Aku Kasar, So?

Assalamualaikum..

I love to write. Thank you iium confession for giving the platform untuk orang macam aku lempar kebosanan. Baiklah seperti tajuk di awalan cerita, aku kasar. So what? Aku lahir ke dunia yang indah ini sebagai seorang perempuan. Lahir sebagai anak kedua dari empat orang adik beradik. Yang sulung, abang aku. Lelaki. Haha. Diikuti aku, perempuan sejak azali. Kemudian adik aku yang lelaki dan yang bongsu perempuan. Kiranya, adik-beradik aku selang bunga lah. Disebabkan aku diapit oleh dua orang lelaki sebelum kemunculan adik bongsu aku yang perempuan. Aku ni boleh dikategori sebagai kasar.

Aku prefer seluar dari kain. Aku dah banyak kali kena tegur dengan makcik sedara aku semua bertapa kasarnya aku. Ada yang kata perangai aku ni macam lelaki. Ada yang kata cara aku jalan kasar sangat. Yerlah, nak compare dengan sepupu aku yang lain, sopan, ayu masha Allah. Haha. Tapi family aku relax je dengan aku. Sejak dari kecik mak aku dah ada misi nak perempuan kan aku. Semua baju dia pilih warna pink. Homegey!! Even kasut dia belikan warna pink. Ada sekali tu dia belikan aku blouse orang tua haha sebab warna dia gelap, bunga besar yang amat. Memang style orang tua habis. Dia minta aku pakai. Aku of course tolak mentah-mentah, tapi biasalah mak-mak modal merajuk tu yang buat aku berusia 12 tahun pakai blouse mak cik umur 40 tahun. Redha je nak!! Selain itu, mak aku ajar aku perihal pengurusan rumahtangga. Kemas rumah. Masak. Sidai kain. Basuh kereta. Basuh kasut. Buang tahi kucing. Even aku kasar, umur aku 12 tahun aku dah boleh masak yang power-power. Kasar aku pun, dapur aku berasapp dengan jayanya.

Misi mak aku untuk perempuan kan aku berakhir sejak aku masuk matrik. Aku dah boleh buat keputusan sendiri. Tapi kat matrik kan pakai baju kurung all the time jadi nampak perempuan sikit lah. Masa masuk university, slack lelaki, tshirt and jeans jadi pakaian seharian aku selama 4 tahun. Kalau time ada presentation, aku pakai baju kurung semua kata aku ayu. Haha. Well, kalau dah kacak macam aku pakai apa pun tetap kacak. Sejak kecik aku suka kebas baju abang aku. Bila dia balik universiti dia, aku senyap2 masuk bilik dia kebas seluar jeans/slack tshirt dia semua. Haha. Yerlah dah masa tu baju aku semua pink mana macho weh.

Masa umur nak meningkat remaja dan tak matang lagi. Aku selalu rasa tuhan salah ciptakan aku. Aku tak suka body curve perempuan. Aku teringin nak body lelaki. Alhamdullilah, even aku masih kasar sehingga sekarang. Aku dah boleh terima yang aku ni perempuan. Haha. Selalu kalau lepak dengan kawan kelas aku selalu tersalah puak. Aku lepak dengan kaum lelaki. Ada sekali tu masa hari raya, satu kelas pergi ziarah rumah kawan lain. Time nak balik, aku relax je blah keluar rumah dengan kawan lelaki yang lain. Yang kawan perempuan aku semua beratur nak salam mak kawan aku. Kawan adam tegur la ” yang kau ikut kitaorg kenapa? Kau perempuan pergilah salam mak dia!” Auch! Haha malu yang amat.

Ada je kawan sekolah aku dulu, selalu kata aku hensem. Aku bertudung by the way. Jadi bila orang kata gitu, aku faham la macam mana perempuan boleh tersongsang arah meyukai perempuan lain. Alhamdullilah aku hanya kasar, aku masih suka lelaki. Haha. In term of apperance, aku akan try hard untuk tampil macho dan bergaya. Bagi aku jeans tu dah cukup untuk buat kita nampak hensem. Kalau shopping, department yang aku akan serbu ialah tempat lelaki. Kasut. Baju. Seluar. Semua aku cari kat tempat lelaki. Ada sekali aku nak beli kasut aku serbu tempat kasut lelaki. Tengah aku usha, aku kata kat promoter kat situ aku nak saiz sekian untuk kasut ni. Dia kata, “Miss ni kasut lelaki.” Haha. Aku hanya mampu gelak dan terus gelak. Apa salah aku! Haha. Akhirnya, aku beli jugak kasut tu even kena pandang dengan promoter tersebut. So what?

Aku pernah try untuk berubah. Yerlah, try pakai make up. Try pakai baju cantik-cantik. Jadi aku rembat barang adik perempuan aku. Haha. Tapi, aku tak berubah mana pun. Still wanita kacak berseluar jeans. Dan aku tak de plan nak berubah ke skirt mahupun heels sebab aku selesa dengan diri aku. Untuk bakal jodoh aku, terimalah aku seadanya. Aku tak akan berubah demi untuk menjadi yang terbaik di mata orang lain. Be yourself. Sayangi diri anda dulu, then consider to love others. Sebab apa yang aku nampak sekarang, manusia lebih mencari kasih sayang dari orang lain lupa diri sendiri yang kurang disayangi. Anda kasar! Anda tak cantik! Keep on living. Sebab anda adalah dah cukup perfect di mata saya. Haha. Adioss

– WanitaKacakBerseluarJeans

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *