Betul ke aku yang berfikiran negatif? Aku mengaku yang aku sangat sensitif dan dalam proses rewired diri aku.
Untuk orang yang ada environment positif especially at childhood phase mungkin tak sesensitif aku.
Pertama kali aku dengar perkataan Narsis bila baca komen netizen kat sorang artis ni. Adalah 5-6 tahun lepas.
Walaupun aku hidup 2 dekad lebih dengan orang Narsis & her enabler, aku tak dapat faham apa maksud Narsis masa first time aku google tu. Haha.
Bila ada lalu content orang cerita pasal dia depression aku rasa yang aku tak akan dapat depresion dengan 80% keyakinan. Aku anggap yang aku lalui selama kehidupan aku hanya lah kesedihan yang ‘normal’.
Sampai lah waktu puncak yang aku rasa ia titik tolak yang besar bagi ramai wanita, iaitu setelah melahirkan anak.
Mak aku Narsis atau aku yang berfikiran negatif? label mak sendiri?
Aku pun tak gamak nak lebel mak aku macam tu. Manusia paling tinggi dalam hierarki yang paling aku sayang dan paling aku takut Allah uji.
Dulu, layanan macam mana pun keluarga aku, tetap aku doa baik-baik lagi² mak. Bukan lepas solat je. Tapi tiap masa. Balik rumah cari mak dulu. Mak nak keluar kita la paling kelam kabut nk ambil tahu pergi mana.
Isu ‘Middle kid’ is real dan aku antaranya.
Tapi sebenarnya bukan anak ke berapa yang jadi isu. Tapi anak yang mana yang paling naif yang ada potensi untuk diambil kesempatan kebaikan dia. Depend pada bilangan, kedudukan anak, cantik or tak, pandai or tak dll
Favorite child or tak ni kadang-kadang bergantung pada siapa yang boleh play along game parent yang Narsis. Sebab keluarga Narsis ni dalam rumah berpecah, tapi bila kenduri atau berdepan dengan orang luar diorang bagaikan keluarga yang harmoni & support antara satu sama lain.
Kalau ada antara ahli keluarga yang tak sepakat tunjuk imeh keluarga harmoni tu, siap la dia. Narsis akan play victim.
Biasanya anak lelaki akan jadi favorite. Anak sulung perempuan biasanya akan jadi mangsa parent toksik. Middle kid issue pulak kadang-kadang bergantung pada jantina. Biasanya perempuan. Tapi kalau perempuan yang satu-satunya bunga mungkin dia lah yang favorite child.
Berbalik pada isu aku yang middle kid ni sebijik macam kisah sorang confessor sebelum ni. Dia cerita mak ayah bias antara dia dengan kakak. Ada adik dua orang yang masih sekolah yang dia kena urus. Padahal bapa ada lagi, sihat.
Sampai ke minyak itam anak perempuan tu kena tukar. Padahal semua tanggungjawab bapa tu. Bukan masalah tak boleh minta tolong.
Tapi bila tak mampu tolong mak bapak tu perli sampai hangit hati anak tu. Dan benda bukan sekali tapi berulang-ulang. Dan benda kena pada orang sama.
Baca pasal pakai baju kakak & adik-adik dapat baju baru walau tak diminta tu serius aku nangis! Ada juga orang experience yang sama.
Baju sekolah aku sampai kuning kot. Bila minta baju baru, suruh pakai kakak punya je. Yang kakak dapat baru boleh?
Selalu bila parent aku bawa pergi pasar raya lebih jauh tu maksudnya nak berbelanja lebih dari biasa. Kakak aku main ambik je bra spender, pad. Bila aku minta izin nak juga, mencuka muka mak aku. Kakak aku main ambil. Aku ni minta izin. Hinanya aku rasa
Sampai aku malu nak minta barang-barang agak mustahak macam spender, bra dan pad. Pakai lah aku yang serba daif tu. Bukan masalah dorang tak mampu. Kakak aku punya barang-barang tu bersusun dalam almari. Sampai aku bencilah bila datang bulan.
Pernah pergi pj tak pakai bra sebab tak cukup. Ada pun dah longgar. haha tapi masa sekolah rendah lah
Baju sekolah aku mak aku tak ingat (buat² tak ingat) terus dia pergi ke rak bahagian lelaki cari seluar sekolah anak lelaki dia, depan-depan aku dia belek seolah tak ingat baju kuning aku. Tak risau aku yang membesar ni tak ada bra. Mak aku terus ambil boxer, ambil kain pelekat.
Setahu aku tak dengar diorang minta. Diorang pun jenis malas ikut. Aku? Macam mengemis dan pembantu untuk angkat brg. Sampai satu tahap, aku jadi malu sangat. Malu nak minta hak aku.
Bapa aku? Dia serah kat mak aku je kot. Betul ke orang macam aku ni terlalu berpemikiran negatif? Tak valid eh perasaan aku ni?
Masa form 2 kot aku mula dapat bantuan zakat. Masa apply letak mak aku suri rumah. Padahal kerja. Entah. Bapa aku suruh. Kalau tak salah sebab tak ada slip gaji yang proper. Slip gaji tulis tangan punya.
Jadi, aku pun mula merancang kewangan sendiri. Tiap tahun berapa banyak aku nak keluar, berapa banyak nak simpan.
Duit keluar tu nak beli baju sekolah aku pastikan jenama CANGGIH sebab aku nak tahan lama supaya boleh jimat. Beli bra spender, pad. Parent aku tak ambil tahu pun aku pergi beli tu. Pergi beli sorang-sorang je naik motor tak ada lesen.
Kita gostan waktu kecik pulak. Parent aku tak pernah sambut hari jadi aku. Dalam gambar dulu-dulu, abang kakak aku ada sambut hari jadi. Masa umur setahun macam tu la.
Masa umur aku 7 tahun, mak nak sambut hari jadi. Aku ingat sekali aku. Rupanya kakak aku je. Aku cuba chill hakikatnya aku deny perasaan aku sendiri, seorang anak kecil 7 tahun.
Aku seronok tengok kakak aku dapat hadiah banyak, ramai orang datang. Mak aku siap discuss dengan bapa aku nak bagi rantai leher emas kat kakak aku depan aku. Aku diam je.
Sampai habis majlis, aku masuk bilik. Wahh banyaknya hadiah kakak. Aku tumpang happy. Tak ada tangan aku gatal nak buka. Tapi malang ya, aku tak boleh nafikan.
Tiba-tiba laju air mata aku mengalir. Aku macam blur dengan perasaan sendiri. Cepat-cepat aku kesat takut orang nampak. Makin laju pula air mata keluar. Hari pun terus berlalu.
Aku masih kanak-kanak yang periang. Sangat excited, happy go lucky, boleh kata akademik paling bagus dalam adik beradik, aktif dekat sekolah.
Tapi periang aku mula berubah sikit demi sedikit. Aku perasan parent aku suka panggil aku untuk buat kerja rumah termasuklah kerja-kerja lelaki.
Sidai baju, angkat baju panggil nama aku, keluarkan barang basah dari peti ais pun aku, sangai kacang atau kelapa parut pun aku, angkat batu bata pun nama aku, kunci pintu, simpan motor,
Angkat tangga, cari barang, angkat barang, teman beli barang, bagi makan kucing adik, cat rumah, siang ikan, tolong bapa dan banyak lagi.
Sampai satu tahap aku jerit (zaman remaja) “Dah tak ada nama lain ke dalam rumah ni?” Bkn sekali ya
Tapi dorang diam je. Selagi aku boleh dipergunakan, my voice is nothing. Selagi tak lari rumah ye dak.
Zaman remaja ni boleh kata selalu mak aku silent treatment aku. Lepas dorang buat macam suara aku tak ada makna, memang banyak masa aku dalam bilik. Menangis macam gelap hari esok. Almari, katil, cermin tu la kawan aku.
Mak aku buat dek je walaupun punca dia. Dia biar sampai aku baik sendiri. Aku makan ke tak dia tak risau. Ada la sekali bila aku kt bilik tak keluar makan, abg aku panggil. Saja dia umpam dengan ayam goreng. Dia tahu kot aku nangis. Aku pun tersengih sorang dalam air mata.
Aku demam pun suruh pergi klinik sendiri. Adalah sekali dia teman. Tu pun sebab panggil² aku memang tak larat gerak langsung. Dia cuak lah.
Antara punca dia silent treatment tu pasal kerja rumah lah. Ada je tak kena. Ada je suruh buat. Semua kerja atas bahu aku. Bila tak perfect, bandingkan dengan diri dorang. Terlalu banyak bias. Tak pernah minta maaf, silent treatment lagi.
Ada sekali tu mak aku siap sembang dengan abang aku. Cakap yang aku ni susah kalau suruh waktu mamai tido. Memang tak dengar lah.
Masa ni aku dah jaga cuma malas keluar bilik. Bilik dah macam tempat paling tenang untuk aku. Muka aku ni kalau mak bapa aku nampak memang ada je kerja suruh buat. Padahal ada anak lain.
Yang mak aku mengata aku kat abang tu, dia suruh aku sidai baju. Tapi aku tak sidai². Abang aku pun syok sokong mak aku.
Padahal abang aku tu level aku kan? Anak mak aku juga. Daripada bersembang ngata aku, baik suruh je abang aku tu sidai. Dia tido kat ruang tamu, aku lah yang kena kemas tempat tido dia tiap hari.
Kalau nak mengajar perempuan buat kerja rumah, kenapa semua aku? Nama kakak aku dia tak petik. Tapi bila mak aku balik banyak kali dia berlakon rajin. Mak aku tak ada dia biar aku buat sorang. Aku ajak dia buat sekali, buat bodoh je dia.
Bila aku marah, aku lah nampak buruk. Bila aku tak buat, mak aku bebel aku sorang. Aku sampai terfikir, “aku ni anak angkat ke ya Allah? Mana lah mak betul aku sekarang?”
Abang aku tu anak favourite. Aku kalau ada hari kalut nak pergi sekolah, bebel mak aku. Tapi bila abang, dia tak bebel. Dia pergi tolong terus contoh carikan stocking.
Masa remaja ni juga mak aku hadiahkan kakak telefon. Aku? Melopong la. Usaha kumpul duit sendiri. Macam biasa cuba sangka baik. Abang kakak aku dapat motor sorang satu.
Masa kecik dapat basikal, komputer, roller blade. Bila aku minta nak juga, kata kongsi. Biasa la budak-budak berebut. Tp tak adanya dia nak jadi orang tengah. Memang selalu aku tak dapat la dan parent aku biar je. Kecuali kalau aku ngamuk, aku lah buruk.
Adik? Adik pernah dapat kereta control besar, dapat piano. Bila besar sikit, kereta, abang kakak conquer, motor adik conquer.
Aku? Jadilah pembantu rumah tak berbayar. Haha. Bapa aku macam terlepas cakap yang dia nak bagi kakak abang je boleh bawa kereta. Sentap aku. Aku diam je. Terus tak sebut dah pasal ajar bawa kereta
Bapa aku panas baran. Tak salah pun jadi salah. Bila tahu tersalah, diam je tak minta maaf. Siap declare dia macam boss dalam rumah.
Kakak aku suka buat joke pasal aku. Aku dah faham pattern dia. Kelebihan atau something blessing pasal aku dia mesti buat joke. Dia tak rapat pun dengan aku. Selalu dingin walhal tak buat apa² salah.
Bila dia nak sesuatu kelebihan aku, masa atau tenaga, dia akan buat-buat baik dengan aku. Berubah character 360°. Aku pun terpedaya. Lupa dah perbuatan dia.
Once dah settle dia ignore aku macam aku tak pernah tolong dia, macam tak wujud. Repeat la benda ni dari kecil sampai besar
Mungkir janji tu selalu. Tapi mak aku selalu ada sbg tukang backup. Tak ada dia nak ajar kakak tu bertanggungjawab
Waktu kecik sekadar jln dekat-dekat je. Bila dah dewasa baru jln jauh sikit & book homestay. Kakak aku obviously lapar perhatian. Tak boleh aku lebih. Mak aku sentiasa sbg tukang backup
Bila bercampur laki perempuan, tak ada nak atur mana bilik lelaki mana bilik perempuan. Ada family yang dah siap conquer bilik.
Aku yang tak sumbang duit ni malas lah nak pilih bilik dengan harapan mak kau ajak tido sebilik. Tapi dia ignore aku dari awal. Sebenarnya dia tak ajak. Abang aku je bersuara ajak aku join. Aku pun join la dengan riang gembira
Jadinya aku yang dah dewasa ni terpaksa tido kat ruang tamu bercampur. Nangis aku sorang².
Tiba² mak aku datang suruh masuk bilik satu lagi. Padahal dia ada kat bilik utama merajakan anak perempuan dia. Aku dia ignore macam tak wujud. Aik dia sedar kewujudan aku? Ke takut orang sedar aku menangis dan selidik kenapa?
Next trip & next trip tetap kelakuan yang sama. Ada homestay yang aku bayar. Kakak aku selamber dia conquer katil. Mendepa dia tido tengah-tengah katil sampai ke pagi. Aku? Tido lantai. Bilik lain? Dua bilik diconquer satu family. Mak aku? Tak ckp apa.
Banyak je lagi pasal kakak aku ni. Aku dah penat layan
Masa ni aku dah berhijrah. Ku sangkakan panas sampai ke ptg rupanya hujan di siang hari.
Tapi bila jauh aku makin tenang. Mulalah perasaan rindu. Aku cuba memaafkan, melupakan dan azam mulakan perhubungan yang lebih baik. Aku sangka mungkin aku yang sensitif atau aku yang salah buat kesekian kalinya.
Flashback sebelum isu berjalan tu, sebaik je aku berhijrah, setahun mak bapa aku tak pernah call. Cuma tahu khabar aku bila aku balik kampung. Hubungan kami makin baik.
Lepas setahun, aku tekad aku lah yang kena mula call dulu. Aku kena ubah culture ni! 1st call mak aku tanya “nak minta duit la tu?”
Perasaan aku macam whoaaah??!
Bra, spender, pad pun aku beli sendiri masa masih tanggungjawab mak bapa. Dia boleh tanya macam tu? Dah lah aku yang mengalah call dia dulu.
Aku bukan taknak call dari awal, dah memang dari rumah sangat rare bersembang. Inikan nak sembang dalam fon memang awkward la. Bila aku sebagai anak yang mengalah, cuba ubah, macam tu dia cakap aku?
Bila dah bertahun, baru aku tahu apa punca soalan tu keluar. Rupanya dia dendam dengan aku rupanya huhu
Sebelum tu, masa abang @ anak favorite dia belajar jauh, tiap kali abang call mak aku akan minta duit. Awal-awal aku excited lah bila abang aku call mak aku. Yela lama tak jumpa. Aku pun dengar jela conversation dorang. Bukan dengar sorok² pun.
Lepas je tanya khabar, buat apa, dia akan minta duit. Sekali minta adalah dalam 3-4 rat macam tu. Setahun adalah 2 kali call. Tiap kali call minta duit. Balik 1 atau 2 kali setahun
Bila dah banyak kali, aku tahu lah pattern dia. Aku pun cakap la mesti minta duit la tu. Tu lah punca mak aku berdendam.
Abg tu minta duit, terus bagi. Ckp pun manis je lemah lembut. padahal boleh balik tiap kali cuti untuk jimat atau buat partime sbb dia bawa motor. Aku ni serba tak cukup jadi kuli lagi
Orang kata bila kita label orang toksik, sebenarnya kita pun toksik.
Aku mengaku, aku pun toksik. Sampai aku tak berani cari kawan baru. Takut menyakiti orang. Antara peel toksik aku selepas 2 dekad lebih hidup dengan narsis;
– Perfectionist.
– Trust issue.
– People pleaser.
– Lack boundaries lepastu stress sendiri.
– Seek people validation.
– Berkurung dalam rumah bila sedih, kecewa.
– Lack self confident.
– Takut minta tolong. Semua nak buat sendiri walau bersusah payah & ada peluang minta tolong.
– Cepat marah sebab cepat triggered.
– Terlalu sensitif.
– Over explaining.
So, ni la antara sikap toksik aku yang buat aku takut nak ada kawan lagi. But slowly cuba perbaiki diri. Much better dah sekarang
Dari melabel orang ni, aku berjaya tahu punca masalah aku yang jadi toksik untuk diri sendiri.
Dan bila aku dah start label maksudnya aku dah jelas semuanya.
Dan bila dah jelas, amarah aku slowly boleh dikurangkan. Sebab aku dah faham banyak perkara ;
Layan Narsis & their enabler ni penat.
Bila nak sesuatu, dia buat baik sampai kita lupa jahat dia. Bila dia dah dapat connection dengan kita, dia treat kita very poorly
Bila kita dah mula dapat hint game dia dan tak nak dicontrol, dia adu domba pasal kita. Dah kita nak melayan orang-orang yang cakap pasal kita plak angkara mulut narsis. Lama-lama penat sendiri.
Bila dah faham permainan dia. Tu la mula kita lebih relax. Tak termasuk perangkap dah. I am not play their game anymore. Tapi tulah, dorang tak pernah penat ya, haha.
Tapi tak apa. Dah tak fokus game org Narsis. Lebih kpd perbaiki sikap toksik sendiri impak hidup dengan Narsis
So, selepas melalui keluarga macam ni, adakah aku yang berfikiran negatif selama ni?
– Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Good job, honey!! I am so proud of you 😍🫶🏻