Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-kakak-dari-neraka/).
Hai semua. Aku Kentang yang confess pasal adik aku hari itu. Confession aku kakak dari neraka. Aku just nak cakap terima kasih dekat semua netizen yang komen.
Banyak cadangan yang bernas yang aku baca dan even ramai yang kecam aku, aku terima dengan hati terbuka as all of you knock some sense into me. Thank you semua, I really appreciate that.
Sebenarnya confession tu aku tulis masa aku betul-betul tengah marah. Aku penat masa tu and tak fikir langsung apa-apa, aku just luahkan semua benda dalam kepala aku, memang tu betul-betul raw emotion aku masa tu.
Masa tu bukan salah adik aku pun tapi aku triggered sebab aku tengah penat tapi dia tak tolong aku. Aku tak tahu kenapa masa tu aku tak suruh je dia. Memang salah akulah pendam sendiri lepas tu sendiri stress.
Sekarang aku dah bertenang, muhasabah diri aku sikit and barulah tulis confession ni. Masa aku post tu aku ingat tak tersiar pun. Dah tersiar aku terus gelabah sebab aku tak pernah confess. Sampai aku DM admin mintak delete.
Aku sayang adik aku si carrot tu sangat. Masa dia nak tumpang rumah aku, jujur aku happy je dan aku kalau boleh memang tak nak berkira dengan dia.
Apa aku masak aku tak kisah pun dia makan sekali. Beli lauk sekali semua makan sama-sama, jujur mulanya aku ikhlas. Aku tak kisah langsung setakat sabun, ubat gigi, semua apa la sangat adik aku pakai. Aku malas nak mintak apa-apa kat dia.
Biasa la mula-mula dia cakap nak duduk sekejap tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa rumah sewa dia. Aku tak mintak duit sebab even dia duduk dengan aku, bila dia belikan apa-apa ke atau keluar makan sama ke, dia tetap la suruh aku bayar. Tong tong katakan.
Terus la aku dah tak sanggup nak mintak duit kat dia. Makan sama pun dia tong tong, apatah lagi nak bayar duit saja-saja kat aku.
Dalam komen ramai suruh aku cakap apa aku rasa dekat adik aku. Aku tahu masalah boleh selesai dengan cakap je tapi itulah masalah aku yang sebenar. Aku tak suka cakap or mintak lagi-lagi pasal duit. Aku pun tak faham apa masalah aku.
Even dulu orang hutang dengan aku pun aku tak mintak, even aku ingat je and it’s bothered me so much tapi aku tak mintak. Aku pernah halalkan je hutang tu dan lepas tu aku memang tak bagi orang pinjam duit dah sebab aku takut aku tak mintak balik. Sedih kan.
Macam tu la jugak kes dengan adik aku. Lagi-lagi bila dia berkira macam tu dengan aku lagi la aku tak lalu nak mintak duit dia. Bodoh kan aku.
Aku jenis tak suka ulang benda banyak kali sebab aku cepat naik angin. Aku tak suka benda aku kena mengemis. Tak suka mengemis orang tolong. Memang aku harap dia faham sendiri sebab dah besar kan. Kenapa aku kena banyak kali cakap.
Aku pula jenis sekali cakap, bila aku hangin aku hambur habis orang makan hati berpuluh tahun. Sebab tu la aku diam sebab aku sayang adik aku. Betul la cakap netizen sama-sama bodoh.
Jadinya confession hari itu memang la luahan dan rungutan aku bercampur dengan masalah-masalah lain dalam hidup aku, tapi tulah adik aku jadi mangsa amarah aku. Sumpah aku tak pernah jeles dia gaji banyak ke apa.
Aku happy dan kadang-kadang dia suka belanja anak-anak aku toys semua. Banyak masa aku happy dia ada kat rumah aku main dengan anak aku. Cuma kalau dia lebih ada common sense pasal duit lagi bagus la.
Jadi sekarang si carrot memang sebut nak cari rumah sewa. Tapi tulah dah lama carinya, jadi aku nekad nak ikut cakap korang untuk take action. Aku memang tak boleh duduk sekali dengan dia demi kesejahteraan hubungan kitorang jugak.
Aku sayang sangat si carrot ni. Aku akan cakap kat dia next year aku nak anak aku duduk bilik sendiri. So dia kena pindah dah la. Tu je la aku nak cerita kali ni. Terima kasih netizen atas semua nasihat korang.
– Kentang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit