Salam semua, harap-harap confession ni keluar lah sebab aku nak tahu pendapat warga netizen.
Nama aku Endospore, seorang isteri dan ibu anak satu dan baru 3 tahun berkahwin. Biasalah orang kata 5 tahun pertama akan diuji dengan pelbagai masalah.
Ceritanya sejak aku lahirkan anak pertama, aku dan suami sangat kerap bergaduh sampai kami dalam proses bercerai sekarang.
Suami sejenis cepat baran, suka maki guna kata-kata kasar pada semua orang. Mungkin disebabkan dia anak sulung dan tak ada ayah di usia muda buatkan dia jadi baran.
Aku cuba faham kenapa suami aku baran sebab dia pun dibesarkan dalam family yang berkata kasar, tak ada kasih sayang. Lagi-lagi semua adik-beradik suami lelaki, so suami tak tahu macam mana nak berlembut dengan isteri.
Aku pula dibesarkan dalam family yang mak ayah selalu silent treatment each other dan selalunya bergaduh sebab duit. So nak dijadikan cerita, aku dan suami sekarang amat kerap bergaduh pasal duit.
Walaupun gaji suami agak besar dalam RM8k dan dia mampu je bagi basic nafkah dan ada lebihan wang gaji dalam RM2-3k, dia still nak aku tolong dia untuk topup apa-apa yang tak cukup.
For your info sebelum aku kena kecam, gaji aku dalam RM3.5k dan semua keinginan aku macam beli baju ke, shopping ke, makan sedap-sedap ke, semua pakai duit sendiri.
Kalau aku teringin makan sedap, duit gaji aku lah aku belanja husband makan, pergi tempat best-best… senang kata gaji aku untuk kehendak kami.
Suami tak beri duit belanja ya tapi tak apa sebab bagi aku suami dah bagi basic nafkah macam tempat tinggal, barang basah semua, so aku tak nak guna duit dia untuk beli keinginan aku.
Dia kekadang gaji lambat, so bila gaji lambat dalam seminggu macam tu, dia dah mula stress, start datang baran dia.
Kalau gaduh, dia selalu kata dia kahwin dengan aku tak pernah senang sebab habis duit dia bela aku, gaji reset every month, tak boleh saving.
Aku kadang-kadang tertanya dengan balance gaji ada RM2-3k kalau tolak komitmen, kenapa dia kata duit dia habis bela aku?
Aku dah suruh downgrade hidup kalau dia rasa terbeban bela aku. Maknanya cari rumah sewa yang murah sikit, barang basah tak payah mahal-mahal, aku makan ayam hari-hari atau telur ikan bilis pun dah cukup untuk hidup tapi dia tak nak.
Dia kata buat apa nak duduk rumah murah, tak selesa. Buat apa nak makan ayam, ikan bilis, telur, tak cukup khasiat.
So aku iyakan ajalah kalau dia tak nak downgrade tapi aku marah sebab dia yang tak nak downgrade lepas tu salahkan aku duit dia habis bela aku.
Aku tak kisah dia nak bagi makan apa, aku makan je lah… duduk kat tempat yang murah sikit asalkan selesa dan selamat dah lah, bukan kondo yang kami duduk sekarang.
Dia still dengan point dia, dia nak aku hulur at least RM300-400 kat dia untuk tolong dia.
Aku bukan tak pernah tolong, selalu aku bayar bil elektrik dengan bil air. Netflix aku bayar dan kehendak yang lain. So dia boleh ke paksa aku tolong dia padahal dia ada je duit, just dia stress kalau gaji lambat, duit cukup-cukup…
Itu pasal duit, ini pasal sikap. Bila bergaduh, suami selalu maki-maki panggil jalang lah, tak layak hantaran lah (dia tak bagi hantaran ye waktu kahwin, aku pun ok sebab sayang waktu tu) dan menyumpah aku kata kenapa aku tak mati waktu beranak hari tu. Sedih aku.
Selain dimaki, suami berkasar dengan aku masa aku baru lepas beranak 3 hari gara-gara anak kena masuk wad sebab kuning. Suami dah stress takut wad mahal padahal hospital Putrajaya je. Aku stress suami masih fikir duit over anak, so kami bergaduh lah sampai bergusti, pukul semua.
Sama waktu sarat mengandung, suami stress pasal duit sebab due dah nak dekat. Aku stress sebab dia dah berjanji nak bayar confinement lady dan bayar bil hospital Putrajaya, last-last dia kata duit dia tak cukup.
Bila aku pertikaikan mana duit, dia marah-marah kata habis sebab bela aku. Aku ke yang bersalah sekarang?
Suami aku ni ada baiknya sebab selalu tolong family aku, lagi-lagi adik-beradik aku.
Dan dia memang lack of emotional intelligence sebab dia dibesarkan dalam family yang kasar dan kurang kasih sayang, so bila kahwin dia tak reti layan aku baik-baik. Dia punya baran tu pun sebab dibesarkan dalam mak ayah yang baran.
Aku cuba faham dia punya childhood trauma dan nak tolong dia handle anger issue tapi hati aku yang sakit.
Aku tak kisah dimaki semua sebelum aku beranak tapi ayat dia suruh aku mati masa beranak dan berkasar dengan aku waktu aku baru lahirkan anak dia buat aku trauma dan sedih.
Aku sayang suami aku dan aku faham kenapa dia jadi macam tu tapi hati aku dah sakit dan hampir jadi mental.
Bagi aku, suami tak ada belah ihsan dan tak pernah ada mindset nak senangkan bini sebab dia selalu kata memang perempuan kahwin nak senang je ke? Ibarat aku tak pernah tolong dia apa-apa pun.
Susah lah emosi tak jaga, lepas tu beriya suruh tolong hulur sikit gaji untuk hal rumah.
Bagi suami aku, aku tak ada mindset nak susah senang dengan suami, tak nak tolong bantu finance keluarga.
Aku ke yang salah?
– Miss endospore (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kenapa ya dunia ni macam ni? Perempuan ok, laki pulak macam jahanam, bila laki baik tak berkira, perempuan pulak mulut puaka tak puas hati itu ini. Kenapa yang jahat tak ditakdirkan dengan yang jahat dan baik2 jumpa orang baik2. Adakah ini ujian kehidupan untuk kita manusia. Banyak lelaki akan appreciate perempuan macam awak, tapi lelaki tu semua end up dengan perempuan yang tak reti bersyukur. Adakah kita semua perlu bercerai berai sampai jumpa pasangan hidup yang menghargai kita? Persoalan ni sangat membelenggu sebab sebab sebelum kita sedar, kita dah ada anak dengan orang yang salah.