Hidup aku sekarang penuh dengan rasa serba salah dan terkilan.
2018 : Ibu aku kena sakit misteri. Berubat kesana kesini aku yang bawa.
Aku ada dua abang yang sudah berkahwin. Aku dengan rela hati nak bantu ibu aku memandangkan aku belum berkahwin dan mereka dah berkahwin. Semua ni aku ikhlaskan kerana ihsan aku terhadap abang aku.
2019 : Aku berkahwin. Mujur kami PJJ dan aku boleh tinggal bersama ibuku. Arwah ayah sudah lama meninggal sewaktu aku 17 tahun.
Kini aku juga yang menemani ibu dan menggantikan pekerjaan ibu menguruskan dokumen kerja atau mewakili meeting di tempat kerja. Ibu dapat ihsan untuk bekerja dari rumah.
Dan aku pulak kerja tak tentu masa. Aku ada membeli kereta tetapi selepas berkahwin, kereta itu dijadikan kenderaan untuk ibu bergerak memandangkan suamiku sudah mempunyai kenderaan.
2022 : Ibu sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Aku memberitahu abang2 tentang kesihatan ibu dan memaksa mereka untuk pulang.
Selepas keluar dari hospital, aku yang menjaga ibu, yang merawat ibu kerana ibu tidak mahu pergi ke hospital kerana bimbang akan di masukkan ke dalam wad.
Bermula lah saat ini. Bertubi-tubi amarah, cacian, hinaan. Kata mereka, aku selfish kerana tidak beritahu apa yang sudah terjadi. Walhal 3 tahun sudah ibu sakit.
Aku mula tawar hati apabila mereka mempertikaikan apa yang selama ni terjadi adalah salahku.
Aku minta salah sorang untuk ambil alih penjagaan ibu kerana suamiku mahu pulang ke rumah selepas berbulan bertugas di negeri orang.
Abangku mempertikaikan lagi kenapa tak boleh jaga ibu sbb suami balik rumah.
Aku pun memberitahu suamiku apa yang abang2 aku katakan kerana aku sudah tidak dapat menahan rasa sedih sakit hati ini.
Suamiku mengarahkan ku untuk tidak menjaga ibuku kerana abang2 ku ibarat sudah lupa dan leka tanggungjawab menjaga seorang ibu ini lebih pada siapa.
Aku akur kerana hujung bulan itu aku mendapati aku mengandung anak ke-3.
Dengan mabuk pening, aku meneruskan rutin harianku untuk menjaga ibu sementara menunggu keputusan dari abang2 ku.
Melihat sikap mereka yang lepas tangan, suamiku bawa aku pergi tinggal di kuartersnya di utara tanah air. Aku sedih tapi aku kena akur.
Disebabkan aku ikut kata suamiku, ibuku selalu berkata pada abang2 ku, dia tidak memaafkanku dan menggelarkan aku anak derhaka.
10 hari selepas aku ikut suamiku, ibu meninggalkan kami semua didunia. Aku terkilan dan sedih. Abang2 ku membuangku dari keluarga.
Kini tinggallah aku sendiri bersama suami dan anak-anak. Doakan hubunganku dan suami bahagia hingga ke syurga. Aamiin.
– Fiza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit