Aku Kakak Tak Baik?

Assalamualaikum. Terima kasih kepada iium confession jika confession aku di publishkan. Firstly, aku seorg kakak kepada beberapa orang adik. Kira aku galas tanggungjawab sebagai kakak selepas ibu terpaksa menolong ayah berniaga. Balik dari sekolah aku yang jaga mereka dr kecik. Segala urusan rumah seperti jemur maju, iron baju sekolah adik2, memasak (bila mak aku tak sempat masak) aku dah mula seawal umur aku 13 tahun.

Ni intro la. Sekarang aku pun dh nak menamatkan pelajaran aku di sebuah universiti awam di malaysia. Sekarang aku baru tersedar, bila mana adik aku yang bongsu perangai lain dari kami. Aku dengan adik2 aku yang lain boleh mengusik, menyakat yang kadang teruk tapi kami tak pernah simpan dalam hati. Aku tahu sbb aku pun mcm tu, sesiapa usik aku, kdg marah tu kejap then im ok after that.

So adik aku yg kecil skali ni terlalu agresif dan sensitif. Agresif disini bermaksud tak boleh diusik. Dan bila aku cakap apa2, dia akan simpan dan akan ingat smpai bila2. And one day, aku nampak kawan dia marah dia kat social media, mencarut, i cant stand with someone yg mencarut sbb mak aku tak bg kiteorg mencarut, cakap siot pun mak anggap tu mencarut and aku dikelilingi sahabat yang bahasanya terjaga (kiteorg peragai gila2 cuma tak mencarutlah). So bila member adik aku mencarut aku minta adik aku jangan layan. Sbb aku tak nak dia ter influence. Aku tanya dia kenapa jd mcm ni? Dia kata nak tahu sebab apa, sebab aku.

Aku terpaku, aku terpana dan aku mula imbas kembali apa salah aku. Bila aku ingat,

1. Aku tak pernah memuji dieorg, kalau dieorg dapat 5A, aku akan kata 5A je? Bkn sbb aku nak dieorg down tp jdkan sebagai pembakar semangat. Aku pun dibesarkan dlm situasi begitu. Kami satu family takkan puji dpn2 tp sebenarnya jauh disudut hati, you still the best.

2. Aku selalu jgk la membebel kat rumah. Dah aku ganti tempat mak aku, adik aku yg kecik ni slalu la kena bebel sbb dia pling slow (kira bila minta tolong, dia buat kerja tu lmbt2) and aku bukan jenis seorg yang sabar.

3. Mybe aku tak memahami adik aku yang sorang ni. Sbb time dia kecik ayah dan mak aku baru nak start berniaga, and then aku dpt jaga time aku skolah je, time tu pun dia kecik lagi. bila aku start masuk U dieorg start membesar and nobody pay attention to him. *im cry*

Mungkin ada silap yang kdg2 aku terlepas pandang sebagai kakak. So kepada readers, ada tak cara bagaimana nak jadi kakak yang baik? Yang memahami adik2? Aku tak nak adik aku terhayut dalam dunia yang penuh kejahilan ni. Cukup la aku terumbang ambing dalam dunia remajaku dahulu. Aku tahu yang adik aku, jika tak dijaga dia akan terinfluence dengan dunia remaja yang penuh fantasi.

What should i do? Kalau semua yang aku ckp tu mmg salah aku, apa yang patut aku buat supaya kesalahan itu tidak berulang. I need your help…

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *