat, jarang. Allah. Bila aku buka account mereka, memang banyak gambar-gambar macamtu. Menayang dada, melentik badan, baring mengiring lah. Korang bayangkan, aku yang perempuan ni tengok pun aku rasa maluuu! Malu sangat! Maluuuu! Bila aku baca comment, Allah….sedihnya aku rasa. Membacakan komen-komen lelaki “Bergetar iman i tengok u aum” “Merecikkk” “Patah tulang belakang abang tengok” tak kurang jugak komen komen berbaur lucah. Aku yang sedih tengok tu semua. Tuan punya gambar pula seolah-olah memang sengaja menayang segala aset dia.
Haih perempuan modern. Tinggal di bandar, sayang kainnya tak cukup ibarat orang di zaman batu. Ye, memang korang lawa, aku tak nafikan itu, tapi kenapa perlu tayang sebegitu sekali. Beribu komen semuanya komen berahi, bernafsu melihat susuk tubuh kau. Allah. Aku sendiri yang perempuan rasa malu. Seolah-olah lelaki-lelaki tu dah scan badan aku pulak padahal tu gambar kau.
Aku tak pasti apa yang mereka mahu. Mungkin sekadar berkongsi gambar tapi tidak kena caranya. Mendedahkan segala-galanya. Hilang rasa malu sanggup upload gambar begitu. Tak cukup dengan itu, aku sebak dan sedih bila aku check pula account lelaki lelaki yang komen ‘memuji’ kecantikan perempuan-perempuan tu, Allah, sedihnya, dah berkeluarga, ada anak kecil! Ada isteri! Tapi komen begitu di gambar wanita lain? Kalau isteri mereka tahu, betapa sedihnya mereka.
Tak kisahlah, bertudung ke, free hair ke, berpurdah ke, aku mohon janganlah kau post gambar yang boleh menjatuhkan fitnah pada kau. Janganlah post gambar yang merangsang nafsu orang lain. Malulah sikit sayang. Awak tahu tak, even kalau pakai purdah pun, awak still lukis kening, eyeshadow, bulu mata lentik pekat hitam, contact lens berwarna, awak tahu tak ramai lelaki berusaha dengan imaginasi mereka membayangkan kecantikan awak? Sedangkan tujuan asal berpurdah tu untuk menjaga wajah suci kamu daripada menjadi bahan orang lelaki berimaginasi. Free hair lagilah macam macam diorang boleh bayang. Kau nak marah lelaki sebab bayang yang bukan-bukan? Sayang, lelaki memang nafsunya pada perempuan. Kau nak expect apa memang diberi ability hebat berimaginasi kalau nampak perempuan. Kau nak kata “Siapa suruh gatal search account macamtu” ? Macam mana kalau the first time they see that kind of pictures sama macam aku first time tengok gambar-gambar tu? Maksudnya, keluar dekat search. KAu rasa diorang takkan tengok ke? Paling ciput pun kalau tak dia view besar2 gambar tu, dia dah tertengok weh.
Betapa menakutkannya dunia kita. Bila aku tengok semua tu, aku jadi takut, terbayang susahnya nanti nak jaga anak anak, baik lelaki atau perempuan. Susahnya nak jaga diorang daripada terpengaruh dengan semua benda negatif di media sosial. Aku jugak takut kalau-kalau suami aku terpengaruh melihat gambar wanita-wanita seperti yang di atas, memuji kecantikan orang lain, pedihnya rasa. Nauzubillah.
Wahai perempuan modern, terimalah teguran orang sekiranya mereka menegur kamu. Sebelum kamu marah-marah orang tegur kamu directly or indirectly, ingatlah, boleh jadi yang menegur kamu tu orang yang Allah hantar sebagai pengantara. Belajarlah untuk menerima teguran walaupun terpaksa. Ini semua demi kebaikan kamu. Allah tidak akan melarang sesuatu tanpa sebab, Allah kata jaga aurat, jadi jagalah. Kasihanilah bapamu wahai perempuan modern, kasihanilah adik beradik lelakimu wahai perempuan modern. Dosa kamu ditanggung mereka selagi kamu tidak kahwin, takkan nak tunggu kahwin je baru nak pakai elok-elok? Sayang suami je? Ayah kamu yang jaga kamu sejak kecil tak sayang?
Wahai perempuan modern, tak salah hendak berfesyen. Tapi biarlah kena dengan status kamu sebagai seorang muslimah. Tak salah nak berfesyen, cuma jangan sampai jatuh tahap tabarruj. Melawalah secara bersederhana. Kemas, cantik. Kalau ya suka post selfie di instagram, nasihat aku, remove followers lelaki, tinggalkan dan benarkan perempuan saja yang follow, privatekan account kamu.
Akhir kata, maafkan aku andai ada yang terluka dengan kata-kata aku di atas. Aku juga seorang perempuan yang masih dalam proses memperbaiki diri. Moga kita dijauhkan daripada fitnah dunia.
– Yang masih memperbaiki diri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit