Assalamualaikum.. Hai semua.. Aku Cik Montel.. Ye memang montel gitu.. Berumur akhir 20 – an.. Tinggal di satu negeri pantai timur. Dan masih belum berkahwin.
Aku anak sulung, satu² nya perempuan dan datang dari 4 beradik.. 3 lagi semua lelaki. Yang bongsu masih bersekolah darjah 2. Dan yang lain semua dah bekerja. Alhamdulillah.
Especially aku tak pandai nak mengarang cerita. Tapi aku tiada tempat untuk mengadu. Dan ni saja platform yang ada untuk aku suarakan isi hati aku ni. Ceewah.. Dan aku harap korang dapat bagi aku kata – kata semangat dan juga opinion korang tentang masalah aku ni.
Aku datang dari keluarga yang sederhana. Tak susah juga bukan berada tapi alhamdulillah sehingga ke hari ni setiap keperluan dapat dipenuhi. Masalah aku sebenarnya sekarang adalah ibuku. Sejak aku mula bekerja, jujur aku cakap aku tak mampu nak bagi dia kemewahan harta dan ringgit. Gaji aku cuma RM700 bersih.
Kadang time company aku ada masalah machine rosak berminggu minggu.. Gaji aku cuma berjalan hanya untuk hari bekerja sahaja. Korang bayangkanlah kalau 2 minggu sahaja gaji berjalan.. Hanya dalam RM400 sahaja gaji bersih aku.
Untuk ibu ku tiap² bulan ada bahagian dia RM250 tak termasuk hutang aku pinjam dengan dia setiap akhir bulan. Hutang suku tau guys. Dan abah aku pun ada bahagian dia.. RM70 khas untuk dia. Tolak duit minyak motor dan makan aku RM300.. Tu habis low aku berjimat.. Sepanjang aku bekerja disini.. Aku tak pernah sempat untuk menyimpan diri sendiri.. Apatah lagi nak bertukar pakaian.
Dan sekarang yang buat aku betul² terkilan. Ibu aku tiap² bulan akan pertikaikan duit yang aku bagi pada dia, dia langsung tak guna untuk diri dia seperti yang aku cakap duit BELANJA dia. Dia akan bising duit yang aku bagi tu cukup² untuk makan aku tiap² hari, nasi sepinggan sehari, tak termasuk bil elektrik dan air lagi.
Tak terkesan ke dihati dia dengan keadaan gaji aku yang tak seberapa. Perlu ke mengungkit semua. Betul² buat hati aku terluka. Tak cukup dengan itu, dia bagitahu pada sanak saudara aku, adik beradik dia yang aku hanya bagi berapa sen sahaja. Jujur aku terkilan. Terasa aib dan maruah aku dipijak oleh ibu aku sendiri.
Dulu bil air dan elektrik aku tanggung sepenuhnya. Separuh dari gaji aku dulu aku bagi pada dia untuk belanja keperluan barang dapur dan dia untuk sebulan. Ye dulu masa aku bekerja makan “gaji besar”. Gaji bekerja di selatan tanah air tak seperti di pantai timur. Dan aku dulu sempat saving. Tapi tu dulu.
Sejak aku balik ke sini, dalam 3 tahun ni aku bekerja disini, kais pagi makan malam la aku. Itu pun alhamdulillah tinggal bersama family, tak terasa sangat bila tak ada duit untuk belanja makan. Dulu aku pernah cuba bagi sikit dalam RM150. Tapi dibelakang aku, dia ceritakan pada adik² yang aku bagi sikit sahaja duit belanja.. Kecewa. Tapi aku diamkan hanya kerana dia ibuku.
Aku cuma nak tanya pada korang. Semua tu adalah salah aku ke? Salah aku ke tak mampu bagi kemewahan pada ibu aku. Kadang aku pun teringin nak bertukar pakaian walaupun setengah tahun sekali. Berbelanja seperti orang lain. Tapi aku sedar yang aku tak mampu.
Duit kahwin pun aku langsung tak dapat simpan. Walaupun belum ada jodoh dan ada pasangan tapi aku tetap kena simpan untuk kegunaan akan datang andai jodoh itu ada. Aku cuba slow talk dgn ibu aku tapi sia² sahaja. Di depan dia memahami, dibelakang.. Hanya Allah saja yang tahu.
Maaf korang sebab confession ni sedikit panjang. Aku betul² tengah sedih sekarang. Terasa aku bukan anak yang baik. Yang tak mampu buat ibu aku bangga memiliki anak seperti aku.
Doakan aku dimurahkan rezeki seperti air yang mengalir. Dipermudahkan segala urusan hidup aku didunia dan akhirat ye korang. Maaf juga kalau korang bosan baca coretan aku ni. Assalamualaikum.
– Cik Montel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit