Hi semua. Ye kembali kita dalam luahan masalah rumah tangga lagi. Aku Anggrik dan ini kisah aku.
Waktu aku menulis ni, aku baru sahaja hantar aduan sispaa buat kedua gagak sejoli. Haha..
Aku telah berkahwin dan ikut suami ke negeri yang tak dapat mengembangkan karier aku.
Kebanyakan pekerjaan yang aku pergi interview, ditolak atas dasar inginkan anak negeri dan mandarin speaker only. Maaf bukan aku ingin sebarkan racism. Tapi ini kisah aku kan.
Suami berjawatan tinggi dan bergaji lumayan. Sebab tu aku akur ikut dia. Beza umur kami 8 tahun. Aku sangka dia matang, haha, mungkin dulu aku silap menilai ya.
Macam yang aku kata, ini luahan masalah rumah tangga. Ya, rumah tangga kami tak normal. Suami dan aku seakan hanya berkongsi rumah, bilik dan bantal sahaja.
Orang luar sangkakan kami pasangan ter romantis sebab dulu aku rajin juga post detik bahagia kami. Masa berlalu begitu juga hati aku.
Mana yang tak normalnya? Aku masih dara. Puncanya apa? Sebab aku tak dapat lupa gambar suami yang tak sepatutnya aku tengok awal kahwin dulu. Bukan sekali bukan dua, tapi berulang.
Pelbagai kecaman aku dah pernah kena dari perempuan-perempuan yang bersama suami. Tak pandai jaga suami lah, bini derhaka lah. Aku diamkan dan aku selesai cara diam.
Ya, ramai juga yang paksa aku untuk berpisah. Aku dah pergi dah pun mahkamah. Suami tak nak ceraikan aku atas dasar ‘sayang’. Bersepah ya sayang dia tu.
Mahkamah juga tak batalkan nikah aku atas sebab suami tak memukul, masih beri nafkah dan tak berlaku kejam. Pendamai mahkamah juga tidak membantu.
Waktu kami bercerita, sibuk main hp, asyik tengok jam dan seakan malas melayan kami.
Fizikal aku sihat. Tapi mental dan emosi aku tak dijaga. Fasakh? Boleh. Tapi aku kena buka semua bukti yang ada ni depan mahkamah.
Benda ni yang aku paling berat nak tunjuk. Entah lah.. Aku berat nak buka aib ni. Tapi sebab kat sini tak ada siapa kenal aku kan. Sebab tu aku pilih bercerita di sini.
Perempuan-perempuan tu semua ada yang undur diri cara baik, ada yang maki aku balik tapi kali ni dia minta suami aku.
Bayangkan, aku call dia tanya banyak perkara yang suami tipu. Terbongkar semua dan dia cakap rela jadi isteri kedua dan suami pula cakap sanggup berlaku adil. Tak ada siapa tanya aku sanggup atau tak. Memang aku terus cakap aku tak sanggup. Amboi sangat diorang.
Walaupun masyarakat selalu dibelakang isteri pertama, tapi tak semua isteri pertama tu bahagia. Dia dipaksa untuk bahagia, sedangkan yang no 2 ni rela diri datang sebab nak kejar bahagia dia.
Adil ke? Sedangkan ibu kandung dengan darah daging pun tak dapat nak adil dengan anak-anak. Entah lah.. Sakit sebenarnya hati aku ni.
Yang buat aku pilih tajuk, ‘aku ke orang ketiga?’, sebab itu yang aku rasa sekarang. Waktu call hari tu, dengar suami cuba pujuk dia dan cuba yakinkan dia yang suami tak akan ceraikan aku.
Aku dengar sendiri suami tanya dia, dia tanya suami. Macam pasangan gagak i cintakan you, i pun sama. Eh aku ni tunggul agaknya. Aku betul² speechless. Aku marah, aku sedih tapi aku tak terkata.
Waktu tu mata aku tak berhenti mengalir tapi tak bersuara. Berat betul rasa dada.
Kucing aku yang turut jadi saksi, bising datang dekat aku. Tak tau lah sebab dia minta makan atau sebab dia risau tengok aku. Tapi memang kucing aku nempel je dengan aku sejak hari tu. Selalu kalau panggil dia jelingkn aku je.
Sebab sakit hati, aku nekad reportkan sispaa direct jakim. Perempuan tu guru agama sekolah pedalaman. Dia mengadu dari keluarga susah, mak ayah sakit dekat suami.
Suami yang pemurah tak bertempat ni pun terkulai, transfer itu ini. Bukan salah dia saja, suami yang mencari dari dating apps. Dan bukan juga salah diorang berdua saja, aku yang tak pandai jaga suami.
Aku ke punca ni? Tapi kalaupun aku bagi, yakin ke suami tak cari lain? Kalau pun suami cari lain, yakin ke perempuan tu layan suami sorang je? Semua side dah aku cuba fikir.
Cukuplah aku rasa berada di titik terendah aku. Segala macam makian, sebut salah aku semua aku dah dengar. Aku cuma minta doakan aku. Janganlah paksa aku untuk bercerai.
Ya. Semua flow chart apa kena buat, kena pergi mana semua aku ada dah plan elok. Cuma langkah pertama untuk buat tu berat. Betul² berat. Berat yang kau rasa nak bernafas pun berat.
Even sekarang, lepas aku buat aduan sispaa, deep inside aku rasa bersalah sebab mungkin akan kacau sumber pendapatan dia.
Aku ni kadang² rasa bodoh sebab kesiankan orang yang hancurkan aku. Tapi aku nak buat macamana weh.. Ni diri aku.
Aku nak tinggalkan sikit pesanan. Perempuan kat luar sana, jangan lah desperate cari suami sampai ganggu rumah tangga orang.
Aku pelik sebab circle aku masih ramai lelaki bujang, kacak, berjaya dan berharta. Lillahitaala. Kenapalah korang tak jumpa yang bujang ni.
Pesan juga dekat para suami, kalau dah jumpa bahagia baru lepaskanlah cara baik. Kenapa nak rasa terpaling mampu sedangkan orang yang hidup sebantal sendiri cakap korang tak mampu.
Dan pesan juga dekat yang senasib dengan aku, kalau dah jumpa kekuatan nanti keluarlah ya.
Doakan aku jumpa kekuatan aku juga. Aku lagak macam kuat nak hadap ni. Tapi waktu menulis ni pun aku boleh menangis sorang².
Doakan aku.. Terima kasih.
– Anggrik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga sentiasa tabah dan kuat tt..lepaskan diri dr perkahwinan mcm ni..suami tt taknak cerai bukan sbb syg,tp takut perceraian..dia nk jaga air muka dia..tt bebaskan la diri..cari kebahagiaan sendiri..
Sis, aku nie bukan lah baik mana pun jugak nak nasihat, cuma kalau kau tengok perempuan2 yang suami kau suka tu semua nye cantik, kau pasang la body. Kalau kau kt umah bau bawang, kau start la mandi dengan minyak wangi. Kalau kau jenis petir, kau ubah cara percakapan kau. Lelaki nie kadang dia nak macam tu, tapi dia tak cakap kt isteri sbb takut isteri terasa hati. Kalau kau dah ubah tu semua, tapi dia still jugak mcm tu. Kau minta la untuk di lepaskan cara baik.