Wahai Admin..
Kalau korang hensem/lawa, approvekanlah confession aku ni eh!
~|| Wawa: okay thanks memang wa ensem pun :* ||~
Nama aku Safa. Aku sebenarnya dah lama pendamkan cerita ni sorang-sorang sebab mak ayah aku/abang aku/sahabat aku semua dah tak nak dengar cerita yang sama keluar dari mulut aku. Dorang dah muak.
Dulu..
Aku ada seorang kawan baik yang aku kenal dari Matrik. Dia memang baik. Lepas matrik, memasing sambung belajar ke universiti yang berlainan. Semenjak tu, aku lost contact dengan dia sampai la aku jumpa dia balik di facebook.
Tahun lepas..
Aku kena berhenti kerja sebab company aku kena pindah ke Pulau Pinang. Aku pon iklankan & mintak tolong member-member kat facebook kot-kot la ada vacancy. Tiba-tiba dia mesej aku guna fb. Dia kata company dia nak guna orang. Aku terima tawaran tu memandangkan company dia company besar & kukuh. Mula-mula kerja, seronok. Tak ada masalah sebab aku dah ada kawan yang aku kenal & tak susah nak menyesuaikan diri. Member aku tu pulak jenis yang banyak bercakap. So, aku tak rasa kekok.
Tapi lama-kelamaan..
Aku kurang selesa dengan sikap dia. Selama aku kenal dia, baru aku tahu yang MOTTO hidup dia adalah “Sharing Is Caring”. Semuanya nak share!! Terutamanya bab makanan.
Aku kalau pepagi, aku suka beli roti. Alaa.. roti cokelat yang RM0.80 tu. Tak pon roti ikan bilis yang plastik color oren tu. Aku selalu makan kat meja aku je. Baru nak suap ke mulut, dia dah datang bawa onar.
“Eiii.. Safa. Ko makan apa tu?? Nakkkkkk!!!”.
Nak tak nak, aku bagi dia. Dan yang paling sadis, dia koyakkan SEPARUH daripada roti aku. Separuh!!! Wehh.. sumpah! Aku lapar weh pepagi sebab aku bukan jenis yang makan malam. Bukan tu je. Lepas dia makan, dia boleh komplen.
“Isshhh.. tak sedap. Aku tak suka roti ni. Eiiii.. (Dia buat muka geli-geleman dia)
Aku ingat lagi. Masa tu, mak aku bekalkan aku cekodok pisang. (Alaa.. sesekali nak manja dengan mak. Ngeh.. Ngehh.). Mak aku bekalkan dalam 10 ketul cekodok. Aku baru makan satu. Tetiba minah ni datang pulak. Aku tak fikir apa-apa pon & makan macam biasa. Bila dia nampak aku makan cekodok, dia mula dah bukak sayap dia.
“Safaaa.. ko makan apa?? Fuiyooo.. makan cekodok seh! Weh, nak la gak rasa. Makan sorang-sorang je ko nih”.
Aku dengan baik hatinya, bagi la dia 2 ketul. Yang tak sedapnya, dia pegi ngajak satu office. Dah la dorang datang serbu cekodok sampai tinggal seketul. Aku masa tu rasa macam nak bangun lepas tu jerit, “Wehhhh.. Korang ingat senang ke nak rasa mak aku masak cekodok hah?? Setahun sekali je korang tau tak?!”.
Isshh.. Sakit hati kita! Belum habis lagi. Dia boleh cakap, “Lain kali, suruh la mak ko goreng lebih-lebih. Ni tak. Bawak untuk anak dia je”.
Korang rasa?? Aku dah rasa macam nak bagi dia makan kaki aku je. Sedih kot bila dia cakap macam tu. Dia ingat mak aku tu sapa??
Ada sekali tu, member aku bagi asam boi 2 ketul. Satu kecik, satu besar. Macam biasa. Dia dari jauh jerit nak! Korang teka dia amik yang mana 1? Kecik ke besar?? Korang fikir la sendiri. Aku dapat yang khas untuk buat taik gigi. Dia amik yang besar!! Stress aku. Aku punya la!
Lagi perangai dia ni, dia suka merasa makanan orang TANPA MEMINTA IZIN. Contoh, aku order kueh tiew goreng, dia akan amik sudu dan cedok masuk mulut dia tanpa cakap apa-apa. At least, mintak la izin cakap “Nak rasa sikit boleh?”. Tak kisah la sahabat sebantal ke apa ke, mintak izin dulu. Main cedok je. Tak kira orang. Pantang betul aku.
Aku ni jenis suka asingkan lauk (contoh: udang) ketepi sebab aku nak makan last-last. Konon-konon nak menikmati rasa udang tu. Tup-tup dia dengan slumber, tanpa cakap terus amik masuk mulut. Pehhh.. Aku cuma mampu pandang dia & geleng kepala je. Hati aku ni, Allah je tahu betapa merontanya hati aku nak maki dia.
Kejap. Belum habis. Dia suka perkataan ‘kongsi’. Macam aku cakap tadi. Motto hidup dia ‘Sharing Is Caring’. Dia selalu nak share. Contoh, dia nak minum air. Nanti dia akan cakap, “Fa, ko nak beli air ke? Kita kongsi nak? Nanti kalau aku beli nanti, membazir je. Aku bukan minum sangat pon”. Aku ni baik hati & setuju nak share. Tapi bila dah beli, dia minum tak ingat akhirat beb! Dia minum lebih daripada separuh! Aku ni minum macam sedut siput sedut je. Dia yang habiskan. Huwaaaa~
Aku bukan nak berkira pasal makan. Aku tak kisah tapi jangan selalu. Kena fikir & tengok keadaan sekeliling. Bila dah selalu, boleh menjengkelkan tau! Aku tak tau kenapa dia macam tu. Nak kata tak berduit, tak mungkin. Arkitek kot. Laki dia pon not bad. Keje bagus. Rumah besar. Kereta dua tiga biji.
Dia pernah tegur aku, “Elehh.. Ko ni dengan member pon nak berkira. Blaa.. Blaa.. Blaa.. (ceramah agama)”. Aku fikir, betul jugak cakap dia. Kalau kita share, rezeki kita akan bertambah. Tapi bagi aku, aku kena share sampai dah takde rasa ikhlas, aku berdosa tau. Aku tak suka perasaan macam ni.
Aku selalu mengadu kat family aku especially abang aku. Alih-alih, aku plak yang dia suruh diam. Jangan citer kat dia apa-apa. Dia malas nak dengar. Aku balik kena marah sebab lemah, lembab! Jenis tak reti say NO. Aku bukan tak boleh. Cuma aku tak nak malukan dia. Tapi dorang tak paham. Eii.. Aku tak puas hati dengan abang aku. Cakap orang lembab lak.
Banyak aku nak citer sebenarnya tapi kalau citer, sampai dah muncul tahun baru hijrah baru pon still tak abis-abis korang nak baca nanti. Aku doakan dia dapat hidayah-Nya.
Kalau korang takde idea nak bagi nasihat, takpe. Aku paham. Cuma aku nak korang tahu betapa deritanya aku di sini. :'(
Confession by,
Ng Koo Safa.
– Safa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit