Aku Kesal Dengan Kesilapan Yang Dibuat Demi Satu Rahsia

Assalamualaikum, sebelum bermulanya saya ingin berterima kasih jika confession ini diterima.

Dari apa yang aku baca kisah-kisah orang diluar sana yang senasib dengan aku mungkin agak sama tetapi apa yang aku nak tuliskan semuanya salah aku sendiri.

Aku ceritakan sikit pasal diri aku, aku ni seorang yang boleh dikatakan lembut, ayu bagaikan wanita melayu terakhir.

Tetapi ada satu perkara yang aku boleh menyebabkan aku kecundang semuanya sebab CINTA yelah sebab tak pernah langsung bercinta bila dah bercinta aku mula seperti terumbang –ambing.

Sejak dibangku sekolah aku ada kenal dengan seorang lelaki (F untuk nama rahsia) dia kalau tengok memang baik disenangi ramai.

Aku bercinta sekejap sebab aku dapat tahu satu masalah yang dimana mak aku sendiri beritahu yang ayah aku ada masalah dengan ayahnya.

Aku jadi serba salah, aku sayangkan dia dalam masa sama sayangkan family. Tapi aku langsung tak bagitahu F perkara sebenar. Aku biarkan saja.

Tapi lepas sekolah aku dengan dia berpisah dan masing-masing buat hal masing-masing. Aku masuk Uitm dan dia UPNM.

Tidak tahu macam mana satu hari aku sengaja contact dia sebabnya aku still simpan nombor F dan menyebabkan aku macam tak boleh nak move on aku sayang sangat dekat dia. Lepas itu, aku pergi jumpa dia dekat KL.

Nak jadikan cerita aku jadi lembut hati sangat dia mengajak aku bermalam sebuah hotel dan aku pun ikut je. Kami check in hotel. Setelah itu boleh dikatakan kerap juga kami berjumpa dan check in hotel.

Tapi untuk malam kali ketiga aku kecundang dan aku lupa terus dengan keluarga aku sebab aku jadi kesian pada F. Dan malam tu juga aku telah kehilangan mahkota yang aku jaga selama ini.

Tapi dia janji akan bertanggungjawab setelah dia ambil segalanya. Lepas beberapa hari aku jadi terfikir dengan keluarga aku dengan apa yang mak aku beritahu pasal ayahnya dan ayah aku.

Aku teringat segalanya. Dan aku mula fikir jalan yang paling bodoh. Aku minta dia lepaskan aku dan lupakan aku.

Dia marah dengan tindakan aku. F seorang yang tetap pendirian. Aku tahu apa yang aku lakukan hanya untuk simpan satu rahsia mengenai ayahku dan ayahnya demi kebahagiaan dia dan family aku tanpa aku fikirkan perasaan aku sendiri. Akan aku tanggung segalanya.

Setelah beberapa tahun berlalu aku dapat tahu dia sudah berkahwin. Aku jadi resah dan kesal dengan apa yang berlaku tapi aku kuatkan hati aku ingatkan balik ini semua terjadi sebab salah aku.

Aku berdoa semoga dia bahagia dengan pilihan tetap hatinya. Akan aku teruskan hidup dengan cuba merubah kearah lebih baik.

Aku harap kepada wanita atau gadis-gadis diluar sana kekalkan pendirian supaya teguhkan hati untuk mencintai seseorang itu kerana Allah SWT.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. kesilapan bawak padah kat diri sendiri, kepada anak2 gadis yg lain, amatlah berhati2 dengan kaum lelaki ni, terlalu ramai yang nak ambik kesempatan, bila dah dapat, dah puas rasa, kamu akan ditinggalkan (zina sebelum nikah) termasuklah isteri2 org, tlg jaga batas2 dlm pergaulan sebelum bencana melanda hidup kamu

  2. Cik, sekarang yg rugi siapa? Cik juga. Allahu.. Ada laki yg sejenis jahat ni mmg suka amik kesempatan. Laju je pujuk rayu demi dptkan kehormatan perempuan. Dah dpt, dia blah. Yang merana adalah pihak perempuan dan keluarga. Lps ni, kalau tahu parent x bape ngam dengan parent belah laki, buat istikharah dulu, bukan buat zina demi membuktikan cinta dan sayang. Kalau cintakan manusia kerana Allah pasti kita akan jaga kehormatan dan harga diri keluarga. Bertaubatlah cik.

  3. Perempuan selalu bermain dgn emosi konon sebab syg..cinta.

    Lelaki pula target nak keluarkan air gatal dia aje.

    Men give love to get sex
    Women give sex to get love

    Takpelah cik..benda dah jd ..taubat dgn Allah dan jadikan pengajaran.

    Maafkan diri sendiri dan jgn terus hdp dlm kemurungan krn dah takde harga diri..Allah Maha pengampun.Kita semua manusia tkde yg sempurna x buat salah.

    Yg x berzina pun x solat..itu pun lg hina di sisi Tuhan..

    Tak zina tp main bomoh sihir org tu lg dsyat dosa dan azab.
    Jgn pts asa..dekatkan diri dgn Tuhan ya doa banyak2 bln ramadan ni agar dihapus dosa silam dan move on.

    Diri kamu tiada dara itu bkn bermakna dunia kamu dah berakhir.
    Time will heals everything.Hugs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *