Assalammualaikum semua yang mendengar segala isi hati ini, dan tulisan ini sekadar untuk aku berkongsi rasa dan meminta secebis pendapat.
Nama aku Nabila, umur aku 35 tahun, aku seorang suri rumah dan tidak mempunyai zuriat hampir 8 tahun. Dan tak pernah berpeluang untuk buat apa2 ujian kesuburan bersama suami aku.
Aku mengenali suami dalam jangka masa yang pendek kerana faktor mulut orang yang mengata “bila nak kawin, orang tunang kemudian dah kawin, kau tak kawin2”.. Waktu itu orang tak tahu aku dah putus tunang kerana dia curang.
Nak dijadikan cerita kenal suami aku baru sebulan, dia ajak kawin dan aku terima atas sebab keselamatan diri aku dari ex.. Kemudian mula janji2 manis seorang lelaki.
Sebelum aku kawin aku seorang wanita yang bekerja, rajin ot selalu.
Gaji aku tak besar mana pun, tapi gaji aku mampu bagi mak aku duit, boleh beli barang dapur, boleh bayar kete, boleh berjalan2 dengan kawan2, dengan adik beradik. Aku dari family yang sederhana je. Apa adanya.
Sejak aku ada kereta, aku boleh kemana je dengan mak dengan adik beradik aku, aku bebas berjalan dengan family ke sana ke sini. Walaupun kekadang duit tinggal 100 kita jalan cara duit 100.
Tapi nak di jadikan kisah, 8 tahun ni hidup aku berubah selepas kawin, aku tak pernah merasa dah bagi mak aku duit, asal balik kampung adik beradik je belanja makan, aku dah tak ada duit, aku nak belikan mak sehelai baju raya pun sedih tau. Tapi aku sabar.
8 tahun lalu, sebelum kawin janji nak bagi aku kerja, tapi tipu ya…
Aku pindah negeri ke pahang ikut suami dan janjikan duduk sendiri, tapi tipu juga ya… kerja tak dapat, duduk pulak rumah mentua.. bukan mak pak je, tapi ipar sekali ya… Tapi aku sabar.
Aku mula2 fikir sendiri, “haa kenapa ya, janji lain buat lain’, mula2 janji bagi kerja kemudian tak boleh pulak, janji duduk sendiri kemudian kene duduk dengan mentua pulak, dah tu dengan ipar lagi. Tapi aku sabar.
Mula laa dalam hati, redha.. tapi tahun demi tahun, dah 8 tahun ni, aku tertekan sangat.. balik kampung aku jarang ya, 3 bulan sekali 4 bulan sekali.. perjalanan 3 jam je tau, bukan 8 -12 jam.. bukan naik flight. Tapi aku sabar.
Suami aku buatkan aku rasa jauh dengan family, balik jarang. Dia boleh la hari hari, tengok muka mak pak dia, yela serumah. Kadang rasa dia buat aku macam anak yatim piatu. Macam aku tak ada keluarga.
Dan nak jadi kisah, aku ni duduk rumah mentua!! Duduk rumah free, api air free, beras dia tak pernah beli, tapi saving tak ada, duit sendiri tak ada, bila mak pak dia suap, seriously dia jadi pemalas.
Kerja seminggu 3-4 hari, gaji cukup2 makan sendiri je. Selama kawin aku tak pernah rasa dia berkorban apa2 untuk aku. Aku teringin nak anak, tapi duit untuk check kesuburan pun tak ada. Mana la aku ada duit nak dahulukan.
Dan aku terfikir, kenapa ya dia tak macam orang lain, impian nak berumah sendiri, kerja tetap… ekonomi teruk ya faham, kenapa dia tak kasi aku keje dan dia pun boleh kerja.. sebab aku fikir aku tak ada anak, tapi kenapa susahnya macam anak 10 orang.
8 tahun kawin, tak pernah sekali jalan berdua, honeymoon ke, sambut birthday ke, sambut anniversary ke.. semua tu tak pernah ya sepanjang 8 tahun kahwin.. tapi itu aku okay je.. walaupun hakikatnya sebelum kawin, mana2 aku nak pergi aku start ke kereta terus sampai destinasi.
Cuma bila duit tak ada, aku tak dapat balik kampung tu, aku sedih, family berkumpul tak pernah dapat join ya. Sedih sangat, dia macam tak faham family aku jenis berkumpul ramai-ramai, rajin berkumpul buat bbq.. family dia bukan macam tu..
Tapi patut ke dia sama kan situasi family aku dan dia.. Perlu ke dia layan aku dan family aku, ikut cara family dia yang jenis tak boleh gurau.. Nak serius sentiasa.. Aku jadi dqh jauh hati.. Aku ke salah sebab tak kenal dulu dia sebelum kawin..
Aku ke salah sebab tak faham dia susah? Aku ke salah kalau berkeras nak duduk rumah mak aku pulak? Sebab dia tak kerja pun, keje seminggu 3 4 hari je.. Dan aku nak pindah balik rumah keluarga aku, aku dah tak selesa duduk rumah mentua.
Itu belum lagi ipar bila serumah.. Kekadang orang tak faham aku, susah bila tak ada duitkan.. Kalau aku cita kenapa aku tak nak duduk sini. Ada ke orang nak dengar kisah aku ni..
Ehh tak payah la, cuma aku nak korang bagi pendapat je, kalau aku minta berpisah, adakah aku seorang yang pentingkan diri. Aku ke bersalah ?
– Nabila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salah sebab pilih suami tangkap muat.
Tak salah kalau nak pursue bahagia sendiri. Rumahtangga bukan milik suami sorg.
Teringat kata2 seorang pakar motivasi “wanita yg malang ialah wanita yg tersalah memilih suami”