Aku seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Umur aku 23 tahun… Aku cuma nak minta pendapat.
Suami aku rajin bekerja. Sebelum ni dia bekerja di pasar malam. Lepas kami kawin waktu cuti dia meniaga sendiri.
Bila aku sedang sarat mengandung dia mula berenti kerja pasar malam dan mula meniaga sendiri sebab risau kewangan kami tak cukup lepas ada anak.
Sebelum ada anak aku pun bekerja. Kerja kerja di rumah memang suami yang buat. Senang cerita aku langsung tak tahu nak buat semua kerja tu sebab sepanjang aku bekerja aku memang tak ambil tahu pasal rumah.
Aku hanya uruskan pakaian sahaja. Dari zaman sekolah aku mula bekerja sebab keluarga aku orang susah. Nak apa apa semua kena usaha sendiri.
Dengan arwah abah dan mak aku sudah bercerai. Mak aku pulak kena tanggung kami 4 orang adik beradik.
Nak tak nak aku memang kena kerja cari duit. Duit biasiswa yang aku dapat memang tak dapat nak tampung semua benda. Dengan kata lain memang aku tak pernah buat kerja2 mengemas ni.
Aku berhenti kerja ketika aku dah setahun berkahwin. Konon nak tukar angin.
Last2 dapat tahu aku mengandung. Alahan pulak teruk. Terpaksa batalkan hasrat nak bekerja balik. Suami okay je sebab dia kata dia mampu nak tanggung.
Bila jadi suri rumah aku jadi macam orang bodoh. Kemas rumah macam tak kemas. Sampaikan mertua aku datang rumah marah marah suami aku.
Aku tahu mertua aku perli aku. Tapi aku diamkan je. Alhamdulillah dapat suami yang tak pernah burukkan isteri depan ibubapa dia.
Suami aku ni baik tau. Apa yang aku nak dia bagi kalau dia mampu. Duit nafkah semua cukup. Ada masa berkira juga. Satu je aku sakit hati dengan suami aku. Dia suka pentingkan kawan dia.
Pernah satu hari tu. Kami dah balik. Aku ikut dia melepak time tu. Kawan dia call cakap kereta rosak. Dia sanggup patah balik tengok kawan dia. Aku terasa betul time tu.
Kenapa bila aku tengah susah. Nak minta tolong dia. Dia tak ada pon on the spot nak pergi tolong aku.
Mesti dia maki hamun aku dulu. Lepas tu aku kena usaha sendiri pulak selesaikn masalah sendiri. Kalau maki hamun tapi tolong tak apa lah jugak. Ni tak tolong.
Dia pernah tau. Sanggup cuti sebab kereta kawan dia rosak. Macam tak ada kaitan dengan dia. Tapi dia sanggup cuti meniaga.
Kenapa bila aku minta dia cuti meniaga bawak anak pergi check up kat klinik dia tak nak. Siap tuduh aku tak faham kerja dia.
Aku penah minta dia bawak moto aku p repair. Dia cakap nanti dia nk ajak kawan dia tolak.
Mak aku sampai marah marah sebab moto lama tersadai tak hantar repair. Bila aku ungkit pasal dia nk ajak kawan dia p hantar moto repair moto aku. Bole dia cakap kawan dia bukan kuli.
Ada sorang kawan suami aku kerja dengan suami aku. Mungkin suami aku ingat aku suh diaorang sebab fikir kawan dia kerja dengan dia kot. Aku terdiam tau time tu.
Suami aku pernah sanggup pergi teman kawan dia beli kereta ke taiping. Tengah2 malam diaorang pergi. Tang aku?? Dia tak sanggup.
Setiap kali kitaorang bergaduh. Dia mesti cakap aku menyusahkan. Pengotor tak reti nak kemas rumah.
Aku tengah usaha belajar kemas rumah dengan elok. Jaga anak sendiri sbb dia tak nak tolong. Aku buat semua benda sendiri. Tapi dia tak nampak semua tu.
Yang dia tahu cuma maki aku. Panggil aku b*bi lah. B*doh. Segala jenis maki aku dah kena. Dia cuma pentingkn kawan2 dia je. Dia anggap aku menyusahkan dia.
Aku kekadang ada juga terfikir. Aku nak cerai. Aku tak hadap dengan lelaki macam tu. Tapi anak aku kecik lagi.
Lagi satu nak cerai kena keluar banyak modal. Aku dengan tak bekerja mana nak cari duit bayar semua tu. Aku stresss sesangat.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit