Aku Keliru Dengan Perasaan Aku Sendiri

Hi korang. Nama aku Sarah. Aku seorang isteri dan juga mak kepada dua orang anak.

Sebelum tu aku nak ceritakan yang aku ni suri rumah dan suami aku kerja sebagai penjawat awam. Dari awal perkahwinan suami aku tak pernah culas beri aku nafkah.

Bayar komitmen wajib tiap tiap bulan tapi ada satu hal nafkah yang dia tak pernah endah atau tak ambil tahu iaitu nafkah barang barang dapur.

Pada mulanya aku niatkan nak tolong suami aku lah jadi aku yang beli segala keperluan dapur dan belanja harian2.

Dia? Ada lah juga kalau time gaji bila aku suruh beli baru lah dia beli sikit sikit saja itu pun kedai di bawah rumah kami.

Aku adalah buat side income tepi jadi setiap masa memang aku jenis ada duit sendiri. Bukan harapkan duit suami sebab aku pun tak suka macam tu.

Awal awal aku ok jer lah niat nak tolong suami kan jadi aku pakai lah duit nafkah bulanan yang dia beri kat aku sebanyak RM150 untuk aku belanja barang keperluan dapur.

Yelah korang pun tahu lah setakat kerja penjawat awam gaji pun besar mana lah kan.

Lama lama bila setiap bulan aku macam dahulukan pakai duit aku untuk beli barang dapur aku jadi tak ikhlas. Aku jadi berkira sangat.

Aku tengok dia bila ada masa terluang bukan dia nak buat part time kerja rider ke apa tapi dia lebih suka “melepak” atau main game dengan kawan kawannya berbanding cari duit untuk makan pakai aku dan anak anak.

Selama ni berjalan kemana mana semua pakai duit aku.

Nak makan sedap2 nak berjalan semua pakai duit aku.

Nak makan luar boleh dikira lah bape kali je guna duit dia yang bayar itu pun setelah aku yang suruh dia bayar di kaunter time musim dia gaji.

Ada hari aku malas masak jadi aku ajak dia makan luar dan aku yang bayarlah sebab aku yang malas masak kan tapi benda ni pun sampai sekarang dia dah macam senang lenang.

Bila makan diluar tak pernah dia hirau dia nak bayar ke apa sebab memang dia tahu aku yang akan bayar!

Ya Allah aku tahu silap aku dari awal lagi aku dah ajar dia terbiasa macam tu.

Bila aku suruh dia belikan aku macam2 aku yang akan transfer duit ke dia untuk beli apa yang aku nak sebab aku takn ak dia pakai duit dia sendiri.

Aku takut duit dia habis dan dia stress ke apa nanti aku tak nak dia jadi macam tu.

Nak harapkan dia bayar? Haram sekali lah dalam bank dia pun kosong!

Time aku mengandung 9 bulan tak pernah sekali dia offer aku nak makan apa? Ada teringin pape tak?

Tak pernah ye dia offer aku macam tu. Apa yang aku nak makan semua pakai duit aku sendiri!

Bila ada lebihan gaji dia duit tulah dia duk topup2 rokok dia seharian. Sudahnya tak sampai hujung bulan duit dah habis.

Beras nak beli pun tak mampu! Aku malas nak biasakan pakai duit aku lagi dah tapi hati aku ni terlalu berlembut bila tengok dia.

Adakah aku seorang isteri yang zalim? Yang tak mampu nak faham erti lelah seorang suami. Yang tak mampu menolong suami. 

Adakah aku isteri yang zalim? Aku penat aku letih dengan semua ni! Dia balik kerja main game. Kadang melepak hari2 lah dia macam tu. Bila aku suruh dia cari partime pelbagai alasan dia bagi kat aku ni!

Aku dapat rasa dia ni seorang yang pemalas nak cari kerja lebih. Seorang yang takda rasa tanggungjawab lebih untuk jaga makan minum pakai keluarga dia sendiri.

Start 3 bulan lepas aku dah mula mintak dia nafkah untuk barangan dapur. Aku mintak RM100 je dulu dan dia kasi. Jadilah buat topup2 mana yang tak cukup nanti kan.

Pernah sekali terkantoi dengan aku yang dia beli topup game pubg kat fon dia.

Aku bising aku marah kenapa beli? Abang tau tak yang selama ni duit barang dapur tak pernah cukup untuk kita tapi kenapa abang beli benda2 macam ni.

Aku cakap dengan nada yang baik sebab aku takut dia sentap dengan kata2 aku.

Aku tak pernah sekalipun cakap pasal hal barang dapur ni kat dia sebab macam aku cakap tadi awal2 aku ikhlas niat nak tolong kurangkan beban dia tapi lama2 aku jadi tak ikhlas.

Kadang aku ni rasa aku ni macam kurang ajar dengan dia. Cakap dengan nada tinggi.

Dia pernah cakap “seorang suami hanya nak kan isteri hormat suami” itu saja tapi aku faham maksud dia yang sebenarnya dia nak suruh aku hormat dia.

Macam mana aku nak hormat dia kalau dia pun tak galas tanggungjawab sebagai seorang suami dengan betul?

Aku rasa kalau hidup tanpa dia pun aku boleh survive hidup sendiri dengan anak2 tapi takkan sebab benda kecil ni aku nak kan cerai berai dalam rumah tangga betul tak?

Sekarang aku dah letih. Aku confuse dengan perasaan aku. Dua tiga hari ni aku termenung sendiri.

Apa yang perlu aku buat untuk cekalkan hati ni sebelum rasa sayang aku kat dia makin berkurangan.

Bila dah jadi macam ni baru aku terimbas imbas kembali perangai dia time aku couple dulu. Memang dia bukan sejenis suka memberi.

Aku tahu menyesal pun tiada guna dah tapi aku cuba redha kan diri aku yang dia memang sudah menjadi jodoh aku.

Aku perlukan pendapat korang. Macam mana nak buat dengan keadaan sekarang?

Aku confuse dengan perasaan aku sendiri.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *