Assalamualaikum readers. Thank you admin kalau sudi siarkan buah fikiran aku ini.
Aku kesian dengan suami aku. Isteri tak suka masak. Aku dibesarkan dengan wang ibuku yang gigih mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dengan 5 anak sebab bersuamikan biawak hidup.
Maka aku tak dibesarkan dengan ibu yang menghabiskan & menghambakan masanya di dapur; menjadi tukang masak/ tukang segalanya untuk keluarga.
Aku malah menjadi fokus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup sendiri.
Simbol kasih-sayang seseorang pada aku adalah perlunasan tanggungjawab & all 5 languages of love kalau boleh.
Bukan hanya masakan atau air tangan, lebih penting & besar daripada itu. Betapa aku kurang kasih-sayang sehingga menjadi begitu.
Aku kesian dengan suami aku. Isteri opinionated and independent. Daripada kecil aku rasa terabai. Ya, aku disekolahkan etc. tapi hanya sekadar itu. Pemikiran aku, personaliti aku, aku yang bentuk sendiri.
Kerana aku selalu diabai & keseorangan, aku terpaksa membesar lebih awal daripada usia ku menjadikan aku seorang yang keras & independent.
Siapa lagi yang akan kisah & lindungi diri aku kalau bukan aku. Kebaikkannya, aku membesar menjadi seorang pemikir (with anxiety & prone to depression haha).
Aku kesian dengan suami aku. Isteri bukan perempuan Melayu terakhir. Aku lelah tengok ibu ku berterusan rela dianiaya oleh ayahku dalam toxic marriage walaupun bukanlah physically abusive.
Maka aku membesar menjadi sangat skeptical dengan lelaki & annoyed dengan perempuan yang tidak melindungi diri sendiri.
Aku tak lemah-lembut. Aku garang & opinionated asbab kelelahan apa yang aku saksikan ketika membesar.
Bagiku, kebodohan perlu dihentikan. Ketaatan ku tidak akan membuta tuli. Allah Maha Adil lagi Maha Melihat. Taat aku hanya pada Allah dan bukannya manusia.
Tapi….
Aku juga kesian dengan diri aku. Suami tipikal lelaki Melayu yang dibesarkan oleh ibu Melayu. Mengharap isteri menjadi seperti mana ibunya; menghambakan dirinya membuta-tuli kepada keluarga.
Sebelum kahwin tak kisah katanya, malah kerana aku independent lah yang membuatkan dia tertarik padaku tapi selepas kahwin mengharap aku jadi lain. Hipokrit.
Walau anak-anak didera, ibu Melayu terus diam dengan ketaatan tanpa akal. Anak membesar jadi emotionally unavailable. Rosak jiwa seseorang yang sepatutnya jadi ketua keluarga, membimbing di dunia & akhirat.
Aku juga kesian dengan diri aku. Suami lelaki Melayu akhir zaman. Nafkah zahir semua nak dibahagi dua serupa macam aku tanggung diri sendiri tapi bila bersalam nak isteri cium tangan & taat kepadanya.
Nafkah batin (nafsu & emosi) selamba diabaikan. Bila aku mula berkira dan perlahan-lahan berhenti berihsan, katanya sudah hilang cinta & kasih sayang terhadapku & aku terus dihukum tak dinafkah langsung.
Ya, ketaatan ku bersyarat mengikut perlaksanaan amanah mu kepada Allah bermula di saat kau melafazkan akad.
Aku juga kesian dengan diri aku. Suami tak faham konsep berkasih-sayang dalam perkahwinan. Dia mahu ulang perkahwinan yang ‘kosong’ macam perkahwinan ibu bapanya.
Aku pula nak bina keluarga & bahagia ku sendiri jauh daripada perkahwinan ibu bapa ku & zaman kanak-kanak ku yang penuh dengan kesedihan & kesunyian.
Aku tertipu. Tertipu dengan impian, janji & visi sebelum berkahwin. Hilang semuanya selepas berkahwin. Remuk hatiku mendengar suami berkata kehidupannya makin susah selepas berkahwin dengan ku.
Dia tak faham apa itu nafkah & tanggungjawab. Culture shock mungkin. Tak pernah diberi accountability & tanggungjawab sejak kecil. Dilahirkan oleh ibunya ketika berusia 40 tahun.
Aku kesian dengan diri aku. Aku beri segalanya yang aku mampu untuk membahagiakan perkahwinan ini tapi tiada ucapan terima kasih, penghargaan apatah lagi.
Suami senang menumpang senang ku, yang aku gigih cari sendiri kerana tempat bergantung semenjak kecil.
Aku kesian dengan diri aku. Dah berkahwin pun masih mencari-cari kasih-sayang, dahan untuk berpaut & cuba membina bahagia yang ingin aku rasai sejak kecil.
Ingin menambatkan hati yang sunyi yang selama ni berlayar tanpa arah. Sesat tanpa kasih-sayang.
– Itik Hodoh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit