Aku, Keluarga dan Kucing

Untuk part I, (https://iiumc.com/luahan-tentang-kucing/).

Hi semua. Terpanggil untuk menjawab segala komen yang anda berikan di confession pertama.

Terkejut juga confession tu diapprove sebab ternampak dekat wall sendiri. Panjang confessionnya lepastu macam berterabur, thank u admin kerana approve dan thank u semua kerana faham situasi aku sambil beri cadangan2.

Kini situasi lebih teruk. Kenapa? Sebab mak dan adik aku dah aim aku. Ada cerita yang aku tertinggal di confession pertama sebenarnya, maklumlah masa menaip haritu kepala kusut dan hati sedih sangat makanya jari pun menaip laju.

Semasa adopter tu meluah pada aku tentang hasrat mak dan adik aku nak ambil kucing tu semula, wife adopter tu ada post dalam group kucing bertanyakan pendapat adakah patut dia pulangkan atau sekian2.

Jawapan netizen memang mengecam dan tak menyokong, macam2 tomahan dan komen2 negative dalam post tu.

Tambahan pulak wife adopter tu ada screenshot iklan yang aku post kan, jadi terang2 lah nama aku disitu lalu mereka mengecam aku. Contohnya aku ada agenda lah otak terencat dan sebagainya.

Korang dapat rasakan tak apa yang aku rasa masa tu walhal bukan aku yang nak semula kucing tu tapi mak dan adik aku punya angkara.

Tanpa rasa malu dan niat nak bersihkan nama sendiri, aku muncul je dalam komen tu dan explain segalanya. Jadi banyak komen bertalu dan aku sangat malu ok, ni lah perasaan pertama kali dikecam. Sudahlah mak dan adik berpakat belakang aku, kena viral dalam group pula.

Lalu adopter tu whatsapp aku dan meminta maaf atas kesalahan isterinya. Mujur aku tak melenting sebab aku dah penat berperang dengan mak aku. Aku pun screenshot post dan komen2 tu lalu send di group family. Aku nak tunjuk inilah akibat yang aku kena di atas perbuatan korang berdua.

Mak aku pula macam buat mengeluh tanya kenapa dia buat macam ni. Adik aku pula reply dalam group tu dengan ayat padan muka otak tak function. Korang rasa? Aku dah cakap dah yang adik aku ni suka bila aku kena macam ni, dia kecam aku teruk ok.

Macam dia tu bagus sangat menjaga kucing2 dia yang sakit tak pernah baik lepastu taik kencing bertakung dalam sangkar pemalas nak bersihkan. Lalu post itu didelete dan keluar post baru menyatakan minta maaf secara terbuka.

Ok fine aku tak besarkan pun hal tu sebab aku dah betul2 kecewa dengan perangai semua orang.

Ada yang komen haritu kenapa mesti berkira jaga kucing masing2? Satu family jaga lah sama2 tong2 duit dan sebagainya. Jawapannya ialah aku dah penat. Aku penat jaga dan uruskan kucing2 aku.

Setiap hari 2 kali aku cuci sangkar kucing aku. Setiap pagi aku bangun aku uruskan kucing, main taik dulu, basuh laman, baru aku mandikan diri aku baru aku dapat makan.

Time nak pergi kerja pun sama, terpaksa bangun awal sikit semata untuk mencuci dulu. Pernah aku sengaja tak cuci, balik kerja tak ada siapa pun uruskan. See, macam mana aku tak berkira? Kucing2 diorang sendiri tak terurus jangan harap la aku nak tolong cucikan sama.

Kucing2 aku pun diorang tak hadap nak uruskan. Cukupla aku uruskan 3 ekor kucing aku sendirian siang dan malam. Kos makanan, pasir dan vet aku tanggung 100% tak ada siapa yang bantu. Dah lah musim pkp ni vet beratur panjang wey.

Siapa yang biasa ke vet dia tahu la berapa jam kena menunggu giliran. Tapi apa boleh buat kita dah anggap kucing tu keluarga kita. Bayar kos pun pejam mata je berapa amount sekalipun. Sebab tu aku berkira. Aku geram dengan perangai mereka.

Aku pun kesiankan ayah aku sebab ayah aku lah rajin menunggu dan menjemput aku dari vet. Lepastu dia la yang kena beli dryfood untuk kucing2 tu. Dulu beli paket kecik je dah memadai. Sekarang masing2 buat terkejut paket kecil tu sekejap je dah habis. Memanglah sebab kucing dah bertambah.

Pulak tu, stray bunting tu dah diindoorkan gara2 takut adopter tu datang culik. Makanan dia pulak suka hati diorang je ambil bekas makanan kucing aku. Aku marah lah kenapa ambil aku punya. Tahu tak penat aku beli tau. Aku tak ada transport sendiri jadi segalanya aku order di shopee.

Dari litter hingga makanan. Jadi aku ni punya la scroll mana yang murah bagai, nak bagi brand premium, beli royal canin tapi repack punya so cukup2 la untuk 2 ekor kitten, 1 repack untuk adult parsi tu.

Pulak ada yang mengacau, stok pun spoil la. Aku beli cukup2 je, masa tu dah nak habis dalam balang tu. Aku nampak mak aku tabur je makanan tu dalam pinggan kucing dia.

Tapi kucing tu memilih kejap makan kejap tak. Bila aku tengok makanan tu macam tu aku sedih weh sebab aku sendiri catu untuk kucing2 aku sebab tahu dah nak habis. Dah order dah yang baru tapi faham2lah berapa hari nak sampai. Sampai aku terpaksa ambil dryfood kucing parsi tu sikit.

Aku dah cakap kat mak aku yang makanan tu kitten punya kenapa bagi. Kucing bunting tu dah adult dah silap2 dah tua dah pun. Entah lah jawapan mak aku tu aku taknak dengar.

Aku terpaksa berkira sebab aku ni jenis nak yang terbaik untuk kucing2 aku. Jangan cakap aku tak pernah nasihat mak aku apa yang sepatutnya kucing2 tu makan tapi biasa lah jawapannya tak cukup bajet. Nasib baik tak bagi makanan berwarna so kira ok lah.

Dalam berperang tu, jangan cakap aku tak pernah bagi tahu aku nak pindah keluar dari rumah. Aku dah cakap dah korang. Jawapan pun dah ada, dilepaskan hanya apabila berkahwin. BERKAHWIN.

Korang rasa esok ke aku berkahwin? Paling2 setahun dua lagi jadi menghadap lah aku dengan stress di rumah ni.

Asyik nak fikir apa kata orang bila anak duduk asing dari keluarga dah kenapa, anak sendiri yang terseksa tanak fikir? Sebab duduk dekat ni busuk, duduk jauh ni wangi. Tapi nak buat macam mana terhalang mentah2 je. Takkan aku nak pergi kahwin lari pula.

Umur aku bukan muda lagi ye, beberapa tahun lagi nk ke 30. Pertengahan 20an la, bekerja tetap dan proses tengah nak beli kereta jadi tak salah kot kalau nak pindah menyewa sendiri. Stress sangat duduk rumah dengan keadaan keluarga yang macam ni, kucing2 banyak lagi haih.

Tak cukup dengan tu, aku cadangkan aku nak pergi ke pusat rawatan islam untuk berubat sebab aku rasa tertekan sangat2 duduk di rumah ni. Maka beberapa minggu kemudian mereka bawa aku ke sana. Ayah aku bawa aku dan mak aku sebab kami yang berperang mulut teruk kan di rumah.

Ustaz tu beritahu yang aku dan mak aku disihir. Masing2 punya badan ada jin berpuluh ekor. Kata ustaz tu orang yang menghantar sihir kepada aku ni dengan niat nak menjadikan aku gila.

Betul weh, sebenarnya tanpa ustaz ni bagitahu pun aku dah dapat rasa macam mana gilanya aku bila sorang2.

Bukan campak2 barang tu tapi menangis yang sedih ya amat sebab tertekan sangat sambil tarik rambut sendiri dan tanya pada allah kenapa ujian aku tak pernah habis. Sudahla ujian di tempat kerja, sekarang di rumah bersama keluarga pula buat aku macam ni.

Sampai adik sendiri pun pernah halau aku pergi la tinggal tempat lain kalau ada banyak criteria sangat. Aku memang tak bercakap dah di rumah, duduk menyendiri sendiri. Banyak berluahan di notes handphone segala yang terbuku. Sebab tu terfikir nak post di iiumc ni.

Makan entah sehari sekali je. Pergi office kawan2 tegur makin kurus. Otak aku betul2 dah jem teruk. Aku lega bila aku kena panggil di office walaupun di office tu pun stress, tapi mujur boyfriend aku rajin teman hantarkan aku, teman makan, jemput aku.

Sebab bila aku nak makan dekat rumah rasa macam aku tak layak. Aku betul2 rasa hidupku menumpang di rumah tu. Kalau bf aku tak berkesempatan nak makan sama dengan aku, aku akan order cod dari mana2 kedai.

Sebab aku rasa dipulaukan sangat oleh mak dan adik aku. Aku jujur tak pandai masak. Hubungan dengan mak pun macamni memang sampai bila aku tak boleh belajar masak dengan dia padahal aku malu sangat2 dengan kekurangan aku ni.

Hari2 dan setiap masa aku makan hati. Aku cemburu tengok keluarga orang lain. Bila aku buka fb, ig aku cemburu dan menangis bila tengok gambar orang sekeluarga bersuka ria. Aku menangis bila tengok adik beradik di tag di post masing2.

Aku tak pernah rasa macamtu. Stiap kali berperang mulut, aku akan keluar rumah. Sebab aku lapar aku nak makan nak tenangkan fikiran. Setiap kali perang mulut, kebetulan pula mak aku tak masak jadi tak ada makanan, so aku keluar la ikut bf aku pergi makan.

Kalau balik kerja pun sama, padahal aku dah habis awal dah kan sekarang waktu bekerja pukul 10-2 sahaja, kadang2 saja aku buat kerja lebih sebab nak balik lambat, aku merayap kemana2 dulu aku tak balik rumah, aku makan dulu dengan bf aku, senja baru balik.

Bila dia nak hantar aku balik aku terus down seolah2 aku taknak balik dah. Bila di luar aku boleh bergelak tawa dengan kawan kat office, dengan bf aku, tapi di rumah aku mendiam seribu bahasa macam ada suis on off.

Bila dah jadi macam ni, kejadian haritu yang aku marah siapa yang cirit depan pintu ni, mak aku terus tengking aku kenapa nak marah kucing tu kan kecik lagi, kucing lain boleh cakap elok2. Aku tak marah kucing tu tapi aku marah pada tuan2 kucing tu sebab tak bertanggungjawab.

Dah la dekat luar busuk, dekat dapur pun busuk mak aku letak litter box dekat situ. Dulu aku pernah tau nak letak litter box kucing aku dekat situ tapi ditentang mentah2 katanya busuk nak masak lah apalah.

Sekarang kucing sendiri punya boleh pulak? Tu yang buat aku terasa sangat. Busuk sekarang tak nak cerita kah? Memang busuk pun setiap kali nak ke dapur mata aku ni asyik terpandang je litter box tu ada taik kucing tu.

Kucing tu plak memang tak pernah ditrain pakai litter box, yelah stray kan dah biasa berak di tanah luar.

Jadi bila dia nak kencing or berak dia akan kais pasir tu kuat2 sampai bersepah kat lantai. Korang rasa? Lepastu mungkin dah berusia dan makan bukan2 kat luar tu sebelum ni, taik dia tu masyaallah setanding busuk macam taik orang tua tu.

Dan masatu lah mak aku akan marah2 mengeluh berapa kali nak ciduk taik nak kemas itu ini. Haa tahu pun, macamtu lah aku hari2 kemas dan uruskan tanpa mengeluh. Cuma style aku ada waktu aku tersendiri. Atau bila free aku akan ciduk dan buang terus.

Dan taik kucing aku tu tak busuk pun sebab aku bagi makanan premium dan pakai litter yang berkualiti. Sebab tu aku nak yang terbaik untuk kucing aku.

Aku bukan pilih kasih tapi ini lah cara aku menjaga kucing. Dulu pernah aku tegaskan soal kemampuan. Tapi mak aku anggap terms kemampuan tu is duit.

Padahal kemampuan menjaga kucing ni merangkumi kos, masa, tenaga, ruang. Tapi dia tak faham dan macam biasa menentang aku. Sekarang baru mengeluh penat2, baru beli makanan dah kena beli lagi dan macam2 lagi lah keluhan yang aku menyampah nak dengar.

Ramai yang komen supaya aku bagi kucing2 tu kat adopter senyap2 bila mak dan adik aku tak ada di rumah. Jujurnya bf aku sendiri pernah bagi cadangan ni.

Ikutkan hatiku memang aku nak buat macamtu tapi aku tau apa akibatnya. Aku tau diorang akan tuduh aku mati matian. Aku tau adik aku akan kecam aku teruk lebih dari sekarang. Aku tau mak aku akan meroyan tak tentu pasal macam naik hantu.

Sedangkan aku duduk elok tak ada buat apa pun mak aku pernah tuduh aku berpakat dengan adopter untuk culik kucing tu semula bila dia nampak kereta yang sama macam adopter tu pakai ada di depan rumah.

Anak derhaka? Ni gelaran terhangat khas untuk aku. Korang rasa apa lagi dia akan tuduh aku?

Apa lagi adik aku akan tentang dan kutuk aku? Silap2 dia balas dendam balik dia open adopt kucing2 aku pula bila aku tiada di rumah. Aku ni fikir sebab keselamatan kucing2 aku tu je. Kalau aku ada rumah sewa sendiri lama dah aku angkut sekor2 dan hidup dengan aman.

Nak jadi cerita lagi aku geramkan pasal ingat tak kucing2 adik aku berhingus hijo tu? Ha dia berjangkit dengan kucing aku yang seekor ni pula.

Aku sakit hati lah sebab tak memasal nak merawat pula nak keluar kos lagi. Aku betul2 penat nak pergi vet tau tak. Baru nak berehat dari selesaikan seekor yg sakit mata sebelum ni. Aku geramkan sebab kucing aku tu tengah under dos vaksin yang berkala.

Aku taknak tarikh vaksin yang seterusnya untuk bulan depan ditangguhkan gara2 tak sihat macamni. Lalu aku pun pergi ke vet nak beli ubat tapi tidak dibenarkan. Doc suruh bawa kucing sekali untuk cek. Aku macam frust lah. 2 vet aku pergi masa tu.

Aku ni malas nak menyusahkan orang nak suruh hantarkan aku ke vet, nak menunggu lagi. Kalau tak ayah aku, bf aku. 2 orang ni la aku minta tolong pun.

Tak apalah aku beli je ubat di shopee sambil sapu s3 herbs kat hidung dia. Dan alhamdulillah kucing aku tu dah sembuh. Selesai dah pun dos vaksin yang kedua.

Sekarang ni cerita keluarga aku ni yang makin menjadi2, apa2 sikit mak aku akan marah aku. Katanya aku tengking dia sebagai mak. Korang tak tahu macam mana nada dia, macam mana ayat dia lemparkan kat aku yang membuatkan aku hilang sabar dan menengking.

Aku ni seorang yang pendiam, bila dah memendam lama memang aku akan meletup dan inilah letupannya. Baru semua buka mata dan anggap aku teruk.

Yang adik aku pula cakap aku menyalahkan dan bagi alasan aku ada syaitan dalam badan sebabtu aku jadi macam ni. See, aku tak cerita apa2 pun pasal perubatan dengan ustaz tu.

Siapa lagi nak cerita kalau bukan mak aku? Kenapa dia tak boleh fikir yang anak2 dia ni tak ngam dan berdengki? Kenapa dia tidak pandai menjaga aib orang? Tak memasal sekarang adik aku sendiri dah cop aku ni kakak yang kurang ajar, kakak yang jahat, menyalahkan syaitan dan sebagainya.

Semua dia update kat status whatsapp. Dan mak aku? Akan terus memuji adik aku sambil comparekan berapa kali aku minta maaf dan berapa kali adik aku meminta maaf. Bila aku membebel pasal tak uruskan kucing, mak aku boleh bagi alasan adik aku busy dengan kelas online.

Bila aku membebel pasal aku tak boleh tidur sebab bising adik aku lalu lalang dan bergelak ketawa depan laptop dan phone tengah2 malam,

Mak aku akan cakap dia ada assignment lah discussion lah submission lah tak perlu nak dengki. Subuh2 baru tidur. Bangun pukul berapa? 8 malam guys. Itu normal ke? Masih dibackup?

See, mak aku kata aku ni pendengki terhadap adik aku. Terpulang, nak didik anak dengan cara macamtu. Aku nak tengok apa akan jadi dengan dia bila dah dewasa nanti.

Tapi mak aku ni jenis yakin yang adik aku ni boleh hidup dengan baik di luar sana. Terpulanglah, cakap apa tak guna dah. Ini ke dinamakan tidak membeza2kan anak? Sungguh menafikan terang2 padahal anak sendiri rasakan benda tu macam mana?

Sekarang ni aku nak pergi berubat untuk 2nd treatment pula. Aku nak pergi sendiri. Aku dah tak nak mak aku tahu lagi tentang aku.

Boleh pula dia dan adik aku menyalahkan aku jadi macam ni gara2 syaitan. Adik aku tu pun sama lah tu ada syaitan juga. Berhari2 tanak mandi, tidur siang2 malam baru bangun.

Tak boleh bayangkan lah badan dia melekit macam mana wey. Tak nak pula mak aku nak bawa dia berubat? Kenapa dia bawa aku je berubat?

Dah lah lepas ni apa2 antara aku dan ustaz tu je yang tahu. Malas nak libatkan keluarga sebab sakit hati kan. Aku pun tak tahu siapa pula yang hantar sihir gila dekat aku ni. Aku sedih sangat ujian datang bertalu macam ni.

Doakan aku sembuh dan dapat keluar dari rumah ni membawa kucing2 ku sekali. Doakan juga mak aku insaf dan sedar akan khilafnya. Juga pada adik aku yang bodoh sombong tu.

Doakan juga moga jodohku panjang supaya dapat bina rumahtangga dan mendapat mertua yang baik. Aamiin.

Maaf sangat kali ni lebih panjang dari sebelum. Sekurang2nya sesak di dada aku ni berkurang sedikit pun jadi lah.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *