Terima kasih admin kerana siarkan confession aku ini. Hai semua.. Namaku Jana (bukan nama sebenar). Aku berkahwin pada beberapa tahun yang lepas.
Maaf jika confession ku ini agak sedikit mengelirukan. Ceritanya begini..
Aku pernah bekerja di sebuah syarikat & aku juga menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat kerja aku bersama beberapa orang housemates perempun yang lain kerana aku PJJ dengan suami aku.
Kerja aku ada 2 shif (seminggu shif siang, seminggu shif malam).
Semenjak aku berkahwin, aku seringkali perasan bahawa ada certain perkara yang aku buat seringkali dilihat salah oleh keluarga aku sendiri, terutama sekali apabila melibatkan suami & mentua aku.
Apabila aku bekerja pada shif siang, aku akan pulang ke rumah mentua aku selama 3 malam, dan rumah ibubapaku pada hari yang lain pada minggu shif sama juga selama 3 malam, selebihnya aku tinggal di rumah sewa sahaja.
Aku mahu bersikap adil, kerana suamiku berkata bahawa walaupun pekerjaan aku agak sibuk, namun cubalah pulang ke rumah ibubapanya juga supaya nampaklah juga kehadiran aku di sana & mengeratkan silaturrahim.
Aku bersetuju & mengikut kemahuannya, dan buat masa sekarang hubungan aku dengan mentuaku juga tiada masalah ok sahaja.
Namun, tidak pada ibuku. Ibuku sering kali memarahi aku dengan nada yang tinggi kerana beliau tidak suka aku bermalam di rumah orang lain walaupun aku pernah cuba untuk beritahu ibuku bahawa aku ingin bersikap adil.
Seringkali ibuku membandingkan bahawa antara ibu & suami, ibulah yang paling penting.
Aku selalu berdebat dengan ibuku tentang kedudukan sebagai seorang anak & isteri namun ibuku tidak mengendahkannya.
Pernah sekali, aku bermalam di rumah mentua aku, ibuku menelefon aku untuk mengetahui keberadaan aku,
(Samada sudah balik kerja & sampai ke rumah sewa atau belum kerana memang aku selalu didik diriku begini supaya ibubapaku tidak bimbang tentang keselamatan aku sejak dulu lagi).
Aku malah tidak mengangkat panggilan telefon ibuku kerana aku tidak mahu serabut kepala pasal hal ini & sebolehnya aku tak mahu berbohong & bergaduh dengan orang tua aku.
Selepas beberapa bulan aku & suami PJJ, aku resign & aku decide untuk tinggal dengan suami aku.
Semenjak itu, aku perasan berbagai drama yang dilakukan oleh keluarga aku sendiri, dengan kakak & adik aku mengadu kepada ibuku tentang diriku,
(Ada perkara yang mereka tidak suka tentang diriku yang aku lakukan terhadap mereka.. tak perlulah aku nyatakan cukup sekadar menyatakan bahawa aku lakukan hal ini untuk aku menjaga hubungan antara masing-masing supaya tidak berantakan.)
Terlalu banyak adu domba, menghasut, dengki iri hati, perangai talam & sebagainya yang tak mampu aku luahkan di sini daripada keluarga aku sendiri.
Sehinggakan mereka pernah mengatakan padaku bahawa aku terlalu mementingkan suami berbanding keluarga sendiri walhal dalam Islam seorang isteri wajib mematuhi arahan suami selagi tidak melanggar syariat.
Aku pernah langgar arahan suami kerana terlalu menurut perintah ibubapa. Jahilnya aku.
Ibubapaku juga pernah mengatakan perkara yang bukan-bukan pada suami aku & ada perkara daripada hal ini suami mendengar secara senyap-senyap. Aku berasa sangat malu dengan suamiku tentang hal ini.
Aku pernah menasihati ibuku bahawa seorang isteri wajib mematuhi arahan suami lebih dari segalanya jika tidak melanggar syariat (dalam nada yang baik) namun ditempelak.
Beliau masih berpegang dengan pendiriannya bahawa ibu adalah segalanya dalam dunia ini. Aku buntu, keliru.
Kadang kala aku terfikir, apa yang menyebabkan mereka tidak senang dengan keadaan aku dan suami aku?
Padahal suami aku cukup menjaga aku daripada segi makan pakai tempat tinggal untuk aku segala bagai. Kenapa perlu daripada keluarga sendiri.
Sehinggakan suami aku perasan perkara ini dan sedikit sebanyak menyebabkan suami aku makin menjauh daripada keluarga aku.
Sehinggakan aku merasa kasih sayangku terhadap keluarga sendiri kini kian menghakis disebabkan perkara ini.
Ya betul, kita wajib meluahkan masalah kita pada Allah Yang Esa, tapi aku seorang manusia yang juga perlukan tempat untuk meluah perasaan.
Aku buntu, aku keliru.
– JANA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit