Aku Ke Yang Bersalah?

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku Cahaya. Aku dilahirkan sebagai anak tak sah taraf dan aku mengetahuinya 9 tahun lepas semasa aku dalam proses nak siapkan dokumen pernikahan aku.

Dilanjutkan cerita, sekarang nie alhamdullilah aku dah bekeluarga dan mempunyai seorang anak perempuan. Yang ingin aku ceritakan disini adalah berkenaan dengan sikap mak aku.

Untuk pengetahuan semua, aku duduk berdekatan dengan rumah mak aku. Mak aku seorang yang tak boleh terima teguran dari sesiapa pun termasuk ayah aku sendiri. Kalau A yang dikata, A lah jugak. Tak boleh dibantah. Kalau dibantah, dia akan buat perangai, marah-marah dan sebagainya.

Aku bukan seorang yang rapat dengan family aku sendiri. Aku jarang nak berbual atau nak bercerita apa yang jadi dalam seharian hidup aku berbanding dengan adik-adik aku.

Aku jenis yang suka pendam. Dari aku sekolah lagi aku memang begini. Aku lebih suka buat hal aku sendiri. Mungkin anak sulung memang begini kot.

Banyak yang aku pendam dan simpan tentang sikap mak aku dari zaman aku sekolah lagi. Tapi aku diamkan diri, aku malas nak melayan.

Mak aku kadang-kadang jenis yang suka bercerita pasal anak-anak dia kat kawan-kawan yang dia rapat. Kalau cerita yang baik tak apelah, ni cerita keburukkan anak.

Sejak akhir ini, perangai dia makin menjadi-jadi. Oleh sebab aku yang paling dekat duduk dengan dia, setiap gerak geri aku sekeluarga diperhatikan. Kereta aku suami isteri parking dekat mana, keluar pukul berapa.

Suami aku kerja tak tentu masa sebab dia kena handle projek kat site jadi balik tak tentu masa. Itu pun menjadi permasalahan pada mak aku. Biasanya dia akan bertanya pada anak akulah sebab anak aku transit sekejap di rumah dia sebelum pergi sekolah agama.

Contoh yang selalu mak aku cakap pada anak aku begini, “ayah semalam balik lambat ke, ayah asyik balik lewat jek entah-entah ayah ada orang lain”.

Aku jadi geram lah tak sepatutnya seorang nenek cakap macam tu pada cucu dia. Banyak kali jugak mak aku buat hal kalau anak-anak dia balik rumah mertua. Dia akan merajuk tak bercakap, call tak diangkat. Dia tak boleh tengok orang lain lebih dapat perhatian dari dia.

Baru-baru ini aku ambil baju sekolah anak aku dekat rumah dia untuk aku basuh lah sebab tak nak menyusahkan dia. Itu pun menjadi isu sampai dia tak nak bertegur dengan aku, sampai duit yang aku bagi pada dia pun dia tak nak ambil.

Sabar yang selama ni aku pendam mmg dah sampai limit dah. Aku terus tanya pada mak aku, ape yang mak nak sebenarnya?

Mak aku cakap aku yang mula tak tegur dia dulu. Aku bersuara lagi, sape yang tak tegur sape sekarang nie, bukan sebelum nie orang memang buat hal sendiri ke, cakap pun bila ada hal yang penting.

Aku luahkan semua yang aku pendam dari dulu lagi. Aku nasihatkan mak aku suruh berubahlah. Jangan buat anak-anak rasa serba salah antara suami dengan mak sendiri. Dunia nie pun dah tak lama.

Dan seperti yang aku jangka, dia akn mengadu pergaduhan aku tadi dengan adik2 aku. Dan malam tu jugak adik aku yang bongsu mesej aku bertanyakan apa yang aku dah buat dengan mak. Aku cuma cakap jek aku luahkan ape yang aku rasa sebab aku dah tak tahan.

Dan adik aku cakap, aku kurang ajar pada mak aku. Aku pertahan kan diri aku, aku bgthu dengan aku, selama berpuluh tahun aku diamkan diri, bila aku bersuara terus dipanggil anak kurang ajar, anak tak kenang budi. Aku terus mutekan mesej adik aku.

Untuk pengetahuan semua, kemurungan, anxiety aku makin teruk. Kadang-kadang tengah drive aku terpikir nak langgar kenderaan lain.

Aku dah putus asa nak hidup dan hadap perangai mak aku. Mungkin aku tak pernah luahkan pada sesiapa. Luahkan pada suami aku, dia tak percaya dengan anxiety aku. Dia cuma cakap aku layankan emosi aku. Dan sejak itu aku tak bercerita lagi.

Dan untuk masa sekarang nie, aku bertahan hidup pun disebabkan oleh anak aku sahaja. Aku bangun pergi kerja, balik kerja, uruskan rumah, ajar anak aku homework, tidur dan begitulah rutin harian aku.

Semua aktiviti dan benda yang aku minat, dah tak rasa menarik lagi. Aku lagi suka duduk di bilik, mengasingkan diri.

Aku tak ada support sistem yang baik. Yang ada pun anak aku jeklah yang kadang-kadang akan lap airmata aku bila sakit aku datang dan aku cuba mengawalnya.

Doakan lah semoga aku terus kuat demi anak aku ye.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *