Hai IIUM Confession readers sekalian. Ni bukan lah first time aku buat confession kat sini cuma kalini aku nak cerita sikit pasal kisah aku sedikit sebanyak nak dapatkan feedback bernas dari random people.
Sedikit background aku seorang perempuan berumur late 20’s (atau lebih tepat aku stop counting age after 29) haha.
Lately ni banyak aku baca pasal confession gadis-gadis single, pasal jodoh, kesukaran dapat jodoh, sedih pasal jodoh dan tak kurang jugak tersalah pilih jodoh.
Macam-macam drama dalam hidup, well it’s life. Semua orang ada buku masing-masing. Chapter hidup kita semua lain-lain.
So kat sini aku pun nak mengaku lah aku pun single tapi tak bermakna hidup aku terus rasa tak bermakna kalau takde pasangan hidup.
Bukan aku tak pernah mencuba, in fact banyak kali dah aku cuba nak berkenalan nak berkawan tapi dah semua tu tertulis yang kau cuma sampai takat itu sahaja takkan kita nak paksa?
Ke sebab aku yang terlalu ego so semua tu tak jadi. Ha ni yang aku nak cerita ni. Ada a few exhibit aku nak bentangkan kat sini sebab nak mintak korang nilai pulak dari perspective korang. Patut ke tak aku buat gitu.
1. Aku namakan dia Kacang. Aku kenal dengan Kacang ni dalam setahun lebih jugak. Mula kenal okay, normal tapi masa ni aku rasa aku ni naive lagi so aku cepat letak hati dekat dia.
Cut story short Kacang ada perempuan lain. Macam mana aku tahu? Aku pernah ternampak dp whatsapp dia tetiba bertukar jadi muka seorang gadis manis.
Aku dengan Kacang ni takdelah always texting tapi kalau dah masatu kau syok kat orang tu selalu lah kau check whatsapp status dia kan pastu pulak masa tu aku muda lagi.
Tapi kejap je tau pastu tukar gambar dia macam biasa balik. So aku ni bengang terus serang dia.
Mula2 deny cakap tu kawan ofis, eh kau kenapa tetiba gambar kawan ofis buat jadi dp. Kang aku letak gambar pengetua sekolah aku kang, tak ke pelik?
Tah camne aku ni pandai jugak la nak stalk aku tengok friendlist kat fb ke twitter dia masatu aku tak ingat and jumpa la gadis ni..
So aku stalk and there you go, ada gambar diorang rapat, selfie bagai. Apalagi aku pun save buat bukti, aku confessed kat dia, long text and lepastu dia mengaku.
Tapi yang best nye dia boleh cakap dia tak boleh tinggalkan gadis tu dan jugak aku. Banyak cantik muka kau kan. Maka aku pun fikir sambil nangis aku serah je dia dekat wanita itu. Aku pun pergi tak toleh balik.
Tak lama lepas tu Kacang contact aku balik mintak maaf tapi aku cuma read je lagi walau hati ni nak sangat contact dia.
Beberapa bulan lepas tu dia tiba2 update pasal hidup dia balik kat aku tapi aku dah keras, still jugak tak nak layan dia. Dan setahun lepas tu Kacang mengaku dia dah break dengan gadis tu dan nak kawan balik dengan aku.
Eh centu je dia ingat aku boleh lupa ya. Aku tak nak dah sebab lama tau aku tahan diri nak move on, tengok je dia dari social media sebab rindu.
Tapi apa aku buat towards that? Nothing. Aku tau aku nak dia tapi aku selalu put in mind yang kalau dia pernah buat sekali tak mustahil dia takkan buat lagi. Ke aku yang ego?
Lepas dari kenangan Kacang aku pun tertutup hati nak kenal dengan mana-mana lelaki. Lama jugak bertahun gitu mungkin sebab trauma.
Tapi lepas dah heal mesti la ada cerita lain pulak
2. Yang second exhibit ni aku bagi nama Bendi. Dengan Bendi ni aku kawan je mula-mula sebabnya dia sendiri masatu broken baru putus cinta.
So to be safe aku pun kawan je macam biasa tapi lama-lama tak jadi cam biasa la bila selalu keluar sama, teman makan, dah mula merajuk etc.
So aku ni jenis banyak aktiviti so aku takdelah selalu kacau Bendi ni, aku biar je dia dengan aktiviti dia. Nak main game ke, nak lepak ngan kawan ke terserah.
Tapi rupanya dalam diam-diam Bendi ni rupanya kawan balik dengan ex dia guys.
Aku tau pun sebab rasa lain dengan cara Bendi text dan tetiba dah tak clingy dengan aku. Lalu aku pun mulakan penyiasatan di social media.
Dan dari situ lah aku jumpa bukti yang dia sering juga keluar dengan ex dia.
Aku dengan Bendi ni memang tak pernah declare apa-apa so aku rasa kat situ dia rasa safe la nak buat apa apa pun kan. Padahal kitorang pernah la deep conversation pasal halatuju and yes kononnya what we feel were same.
Setelah beberapa bukti terkumpul (bukan observation sehari je ya) maka aku pun tanya dia elok-elok dan dia mengaku still berkawan dengan ex dia macam mana dia kawan dengan aku. What? Macam kawan dengan aku?
So aku la yang ter over perasan ke cane? Oleh itu aku pun sekali lagi serahkan je Bendi bulat-bulat kat ex dia.
But of course aku broken again tapi it is between me myself je. Aku takde nak merayu ke mintak penjelasan ke, aku ambik cuti kejap and aku pergi comfort place aku sorang-sorang.
Off data, menangis pastu pujuk diri sendiri walaupun hati ni nak sangat tanya balik halatuju hubungan ni kat Bendi tapi aku tahan. Ke aku yang ego?
Balik je dari healing leave tu aku dah tak layan sangan Bendi walaupun cuma kawan. Banyak kali dia ajak aku keluar tapi aku tak nak sebab biarlah malas nak bersaing. Dan dia pun akhirnya giveup dan kawen dengan ex dia.
3. Yang ketiga ni pulak aku namakan Petola. Si Petola ni tak banyak sangat pun nak describe tapi dia ni aku agak jenis narcissist. Jenis semua kena cakap pasal dia je.
So memula ada lah yang tak berkenan tapi aku ni jenis go with the flow je lalu aku pun kenal la dia ni.
Cut story short memang dia dah cakap nak serious dengan hubungan ni, hidup diteruskan macam biasa and dia pun nyatakan hasrat nak proceed to next step taun yang sama. So kononnya sesama la saving nak kawen kan.
Tiba-tiba masa pandemic tu aku kena buang kerja dan aku bagitau la Petola pasal ni. Masa tu aku pun serabut.
Weh korang tau tak dia terus cakap kat aku yang kalau aku tak kerja nanti camne nak kawen, takkan dia kena tanggung hidup aku etc.
Lah, aku ni bukan decide tak nak kerja tau, sabar la dulu tengah musibah ni dia pulak duk provoke cakap camtu.
Lepastu baru aku sedar dia ni actually before ni memang nampak pun jenis seminggu dua sebelum gaji mesti sengkek.
Walaupun tak penah mintak duit aku tapi selalu la dia cakap pinjam duit kakak dia la abang dia la, ha tah tah dia memang tak ready financially pun nak kahwin ni.
Well takde la masalah pun sebab aku pun akan cari kerja jugak kan, tapi what if dia nak aku sebab kerja aku before ni stabil je and maybe lepasni aku pulak nak kena sara dia hujung2 bulan? Sorry la susah pulak nak bersangka baik.
Pastu aku saje provoke dia aku cakap ‘for now i taknak kerja lagi, dah kena buang kerja ni i nak rehat lah’ Guess what? Dia terus ghost aku like hilang terus hahaha.
Aku nampak macam tak berwawasan lah tu kat dia. Padahal dia tak siasat apa-apa pun pasal aku kena buang kerja tu.
Aku dapat well paid money quite a lot jugak sebenarnya sebab tu aku rest dulu after lost job tu. Tapi member gelabah terus ghost aku.
Memang tak lah aku nak carik closure ke ape, aku pun berlu pergi dan tak perlu la nak meratib carik manusia tu balik.
Based on three exhibit ni bila aku review balik memang nampak macam ego aku ni boleh tahan jugak. Keras mat, walau perempuan ni usually hati tisu tapi aku memang rela sakitkan hati sendiri dari disakiti orang lain.
Biarlah nangis airmata darah sekalipun tidak sesekali aku diorang ni tau perasaan sebenar aku. Tu yang single sampai ke sudah tu.
So nak tanya korang ke memang ego aku ni teruk sangat sampai tak boleh nak tolerate dengan orang lain?
– Muffin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit