Aku Juga Sakit

Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku tidak pandai susun ayat tapi harap korg fhm. Maaf jg sekiranya entri ini amat panjang. Aku ain. Berumur 31 tahun. Sejak beberapa hari ni aku asyik terbaca mengenai ketagihan porno dikalangan wanita. Aku juga tidak terkecuali.

Aku masih ingat.Masa kecik2 dlu , cousin2 aku suka bercerita cerita lucah. Walaupun aku rasa geli tp aku suka. Umur aku 6 tahun, aku da start ‘ pleasing’ myself. Aku rasa seronok. Aku tak tau benda tu salah. Aku buat je sbb rasa seronok.

Naik tingkatan 4, aku mula diperkenalkan dengan vid lucah. Kwn2 aku ada hp canggih,so boleh tgk video. Kitaorg tgk bramai2. Semua geli, tapi still tengok. Kalau la masa dpt diputar balik, aku harap aku x tgk vid tu. :(

Naik tingkatan 5, aku da mula berubah sikit. Aku mula kejar tuhan. Aku jaga hbgn dgn tuhan. Mgkn juga sbb nak spm, so aku bersihkan diri aku dr aktiviti2 x sihat tu. Aku still mas*** tp kurg dr sebelumnya. Aku tak boleh tinggal terus aktiviti tak sihat tu tapi aku boleh kawal. Aku syg gila diri aku waktu tu.

Naik ting6, aku start bercinta dgn Nazri. Bila tgk semua kwn ada psgn msg2 aku jd cemburu, aku jg ingin merasa untuk dicinta dan disayang. Bodohnya aku. Rasa ingin mencuba makin kuat. Ya Allah, kalau la dpt ku putar waktu akan ku tutup hatiku utk bcinta biar fokus mengejar cita2. Aku mula belajar berpegangan tangan, kiss pipi, salam tangan (lagak seperti isteri yg salam suami pergi kerja, padahal time tu masih sekolah. Belanja pun mak ayah tanggung). Bodohnya kalau ingat balik. Bodoh yg amat.

Habis je ting6, Aku dapat tawaran bljr jauh d utara, dan dia jauh nun di barat. Kitaorg jarang jumpa cuma berhubung melalui telefon dan fb saja masa tu. Bila jarang jumpa, rindu itu semakin menebal. Kitorg sampai berani check in hotel untuk melepaskn nafsu smata2, sampai tahap aku sanggup serahkan dara aku dgn dia. Tp sebab proses tu sangat menyakitkan dan buat aku jadi trauma. Aku tak nak buat benda tu so cukup main ringan2 sampai rasa puas. Jahatnya aku. Ya Allah ampunkan aku.

Bila kau rasa dia la satu2 nya, dan kau rasa dia la jodoh mu, kau sanggup serahkan apa saja utk dia. Begitulah aku, aku serahkan segalanya kecuali dara aku . Tp ntahlah aku pn x pasti aku masih ada dara atau tidak. Ya Allah kotornya aku. Bila hubungan penuh dengan maksiat, mmg tiada la rasa bahagianya asyik nak gaduh je. Ada saja tidak kena.

Aku ada sorg kwn lelaki, kitorg satu u. Aku panggil dia Zul. Dia tidak hensem tapi wataknya akan buat sesiapa pn akan jatuh cinta. Diam2 dia menaruh hati dgn aku sedangkan dia jg punya gf namanya Siti merangkap kwn baik aku yg jauh di selatan sana. Hubungan mereka pun seperti hubungan cintaku yg jarak jauh .Mgkn sbb hubungan jarak jauh, dia rasa sunyi, aku pun rasa sunyi kitorg terjatuh dlm lembah maksiat. Hu. Mcm2 aku buat dgn kwn aku lagak seperti kami pula yg berpasangan. Aku khianati Siti. Jahatnya aku. Aku dikaburi oleh nikmat maksiat sampai sanggup khianati kepercayaan Nazri dan Siti.

Aku rasa bersalah yg amat sehingga Aku ambil keputusan minta putus dgn nazri. Mcm2 alasan putus aku bagi, aku buat seperti dia yg salah sedangkan hakikatnya aku yang setan. Nazri tak nak putus, dia bagi aku masa untuk hbgn kami.akibat sllu bergaduh tanpa sedar nazri terjatuh hati dgn ssorg yg sgt baik budi pekertinya namanya maya, mereka satu u. Nazri bagitau maya yg aku dgn dia da putus, so maya dtg sbg pengubat hati nazri.

Akhirnya aku dapat kerja. Hbgn aku dgn nazri sama seperti dulu still hbgn jarak jauh . Tp aku xtau yg dia jg ada hbgn dgn maya. Bila kau sllu dgn maksiat, kau susah nak lari daripadanya. Aku tak boleh lupakan zul. Aku rindu the way dia ‘pleasing’ aku. Setannya aku. Aku jatuh lagi ke lembah maksiat. Aku buat bkali2 dgn zul. Jahatnya aku. Berkali2 aku khianati siti dan nazri. Setiap hari aku doa supaya aku jadi perempuan yg baik tp stiap kali tu la aku khianati mereka. Sampai la satu hari, aku dpt tau hbgn maya dgn nazri. Sakitnya tuhan saja tahu.. Sakit yg amat.

Begitu barangkali rasanya heart broken. Mcm2 aku ckp kat nazri, sedangkan hakikatnya aku lah setan. Kalau lah nazri tau apa aku buat selama ini,mungkin aku ditanam hidup2 olehnya. Akhirnya aku sedar bahawa Aku tak layak utk nazri. Aku kotor. Dia layak utk maya. Maya gadis yg baik. Sgt baik bagi aku. Aku tidak layak utk siapa2.

Lepas dari itu , Aku cuba cari tuhan. Aku cuba sedaya upaya baiki diri aku. Aku cuba taubat berulang kali tp aku sering tersungkur. Payahnya utk tundukkan nafsu durjana ini. Payah yg amat. Aku addict tgk vid porno. Aku addict mast***. Kdg2 aku cari zul. Kdg2 Aku cari nazri samata2 utk lepaskan nafsu aku. Ya tuhan. Payahnya utk aku lari daripada aktiviti2 tdk sihat ini. Aku hanya bertahan selama tiga hari saja slps itu aku akan tewas. Aku kembali buat bnda tdk senonoh dan sehingga kini aku masih mencuba untuk bangun.

Bila terbaca confession mereka, aku yakin Allah msh syg aku. Allah gerakkan hati aku untuk baca confession mereka. Tapi bagi aku confession yang lain masih pada tahap ok berbanding aku. Apa yg mereka buat cuma melibatkan diri mereka sendiri tp tidak aku. Aku melibatkan ramai pihak. Aku buat maksiat. Hancurkan kepercayaan shbt2 aku. Jahatnya aku Ya Allah. Aku tdk minta utk dipertemukan jodoh di dunia ini sebab aku kotor. Aku jijik. Tiada siapa yang akan mau gadis seperti ini. Aku redha cuma aku harap Allah terima taubat aku. Doakan aku.

Banyak gila kesan ketagihan porn dan mast*** ni. Aku sorg gadis periang. Bila diluar aku happy tp bila balik rumah aku kemurungan. Aku jadi suka bersendiri. Aku jadi benci bergaul dgn org dan banyak lagi. Aku harap korg usaha la elak. Jgn sesekali mencuba.Jaga kesucian sorg wanita. Kdg2 aku jealous tgk kwn2 sekerja aku yang hatinya msh tidak terusik. Mereka tdk pernah bercinta .Sucinya mereka. Untung siapa yg dapat mereka.

Yaa. Aku layak dikecam supaya aku sedar diri. Aku layak dikecam sbb aku la salah satu punca merendahkan martabat perempuan. Maafkan aku kaumku. Aku berdoa semoga Allah pelihara kesucian kaum2 ku yg lain. Semoga Allah angkat darjat kaum2 ku yang lain. Sekali lagi Aku minta maaf. Aku sakit! :(

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *