Aku Kejam Kata Mereka

Nama aku Hibiscus, seorang ibu dan isteri bekerjaya dalam sektor swasta. Pendapatan aku biasa saja untuk lepasan diploma universiti awam, tiada apa yang perlu dimegahkan kerana aku dan suami masing-masing hidup atas slip gaji.

Alhamdulillah anakku seorang yang tahun ini telah mula ke pra sekolah. Aku menulis ni kerana aku tak sangka walaupun dah membantu dalam segala hal, aku tetap digelar isteri yang kejam oleh segelintir manusia.

Ceritanya, aku anak sulung dari 4 beradik. Ayahku memang ada membeli 5 rumah dari dulu. Bukanlah rumah mahal semuanya low-cost.

Bila aku buat keputusan untuk duduk di negeri kelahiran di selatan, proses mencari rumah sewa amatlah susah. Rumah di hujung selatan ni harga sewa sama saja dengan sewa di KL.

Rumah low cost dua tingkat kawasan perumahan aku ni saja paling murah RM1000 tanpa ada sebarang renovasi tambahan.

Kebetulan ayahku ada beli rumah di sini 20 tahun yang lepas. Dan disewakan sehingga aku memujuknya untuk menyewakan kepada aku dan suami.

Kini kami menyewa dengan ayahku sendiri. Kami cuma perlu bayar hutang bank RM500. Ye sangat murah kerana rumah ini dibeli 20 tahun yang lepas. Rumah yang masih konsep asal tanpa sebarang renovasi dan sebagainya. Mulanya ayah suruh duduk saja kerana memang niatnya belikan rumah seorang sebuah untuk anak-anaknya.

Tapi dalam minda aku menghasut sesungguhnya tanggungjawab menyediakan tempat tinggal itu adalah tanggungjawab nafkah seorang suami.

Nafkah lain mungkin aku boleh bertolak ansur kalau ada time dia tak mampu bagi banyak, RM50 pun aku terima sebab nafkah makan minum aku terjaga.

Nafkah pakaian baru satu set top to toe serba satu setahun sekali saja aku akan ingatkan dia. Kadang dia faham time raya baru aku dapatlah sehelai baju baru. Itu cukup. Tapi pada aku nafkah tempat tinggal adalah tonggak rumahtangga.

Aku sudah memujuk ayahku untuk bagi aku duduk sudah cukup ringankan beban suami aku tak perlu bayar sewa mahal hampir separuh gaji. Aku tetap suruh suamiku bayar kepada ayah setiap bulan.

Jadi komitmen suami aku ada rumah, kereta, bil, barang dapur & maintenance motor. Motor aku beli cash zaman belajar dulu & kereta maintenance boleh company claim kecuali major service.

Ayah kata, lagi 5 tahun dah habis hutang. Masatu ayah akan buat pertukaran nama ke nama aku. Memang sejak aku duduk rumah ni, bayaran cukai, tangki dan mana yang perlu aku bayar.

Ayah kata aku boleh teruskan jaga rumah ni sampai tukar nama. Kalau ayah meninggal sebelum sempat tukar nama, tak perlulah sebab ayah dah meninggal.

Cuma aku tak tahulah dia akan wasiatkan rumah ni ke aku ke tidak sebab sekarang ni cuma cakap mulut. Someone please advise me on this.

Okay teruskan cerita. Jadi bila suami aku tahu pasal ni, dia cakap, “Oh kalau dah tukar nama awak, tak payahlah dah kan bayar bulan2? Seronok” Aku terkesima. Keluarga aku dah sediakan tempat tinggal, kau nak lepaskan tanggungjawab ke?

Aku tanya balik kalau tak nak bayar sewa, nak kumpul nak renovate rumah ke sebab dari awal masuk dia berangan macam-macam nak tambah depanlah, naikkan batulah. Perancangan ni jadi lebih hebat kalau keluarga mertua aku datang. Makin menambah-nambah suruh itu ini.

Jadi aku assume dia nak kumpul untuk renovtelah. Kalau begitu mungkin aku akan setuju sebab kira dia dah mainkan peranan untuk buat keluarga kecil kami lebih selesa.

Jawapan dia lagi buat aku bungkam. “Eh kenapa saya yang kena kumpul untuk renovate? Ini nantikan rumah awak. Awak kumpul lah sikit2”. Wah ini betul sungguh nak lari dari satu tanggungjawab.

Keadaan lebih parah bila keluarga mertua ku datang dengan perlian dah 3 tahun duduk rumah ni, tapi rumah masih tak ada beza. Sedangkan adik iparku rumah dah tambah macam-macam sedangkan hanya suaminya saja bekerja.

Tapi aku tak boleh nak cop dia lepaskan tanggungjawab sebab tanggungjawab yang lain dia tunaikan dengan penuh cemerlang. Dialah yang masak, cuci pakaian, mengemas dan sebagainya. Aku cuma perlu jaga anak saja. Sungguh dah 3 tahun aku tak sentuh laundry area.

Orang cakap nafkah ni ikut kemampuan suami. Tapi aku tahu suami aku masih mampu nak teruskan sewa RM500 tu walaupun rumah ini bakal jadi nama aku juga.

Aku dah plan RM500 sewa ke aku itu nanti aku nak tepikan sebagai emergency fund untuk adik aku belajar. Aku anak sulung dan adik aku sorang masih di matriks dan sorang lagi masih di sekolah rendah.

Ayah dan mama sudah lebih 55 tahun. Takkan umur 60-70 masih nak kena kerja untuk tanggung anak sekolah? walaupun ayah akan pencen awal dan kerjakan kebun di kampung, aku nak juga ringankan beban ayah.

Itu cerita kalau umur mereka panjang. Kalau tidak, mestilah adik beradik aku akan cari aku kakak sulung jika perlukan bantuan. Macam aku cakap diatas aku hidup atas slip gaji. Habis gaji bulan ni, tunggulah aku gaji bulan depan.

Tapi suami aku kata aku kejam sebab fikirkan keluarga sendiri. Bukan fikirkan kewangan dia? Bukannya aku nak naikkan sewa pun. Buntu sungguhlah aku!

– Hibiscus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Jika ayah dah niat utk beri pd sis, buat dokumen hibah ke atas nama sis. atau, once dh habis bayar, buat proses tukar nama. Ada lelaki yang jenis mcm ni, bukan suami sis sahaja.

  2. annoiying betul kalau ada confesion macam ni…macam dia terpaling ikot semua lah tanggungjawab..suami siap masak semua…dia jaga anak sahaja..jangan terlampau berkira sangat dlam berumah tangga..

  3. Kalau pendpaat saya lagi elok suami/sis simpan utk upgrade rumah atau family sis. Means pakai utk family sis sendiri. N duit sis laa guna utk tlg family parents sis.

  4. jika ayah awk ada niat nak bagi awk rumah tu, terus sahaja tukar nama semasa hidup. atau buat hibah. Hal ini kerana, wasiat mulut /janji mulut ini tak berapa kuat effectnya sebab jika ada waris-waris lain membuat bantahan/tidak bersetuju dgn wasiat tersebut, akan automatik dibahagikan secara faraid. Tapi okay jee kalau waris-waris lain setuju & tiada masalah untuk mengikut pembahagian sebagaimana Arwah tetapkan iaitu dgn melepaskan hak-hak mereka yg ada di rumah itu (sign borang DDA) untuk bagi pd awk.

  5. Takde la terpaling dia yang melaksanakan nafkah. Dia nak higlight kalau memang suami ada kesedaran berkenaan nafkah, sure dah bayar dekat bapa dia.

  6. Menyampah baca. Aku rasa mu memang kejam.

    Mu jangan dok berkira sangat dengan harta yang bukan atas nama mu tu lagi.

  7. kau x kejam pon kak.. mmg tnggungjwp dia sediakn smua tu.. Bab umh plak even dh ats nama kau,ttp dia kne byr jgk xpn suh dia settlekn hal renovation. Bnyk cntik jd jantan xde rsa tnggungjwp.

  8. benda simple. hg renovate ja rumah tu ikut citarasa hang, or biarkan simple mcm tu jer tanpa renovate. ITU HAK HANG! kalau ada dengar bunyi2 dari family husben yg x menyenangkan, remind them “MY HOUSE MY RULES. DON’T LIKE IT, GET THE FAK OUT!”. Dalam masa yg sama, hibahkan balik rumah tu (in case hg meninggal) dekat one of ur siblings yg hg paling sayang. kalau xda jugak….wakaf ja senang. pahala berterusan dpt.

    Lagi puas hati harta kita dpt dekat adik beradik sendiri, dari dpt dekat laki yg tak kenal dek untung dan family husben yg cam gampang. sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *