Aku, Kau & SPM

Tahun 2012 tahun paling menduga jugalah bagi aku. Keputusan SPM (2011) aku cuma 5A 4B 1C. Kalau ikut logik, ok la ni sebab semua lulus tapi sebab aku ni dari Kedah bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh yang ‘power’, ini keputusan yang sampah. Tahun itu, aku buat mak aku menangis dan abah aku kurang percayakan aku lagi untuk benarkan aku bergerak jauh.

Tahun 2012 juga aku mulakan pengajian program asas di universiti swasta. Keputusan sampah, memandai daftar masuk IPTS. Aku berhutang yuran dengan universiti ketika itu, ikat perut, terlepas memohon PTPTN sampailah dapat pinjaman pendidikan MARA masa tahun pertama ‘degree’ (2013).

Jurusan aku masa tu, kasarnya, adalah jurusan anak tiri. Pelajar-pelajar yang gagal dalam subjek-subjek kejuruteraan, ditolak ke jurusan aku atau ICT. Ada kawan abah aku kata, rugilah masuk universiti tersebut tapi tak ambil kejuruteraan. Dah SPM aku ke laut, padan muka akulah.

Sebab keputusan SPM aku yang tak memuaskan tu, abah aku macam tak selesa setiap kali aku berhajat nak buat apa-apa di luar Kedah. Nak pi latihan industri kat KL, dia khuatir aku gagal macam SPM dulu. Buat kerja sambilan mengajar bebudak sekolah ‘coding’, dia khuatir tak berhasil sangat. Ini semua gara-gara letak aku di asrama tapi aku gagal berikan yang terbaik.

Kau tak payahlah nak sembang macam tak kisah langsung pasal SPM dan memerli masyarakat. Dulu, kau pun lalui benda tu. Kau pun ada harapan terhadap ia. Hari ini, kau sindir kebergantungan orang lain terhadap ia sebab kau dah boleh bakar slip peperiksaan tu.

SPM penting. Kalau tak penting sebagai kunci pintu masa depan, ia indikator seberapa ok kau dengan pendidikan menengah atas. Jelaslah pengetahuan sains aku masa tu di skala B (Kimia C). Kalau ambil medik sekarang, mungkin aku dah terbunuh ramai pesakit.

Macam aku pernah cakap, gunakan keputusan SPM yang baik untuk akses peluang yang ada dan ambil pengajaran dari keputusan yang tidak cemerlang untuk hadapi hidup pada level lain.

Ok?

– BatBot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit