Assalamualaikum & Salam Sejahtera, saya tertarik dgn artikel penulis ‘Jangan Mengalah Wahai Si Pendosa’, link nya saya sertakan di sini, https://iiumc.com/jangan-
Sejujurnya, saya juga seperti confessor di atas, kisah kami hampir sama. Saya amat memahami setiap bait kata dan situasi kisah confessor tersebut.
Betul, kami penzina ni sendiri pun tak faham dan seolah-olah tak sedar yang kami semakin hanyut dalam dosa dek kerana cinta.
Beza nya saya, saya bukanlah seorang yang alim, pengetahuan agama saya jugak kalau ikutkan agak cetek.
Yang semakin memburukkan lagi keadaan, pasangan zina saya, cukuplah saya bagi nama K ini bukanlah seorang yang bergama Islam. K adalah seorang yang berbangsa India dan beragama hindu.
Perkenalan saya dan K bermula secara atas talian. Pada awalnya, K memang saya boleh katakan seorang yang baik pertuturan dan budi bahasanya. Tak seperti lelaki-lelaki lain yang saya pernah kenal terutamanya di atas talian.
Itu yang buat kan saya tertarik dengan K, dan saya yakin saya boleh bimbing dia menjadi Muslim yang baik jika kami berjodoh kelak.
Genap kurang lebih sebulan kami berkenalan, kami pun berjumpa buat pertama kalinya. Memandangkan K pun menetap di satu negeri dan daerah yang sama dengan saya, jadi tiada masalah untuk kami selalu berjumpa.
Sehingga ke hari ini, lebih kurang 1-2 kali juga kami berjumpa dalam seminggu.
Pada awalnya, K sangat memahami memandangkan saya seorang muslim, ada batas-batas yang perlu dijaga dan beliau menghormati saya.
Lama-kelamaan, beliau meminta untuk berpegangan tangan dan seterusnya saya tak perlu ceritakan lagi, macam-macam perkara haram dah kami lakukan.
Jujur saya katakan, sepanjang saya melakukan maksiat, saya lupa dosa dan haram, saya cintakan K dan dia juga sampai ke hari ini sangat mencintai saya dan berjanji akan melakukan apa sahaja untuk jadikan saya isteri.
Saya buntu, berapa lama lagi saya perlu terus berada di dalam hubungan haram ini, saya tiada jalan keluar lain melainkan dengan hanya berdoa.
Memandangkan kami berlainan agama dan kefahaman, saya faham dan sering berharap kalau hubungan kami berakhir begitu sahaja secara baik.
Tapi, dalam masa yang sama, saya sayangkan dia dan mahu membina hidup bersama K secara sah dan begitu juga yang selalu diharapkan K.
Di saat saya menulis artikel ini juga, saya masih lagi aktif berhubungan dengan K,
Dan saya tanpa henti berdoa setiap kali solat supaya Allah SWT kuatkan iman saya dan buka kan pintu hati K serta beri dia hidayah untuk memeluk Islam tulus bukan hanya kerana saya, tetapi atas kerelaan hati nya sendiri.
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit